Saturday, July 30, 2011

Anak teruna nak belajar memasak.. Beginilah bila nabil dah pandai masuk dapur..hari ni nabil masakkan mama sayur tumis sawi siap letak telur lagi..thanks sayang mama..jap lagi ayah balik dah boleh makan sama-samakan., :)

Monday, July 25, 2011

Majlis Cukur Jambul Baby Zeydan


Majlis Cukur Jambul baby Zeydan telah selamat berlangsung pada tarikh 24 July 2011 bersamaan hari Ahad lepas.. sgt comel baby Zeydan dan anggun sekali mommy nya kan! geram tgk pipi gebu baby Zeydan nih.. Majlis meriah ini telah berlangsung di Kelab Darul Ehsan. Actually Mommy baby Zeydan ni dulu teman sepejabat aku... sekarang Mommy Zeydan dah resign and menjadi usahawan berjaya.. alhamdulillah syukur!..Thanks to family baby Zeydan sbb jemput kita org semua datang majlis yang menarik ni..

Saturday, July 23, 2011

Coverboy Mega@utusan

Wahhh Harraz anak buahku masuk paper la... Jadi coverpage lagi tau! Sebenarnya ini adalah sempena pameran kehebatan Rasulullah yang berlangsung di Shah Alam.. Sempena pameran tersebut Harraz (10 tahun) telah menyertai tilawah al-quran anjuran Yayasan Restu yang juga merupakan penganjur pameran tersebut. Proud of u Harraz! Sejuk hati ummi dan ayah tgk Harraz..

Thursday, July 21, 2011

yeayyyyy.. dapat award!!!

yeahhh kali ni dpt award lagi tau.. u all jgn nak jeles ngan i yer.. this time Papa Mifz plak yg kasi award kat i.. u all cuba la terjah blog Papa Mifz kalau belum pernah terjah.. hari2 mesti nak masuk blog dia sbb besh citer2 yg ada kat situ tau!... so thanks ya Papa Mifz sbb kasi i award ni!

Wednesday, July 20, 2011

::NyOnYa vs FaFaU::

biar gambar ini mentafsirkan maksud tersendiri :)

Thursday, July 14, 2011

resipi ROTI PAUN

ok sbb tadi tak kasi resipi kan.. ada yang bertanya mana resipi.. so mai nak bagi resipi untuk korang cuba.. senang jer yer..

1 sudu kecil yis (kalau korang nak cepat naik tak nak tunggu lama-lama letak la lebih kurang 2- 2 1/2 sudu kecil)
1cawan air suam (ini ikut la kesesuaian doh nanti yer.. agak2 tak baper keras dan tak baper lembik)
1/2 cawan gula (kalau suka manis leh tambah lebih sket)
1/2 cawan marjerin atau butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli (nak elok pakai tepung bluekey yer.. yg buat donut tu)
1/4 cawan susu tepung
beberapa keping cheese (atau shredder cheese yg dah siap jual pun boleh)- untuk hiasan

cara-caranya:
masukkan semua sekali bahan adunan.. uli sampai lembut.. kemudian bentukkan bulat.. letakkan atas loyang pembakar, biarkan seketika hingga adunan kembang. kemudian sapukan sedikit mentega yg dah dicairkan sket di atas adunan tadi supaya bila dah bakar ianya kelihatan berkilat cantik. Korang boleh juga letakkan cheese yang dipotong2 atau beli jer cheese yg dah di shredkan untuk dihias di atas roti. Kemudian bakar dengan suhu 180 deg selama lebih kurang 10 minit. Kemudian siap untuk dimakan panas-panas.. sedap oooo.. Cubalah yer

p/s: sorry yer aku tak pandai kasi resipi elok2.. hhaha ni kira belasah jer :)

Roti paun

actually ini masih lagi mood testing post from my phone. Okay kali ni nak citer percubaan pertama aku buat roti paun.. Dulu-dulu mak selalu la juga buat roti paun ni, maklumlah dulu mana la ada bakery mcm skrg ni kan.. So kiranya percubaan pertamaku ini agak menjadi la juga., yang penting anak2ku suka sgt, siap request nak lagi minggu ni. Kalau korang nak resepi search jer kat google byk hehehe aku mcm biasa call mak minta resepi than main agak2 jer la heheh basic things hanyalah tepung, margerin, yis. Than uli laa, aku hari tu nak sedap sket aku letak lah susu tepung and atas roti tu aku hiaskan dgn cheese sbb anak2ku suka cheese! Korang cubalah yer!!

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

yeayyyyy.. dapat award!!!


korang jangan jeles.. hari ni aku dapat award dari kawan baik aku nun jauh di negera jepun... thanks yer ayu.. aku suka dua2 award hang tu.. hehehe muah muah muah

::TuTTi FruTTi ::

weekend ni tak der activity menarik yg boleh dibuat.. nak jenjalan kat town pun x dapat disebabkan mangkuk ayun BERSIH buat perhimpunan pekejadah tah.. menyusahkan semua orang.. ok.. aku tak nak cakap pasal BERSIH semua ni.. dah letih aku ckp kat FB pasal benda ni.. so skrg nak citer apa yg aku buat weekend baru ni..

Actually my x-officemate jemput kita orang datang grand opening new business dia.. Tutti Frutti Bandar Sri Permaisuri.. so alang-alang tak der apa nak buatkan.. kita org pun turun memeriahkan majlis pada petang semalam.. siap ada bbq lagi.. best layan steak! so pada korang yang berdekatan dengan bandar sri permaisuri.. jemputlah datang ke outlet terbaru Tutti Frutti ini ya..alamatnya seperti dibawah:

Tutti Frutti Bandar Sri Permaisuri
No. 98, Jalan Dwi Tasik,
Dataran Dwi Tasik,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur

or korang boleh like FB outlet TF yer! search jer Tutti Frutti Bandar Sri Permaisuri atau korang klik jer tajuk kat atas tu yer!

so datanglah beramai2 yer!

tak nak citer banyak-banyak.. layankan jer gambar2 dibawah ni yer!




Saturday, July 9, 2011

what say u?

apa nak jadi dengan bangsaku.. bertelagah sesama sendiri.. bangsa lain bertepuk tangan melihat tindakan bodoh masing-masing.. aku cintakan negaraku yang aman damai ini.. tapi kenapa mereka masih lagi mahukan huru hara di negara ini??? apa lagi yang tak puas hatinya.. kita ada saluran yang betul untuk nyatakan rasa tidak puas hati kita.. tapi bukan dengan cara demonstrasi jalanan begitu.. oh negaraku.. aman makmur hendaknya selepas ini..

korang tengok lah sendiri kesan yang kita dapat dari angkara BERSIH ini... bukan kesan positif yang dapat.. tapi kesan negatif yang melimpah ruah... nauzubillah... hanya gambar menyatakan segalanya.... wordless again...




Friday, July 8, 2011

Jalan-Jalan Utama Yang Bakal Ditutup Esok!!!

Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok ( 9 Julai 2011 )

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-
i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:
i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 )

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan BukitPetaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu,

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Diharap anda merancang perjalanan hujung minggu anda dengan selamat. Ikut segala arahan yang telah diberi agar tidak menganggu perjalanan anda.

P/S: ehsan dari HOTFM NEWS

Thursday, July 7, 2011

Berita Harian Online | Lelaki tahan murid tadika minta pistol

Berita Harian Online | Lelaki tahan murid tadika minta pistol

Lelaki tahan murid tadika minta pistol


2011/07/07

MUAR: Sehingga jam 3 petang tadi, polis masih berusaha memujuk seorang lelaki bersenjata parang yang menjadikan empat guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini sebagai tebusan sejak pagi tadi.

Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri.
Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Friday, July 1, 2011

perlu tak sedih???

korang kan.. kalau buka slip gaji sama kawan2.. pastuh kawan2 melompat keriangan sbb ada perubahan nombot2 dlm slip gaji dia org.. tp korang nyer slip gaji sama jer angka dia cam bulan2 lepas..agak2 nak sedih ker nak tumpang gembira kawan-kawan... cer citer cer citer..


isn't it the worst feeling in the world when you know that you're not good enough...

hahaha aku rasa ada yg mula keluar word2 yg kurang manis kan.. aku pun camtu.. alaa korang jgn nak tipu cakap tak la kan.. tak der org yg tak nak naik gaji nyer kan.. betul tak? hahahah aku mula2 pun camtu.. mmg aku marah sgt.. tp sampai suatu ketika.. aku redha.. semua ni adalah qada dan qadarnya.. ku terima rezeki yg dikurniakan.. malah ada lagi orang yang lebih lagi kurang nasibnya dari aku.. kan.. so skrg mood redha laa.. walaupun dlm hati ni ttp tak puas hati.. sangat2 tak puas hati.. tp apa nak buat.. aku pasrah jua akhirnya.. dah 16 tahun pun aku kerja di sini,.. mungkin dah sampai masa utk aku tinjau2 tempat lain.. berubah angin mungkin.. tp biasa la kan.. dah berusia nih nak melangkah ke tempat lain tu satu risiko yg amat berat utk di tanggung.. dengan tanggungjawab yg banyak.. komitmen pada keluarga mendahului segala2nya.. yang mampu buat masa sekarang ku hanya bermohon pdMu Ya Allah moga dikurniakan rezeki yang berkat untuk diriku dan keluargaku.. aminnnn...

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki