Ok, sebenarnya nak citer yang minggu lepas 21 April 2011 bersamaan hari Khamis, aku dan dua orang kakakku serta seorang kawan opisku sempat la berholiday atau lebih tepat bershopping2 la kot kan, sebab tempat kita orang pergi tu lebih pada tempat shopping :) haaaa korang yang perempuan mesti suka kan! ada ker orang perempuan tak suka shopping??? iskk kalau ada kan.. bertuah la suami anda tu heheh. ok back to my story.. hehhe melalut jer cik peah ni kan... kita org berempat sepatutnya fly pukul 3.30ptg dari LCCT, tapi macam biasa kalau naik AA nih memang dah leh agak akan ketidaktepatan waktunya.. ngeh ngeh ngeh actually aku tak pernah lagi fly dgn AA keluar dari Malaysia.. selalunya naik AA kalau domestic destinasi jer, aku lebih prefer naik airline lain kalau nak fly abroad nih! bukan apa.. sebab kalau airline lain complete sekali dgn makan kenyang entertainment dlm flight pun menarik,.. kalau naik AA alahaii nak selimut pun kena bayar.. tapi yer la kan.. what you pay is what you get la kan! banyak cengkadak pulak cik peah ni yer.. hahahaha ishh melalut lagik.. ok.. ok.. sambung balik citer.. akhirnya kita org fly kira2 sejam selepas delay dari waktu sepatutnya, menurut cerita di kota Bandung tengah hujan lebat.. sebab tu la kot flight delay.. ok la dimaafkan lah sebab faktor cuaca nih.. kita mampu merancang.. hanya tuhan menentukan.. tak perlu dikisahkan,..
Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke Kota Bandung di kala senja sudah menyapa..
Lepas dah check-in kita org jalan kaki ke town, cari dinner la apa lagik.. so mlm ni dapatlah isi tekak dengan hidangan masakan Sunda.. perghhh sedap siot cili dia.. manis2 pedas.. mmg marbeles sgt.. Restoran tu namanya Ampera kalau tak silap aku..byk cawangannya disekitar kota Bandung. lepas dah abih dinner badan pun dah letih, so balik hotel la tidoq...
22 April 2011 - bermulalah aktiviti terapi minda kami.. haha apa lagi shopping time.. wahh i like! :) bermula dengan Ciwalk di Chempelass then kami menyelusuri outlet-outlet di sekitar Dago dan juga kami ke Bandung Super Mall. bermula seawal 9 pagi kami dah mula mengunjungi outlet-outlet yang sangat menarik untuk dihabiskan duit.. hahah harganya amat2 berpatutan.. apa lagi aku ambil kesempatan belikan baju untuk anak-anak la... stanby untuk raya nanti.. dah tak yah susah-susah nak shopping lagi kan.. :)
23 April 2011 - okay hari ni pulak kami bertolak seawal jam 6 pagi menuju ke kota Jakarta. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam, macam semalam juga kami menggunakan khidmat Pak Mario untuk ke Jakarta. Hari ni kami menaiki Innova dan hari ni kami dikenakan charge kira2 800 ribu rupiah termasuk minyak, tol, parking dan khidmat pak supir.
Kami sampai di Tanah Abang kira-kira jam 8 pagi. wahh sangat-sangat awal, hahhaa punyer la semangat nak shopping, kedai pun lum buka.. hahah naik ke food court pun gelab lagi.. terpaksa la tunggu dulu sampai jam 9 baru kedai dibuka, lepas breakfast ala kadar kami pun mula la shopping tak hengat.. hahahah besh kat sini, ala2 macam GM Plaza kat Chow Kit, tapi lebih besar bangunannya dan lebih banyak lot-lot kedainya. Di sini aku dah berhabis berjuta2 rupiah la jugak.. beli telekong beberapa helai dan juga baju untuk anak2 cam biasa...
setelah setengah hari di Tanah Abang, kami ke Mangga Dua pula.. perjalanan ke sana agak sesak, well kota Jakarta memang terkenal dengan kesesakannya.. sana sini bunyi hon kenderaan.. aduhh macet dong! :p hahaha sampai di Mangga Dua kawan kakakku dah menunggu.. Butet namanya, dia merupakan sahabat baik kami dan selalu berkunjung ke Malaysia. Butet merupakan seorang officer di Bank Negara atau lebih dikenal sebagai Bank Pusat Indonesia. So di Mangga Dua kami memborong lagi, kali ni lebih menarik sebab ada Butet..haha apa-apa jer yang terasa nak beli kami kabarkan dulu pada dia, so proses tawar menawar lebih senang diuruskan oleh Butet, sebab di sini peniaga meletakkan harga berlainan antara penduduk tempatan dengan pengunjung luar.. so dapatlah harga murah :) Thanks Butet!! nanti boleh datang lagi kesini kan! :)
Selesai bershopping kami dinner dulu sebelum balik ke Bandung, kali ni dinner ditaja sepenuhnya oleh Butet.. thanks again dear.. :) kami bertolak balik dari Jakarta ketika jam sudah menginjak pukul 9 malam.. masih macet jalan di sekitar Jakarta..
Sepanjang perjalanan hujan agak lebat, semua orang dah letih, aku cam biasa, lelap tak baper lelap sebab risau gak Pak Mario drive sunyi-sunyi ni kan.. hujan plak tu, nak tak nak aku berborak la jugak dengan dia sekali dua buat hilang boring.. :) Kami sampai di Bandung kira-kira jam 11 malam.
24 April 2011 - hari ni kami bergerak ke Tangkuban Perahu, melawat kawah gunung berapi. Agak awal kami sampai, jadi jalan agak lengang dan dipenuhi kabus.. ermm best dan menarik sepanjang perjalanan ke sana. Di sini ramai sangat peniaga2 illegal yang suka paksa-paksa kita beli, tapi Pak Mario dah awal-awal pesan pada kami agar berhati-hati dengan peniaga-peniaga ni dan Pak Mario juga sentiasa mengawasi kami disepanjang masa berada di Tangkuban Perahu.
Setelah selesai sesi bergambar kami mula menuruni kawasan Tangkuban Perahu, kali ini bagi mengelakkan jalan yang mula sesak, Pak Mario bawa kami meredahi jalan-jalan kampung, wah sangat cantik sebab sepanjang jalan boleh nampak ladang teh yang bagaikan hamparan permaidani.. indah menghijau.
Kami kemudian mengunjungi Toko 3, salah sebuah outlet yang special dengan jeans.. wahhhh teruja terus masuk ke sini, apa lagi tak sempurna kalau tak membeli, aku sempat la juga membeli sehelai jeans levis untuk diri sendiri, harganya sekitar 500 ribu rupiah.. kualitinya sangat-sangat memuaskan. Disini pelbagai jenis jeans ada, bermula dari harga yang murah sehingga yang paling mahal. Tepuk poket pilih lah mana yang sesuai kan! :)
Selepas itu kami menuju ke pasar baru, disini kami shopping beberapa helai blause dan paling besh dapat shopping kain ela.. yeahhh chiffon yang murah-murah sangat kat sini, rabun mata sebab banyak sangat choice. Layanannya memang terbaik, rasa cam jutawan betul-betul
Selepas dah puas pusing-pusing sekitar Pasar Baru kami ke outlet lagi.. hahah ada lagi barang tak abih beli.. makan dah jadi perkara kedua.. shopping lagi penting! hahaha dah puas keluar masuk oulet kami akhirnya kembali ke restoran Ampera, makan malam yang enak sekali.. dengan air es jeruk yang sedap sangat..
25 april 2011 - last day di Bandung.. so pagi ni dah tak berdaya nak shopping lagi.. dah jadi jutawan fakir,. hahahah duit sudah abih lorr.. so pagi nih kami mula pack barang-barang.. hahaha giler datang satu beg balik berbeg-beg tak terbilang lagik.. flight balik KL kira-kira kul 3.30 petang.. si lepaking di hotel sebelum dihantar Pak Mario ke airport.. hrmmm hujan lebat sangat masa nak balik ni.. cam biasa.. delay lagi flight.. hahah pukul 4.30 ptg baru take off. Alhamdulillah safely arrived @ LCCT dah maghrib.. yeahhhh welcome home! :))