Showing posts with label espana trip. Show all posts
Showing posts with label espana trip. Show all posts

Friday, February 3, 2012

::Espana Trip 2011:: Part 7 : Geneva + Chamonix, Mont Blanc

salam kawan-kawan.. seperti dijanjikan.. now nak sambung lagi kisah trip aku yang belum abih.. :) kami tiba di Geneva airport agak tengah malam juga.. so terkejar2 cari train sbb last train untuk sampai ke central stesyen pukul 12mlm.. terkejar2 dpt lah last train menuju Geneva Central lebih kurang 6 minit perjalanan. Dari General Central kami cuma perlu berjalan kaki menuju ke City Hostel.. tp malang tidak berbau.. slip hostel beserta map tercicir di Airport rasanya.. so dlm kegelapan malam terpaksa meredah berpandukan gerak hati.. sangat-sangat mencabar saat ini ditambah dengan badan yang agak letih.. masing2 moody.. silap cakap mmg kena belasah rasanya heheh.. Aku bayangkan Geneva sebuah bandar yang agak selamat memandangkan disini letaknya pejabat PBB.. tp rupanya tidak.. ada beberapa penduduk dan pelancong yang ditemui menasihati kami agar berhati2 kerana Geneva juga ramai dgn mat-mat black yg berkeliaran mencari mangsa.. akhirnya setelah bertanya di kedai2 24 jam dan ada juga hamba Allah yang sudi membantu.. kami tiba di City Hostel dengan selamat. hahah padahal hostel tu belakang Geneva Central jer pun.. tp sbb tak tahu kan.. tawaf la satu bandar ekekek... apa nak buat... kurus la sket kaki kami mlm tu.. :p

dah siap check in.. kami lepak kat lobby hostel sambil mengisi perut yang kelaparan dengan roti dan tuna (tak abih2 ngan tuna dari KL ni tau) hahaha and terus masing2 melelapkan mata.. letih sangat.. esok pagi2 perlu bangun awal pagi untuk ke France pulak..

jam 7 pagi sesudah subuh.. kami bergerak ke Chamonix, France. Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam setengah.. menarik sangat perjalanan ke sini dengan pemandangan yang indah di pagi hari. Kami menaiki van yang telah ditempah awal-awal lagi.


Kami tiba di Chamonix kira2 jam 8.30 pagi.. sejuk! sgt sejuk! itu baru Chamonix.. aku x dpt bygkan bagaimana nak naik ke puncak Mont Blanc kejap lagi.. persekitaran Chamonix ni sangat2 cantik dan indah sekali.. keindahan alam ciptaan Allah.. subhanallah sangat cantik..


sebelum naik cable car aku dah kuatkan semangat.. jgn la aku termenangis lagi hahaha dulu masa naik cable car kat langkawi tu aku pernah nangis sebab takut dan gayat sangat.. Mont Blanc ni lagi lah tinggi.. ianya antara puncak tertinggi di Banjaran Alps.. puncak Mont Blanc ni ada terowong yang boleh menembusi ke negara Italy jugak.. tp waktu kami ke sana ianya ditutup.. so x dpt la nak ke Italy :p sepanjang dalam cable car ni alhamdulillah aku berani tak gayat sebab tak der la cable carnyer kecik macam kat langkawi tu kan.. hahah so berani la aku...


sampai di puncak! wow!!!!! sgt2 besh! sejuk! sejuk! sejuk!

dah puas kami berada di puncak Mont Blanc, kami mencuba pulak naik keretapi ke Montenvers - Mer de Glace yang terletak berdekatan dengan Chamonix.. di sini cuacanya kurang sedikit sejuknya.. tempatnya amat menarik.. first yang keluar dari mulut aku adalah.. wow!!! indahnya macam lukisan!!! seriusly! cantik sangat! kalau mereka2 yang berminat dgn fotografi memang tak kan lepaskan peluang dengan panorama yang indah sekali ini..


dah puas di atas.. akhirnya mengisi perut di kaki pergunungan Alps.. dan macam biasa.. bergambar disekitar yang dah semakin disimbahi cahaya matahari.. puas sket dapat rasa haba panas :)


sekembali kami ke bandar Geneva agak petang.. sempat bershopping dan bersiar-siar di sekitar bandaraya ini..tak banyak yang dapat diterokai di bandar ini kerana kekangan waktu yang agak terhad..


setakat itu sahaja kisah Geneva dan Chamonix yang sempat aku imbas... esok awal2 pagi kami dah berlepas kembali ke Madrid! so tunggu kisah Madrid bakal menyusul ok!!! chiawwwww

Friday, November 25, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 1 : Doha

salam kawan-kawan tersayang.. muah muah muah untuk semua yang masih sudi membaca ketukan kekunci yang tak seberapa ini.. thanks ya!.. ok hari ni jom kita citer suka duka Espana Trip pula.. actually dah nak basi sket kisah nyer sbb trip ni dah berlalu bulan lepas.. tp sebab nak habiskan kisah trip2 sebelum ini yang belum diciterkan.. so now baru ada masa untuk diwarwarkan kisahnya.. hehe..

Kali ni trip aku dan kawan-kawan menggunakan penerbangan Qatar Airways.. so bila dah Qatar Airways terpaksa la kita transit kat Doha.. ermm menarik juga kan.. sebab aku belum pernah sampai ke Doha.. Sebelum ni pernah transit ke Dubai.. so aku mencari kawan-kawan yang ada kat DOha.. Alhamdulillah.. ada sorang kawan kat FB yang memang selalu ulang alik ke sana.. so dapatlah ku menumpang apartmentnya di sana.. meh layan gambar2 sekitar Doha.. owhh yer.. kami di DOha cuma separuh hari transit.. sampai pukul 12.45tgh di Doha.. dan berlepas ke Madrid pukul 7 pagi keesokan harinya :)

ok.. inilah Holiday Villa Apartment Doha tempat kami menumpang berehat :)

sampai Doha kita lawat unta dulu yer :p

macam biasa bunga-bunga bila nampak camera.. hahaha posing time!

di Doha anda semua jangan ketinggalan untuk melawat Souq Waqif.. kat sini ada pelbagai barang yang boleh dibeli..

ramai juga yang berkunjung ke Souq Waqif ni..

bagi yang sukakan madu boleh dapatkan di kedai ini.. pelbagai jenis madu yang berkhasit dijual disini. :)

macam biasa.. group photo :)

antara pemandangan yang dapat dilihat di sekitar bandar Doha

Kami juga sempat ke kawasan padang pasir.. berbbq di tepian pantai ditengah-tengah padang pasir.. dan cuacanya sangat nyaman .. sejuk ya amat disertai angin yang agak kuat.. pengalaman yang agak menarik di sini.. Thanks pada Mr. Abbas yang sudi melayan kami di caravan miliknya..

nasi mandi yang special untuk alas perut kami semua.. sangat-sangat sedap sekali!

bbq beramai2 di padang pasir.. terbaik!!! best moment ever!!!

so.. cukup dulu kisah persinggahan beberapa ketika di Doha.. sangat menarik.. insyaallah ada masa boleh berkunjung lagi ke sana.. :)

Friday, September 30, 2011

20 days to go!

wahh apa citer hari ni?? it's friday! i love friday! yahooo esok weekend... yeahhh korang tgk la aku.. betul2 giler suka kalau friday tau.. maklumlah leh berkubang kat umah dua hari.... tak kisah la dpt jenjalan atau pun sekadar berkurung kat umah.. tapi yang pasti namanya weekend.. a lot of things to do.. alaa jangan la nak gelak2.. korang pun sama kan! aikk geleng kepala pulak. alaaa konon laa.. padahal dalam hati korang pun nampak berbunga riang tuu kan... tinggal malu nak melompat sakan jer kan! kan! kan! sapa agree aku sayang dia! hahaha

ok.. back to the topic asal.. cehh belagak cik peah a.k.a nyonyacyber yang poyo.. hahah apa kena mengena dengan 20 hari ni sebenarnya ek.. cer teka cer teka (oops nanti bang ucop caj aku sbb pakai trademark dia haha) alaa saja kan nak suruh korang teka2 plak.. padahal ayu (kawan baik aku kat jepun) sure dah gelak2kan aku.. mcm la tak tau.. nak suruh teka konon ek...padahal semua orang dah tau pun... poyojerkan aku hahaha sebenarnya lagi 20 hari nak holiday panjang sket... dan langkah pun panjang jugak lah.. so this year dah plan pun nak ke Spain, Swiss n Portugal.. menjelajah 3 lagi negara asing yang tak pernah ku jejak.. so now tengah pecah kepala menyusun itenary untuk fitkan dengan masa dan paling penting budget... motipnya banyak tempat masa terhad budget ciput hahaha gilerkan! bagi yang pernah ikut trip backpackers sure faham macam manakan... tp pengalaman tu yang besh dan bermakna..

mungkin kali ni trip aku yang terakhir dengan kawan-kawan.. next year rasanya dah tak joint kot.. nak kena pikir banyak benda lagi next year. anak-anak pun dah besar,, so banyak benda nak kena uruskan.. planning untuk family kena teruskan... then aku bercadang nak sambung master.. so kena la focus betul2kan.. abih master nanti ada rezeki boleh sambung lagi jalan2 tapi dengan family la pulak kan... :)

okay bercakap pasal trip dan siri-siri jelajah aku ke bumi asing nih.. aku terasa nak jugak kongsi dengan korang suka duka jenjalan tempat orang ni kan.. agak2 korang nak ker baca? hahah kang balik2 ayu jugak kena baca tau.. sian dia.. asyik dia jer kena baca blog ngarut aku nih ahahaha (hang jangan marah aku tau ayu!)kalau korang sudi nak baca next week aku mulakan story aku pasal jelajah tempat orang yer.. kalau korang nak baca laa. kalau tak nak.. tak jadi lah aku karang karangan 180 patah perkataan aku tuh.. hehehe so sapa setuju angkat tangan tinggi2 yer.. hehehe

okaylah.. cukup dulu sampai sini.. nak kena sambung kerja jap.. nanti kita citer2 yer.. bubyeeee... tapi sebelum tu meh ler jeleskan gambar salah satu tempat yang bakal aku terjah bulan depan nih yer! hehehehe

Mont Blanc, Chamonix, France
amacam? ada jeles tak? hahah actually nih kat france.. sempadan antara france, swiss n italy.. insyallah aku akan jejak kesana juga :)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki