Antara yang pelanggan yang sering mengorder berulang kali walau pun bukan musim raya ni adalah Paknil dan juga tailor terkenal di Kajang saudara Dzulldeclassique.. memang ohsem dua selebriti ni.. terima kasih sangat pada dua nama besar ni yang banyak membantu melariskan jualan Almond Crunchy Caramel keluaran aku ni... Saudara Dzull sampai ke Tanah Suci dibawanya bekalan Almond ni.. katanya buat makan2 dengan jemaah lain waktu dalam perjalanan.. Alhamdulillah syukur sangat.. Paknil pula siap upload gambar kat instagram dia lagi haa... berduyun-duyun yang msg lepas tengok post dari Paknil tu.. terima kasih Paknil.. jasa baik Paknil amat saya hargai.. insyaallah lepas ni order utk mereka-mereka yang banyak membantu ni kita bagi special sket kannn.. hehehe
Ada juga kawan-kawan lain yang sering order berulang kali.. kalau dah berulang kali order tu maksudnya sedapla kan.. hehe perasan pulak aku weihhh.. terima kasih pada taukeh Kambing dari Putrajaya.. saudara Nordin yang selalu sangat order.. sekali order bukan satu dua bekas.. tp mesti 10 bekas ke atas.. tq cik din ya...
Ada sorang kawan lama aku sekarang tengah sambung belajar di Glasgow.. tak tahan teringin katanya tengok Almond Crunchy Caramel aku tuh.. haha so bagi tak menghampakan Cik Nita.. maka Almond ni pun terbang juga sampai ke sana... dapat la melepas rindu dendam katanya hehehe.. tq nita sayang...
Rasanya tahun ni macam nak buka tempahan untuk jualan borong pula.. kita tengok dulu mcm mana kan.. kalau ada sambutan insyaallah...Pada sesiapa yang nak order boleh terus whatsapp atau sms aku terus.. 0136150900 atau boleh email nyonyacyber@gmail.com untuk sebarang tempahan.. harga hanyalah rm26 per box. Penghantaran sekitar lembah kelang percuma untuk 5 balang ke atas. Penghantaran sekitar Putrajaya & Shah Alam boleh dipertimbangkan sekiranya ada ramai permintaan. Luar KL/Selangor/Putrajaya kita akan post (kos poslaju ditanggung oleh pelanggan).
tq semua!

.jpeg)





.jpg)



