Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

kata mereka ...

    Assalamua’laikum..Selamat pagi semua.. pagi ni saya agak tertarik dengan beberapa tweet dari rakan twitter saya. Menarik rasanya untuk kita kongsi bersama dan cuba kita renungkan. Banyak perkara yang kita terlupa untuk mengucapkan Syukur pada Allah dilahirkan di Negara ini. Semoga beberapa perkara ini yang saya percaya ianya hanyalah sebahagian dari usaha2 kerajaan yang ramai antara kita tak tahu atau buat-buat tak ambil tahu boleh mencerahkan mata dan membuka minda kita. Insyaallah.
  
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - sebanyak RM2.1 billion diperuntukkan utk pinjaman perniagaan kredit mikro keluarga miskin melalui AIM.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 35,095 (80%) Projek Perumahan Rakyat & Perumahan Awam DBKL ditawarkan utk jualan kpd penghuni semasa.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 67% kanak-kanak mengikuti pendidikan pra-sekolah; lebih tinggi dari US (62%) atau China (42%). - Unesco
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - sebanyak 9,814 buah sekolah rendah dan menengah dibina utk rakyat pelbagai bangsa.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 16,000 buah rumah org miskin dibina / dibaikpulih.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 35,000 lagi rumah luar bandar dapat bekalan air bersih.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 27,000 buah rumah lagi mendapat bekalan elektrik.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sepanjang 750km jalan kampung dibina.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - pengguna internet meningkat dari 2.7 juta pada tahun 2000 kepada sekitar 18 juta pada tahun 2011.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 35,095 buah rumah kos rendah ditawarkan kpd keluarga yang layak pada harga 75% nilai pasaran.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - kemiskinan tegar berkurangan sehingga 0.2% sehingga Disember, 2010.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 700K kanak-kanak sdg mengikuti pendidikan pra-sekolah; bertambah sebanyak 54,569 org sejak 2009.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - jumlah profesional meningkat tiga kali ganda sejak tahun 2000.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - jumlah kemasukan pelajar peringkat tertiari meningkat sebanyak dua kali ganda, sejak 2000.


    Di negara zalim Malaysia, rakyat boleh keluar dgn Porshe Cayenne, BMW, Mercedes, Accord & Camry utk berdemonstrasi - bawa ipad, BB & iPhone!

    p/s: Apabila tiada fakta; timbulkan auta dan cerita; mulalah buat berita - dan org jahil ternganga-nganga! - NOBISHA
  
    Terima kasih kepada Tuan Norizan Sharif mengizinkan saya untuk berkongsi tweet beliau pagi ini ..

Thursday, September 29, 2011

::Twitter::

morning uollss! wahh pagi2 mood ceria.. haruslah kan... nak maintain muda kena selalu ceria.. keh keh keh poyo jer aku nih.. okeh pagi nih nak citer pasal apa ek... aku ni selalu la sgt camnih.. beria nak berblog.. tapi bila nak mula mengarang jer ishh apa nak tulis ek.. hahaha tak der idea jer.. oklah.. sebab pagi nih awal-awal dah terjah blog kawan terbaikku yg cun melecun itu... sapa lagi kalau bukan ayu dari jepun!!! sebab dah ada citer tentang twitter kat blog ayu so aku teruskan lah citer penglibatan aku dengan satu lagi social network nih yer :)

aku mula-mula joint twitter nih since March,2009 itu menurut apa yg aku register id kat twitter laa.. macam biasa aku maintain guna id nyonyacyber hahah tu nickname terbaik dan paling lama kekal di alam cyber tau.. rasanya sejak zaman irc lagik pakai nama tu.. :) tapi rasanya time tu aku register jer.. tapi tak pandai guna pun.. hehe then rasanya aku mula giler pandai tweet2 orang nih lately sejak akhir tahun lepas kalau tak silap..

dalam list twitter yang aku follow ni ada pelbagai golongan.. ada artis, ada friend dari FB, ada sedara mara, ada ahli politik kiranya macam-macam group ada.. meriah sket timeline.. hahaha tapi tak der la ramai mana pun... aku punya follower pun tak ramai..


okay citer bab twitter nih aku kadang2 lebih suka twitter dari Facebook sebab bagi aku ianya lebih interaktif.. and lebih fokus.. macam Facebook agak umum sket kan... itu pandangan aku lah kan.. di laman twitter nih jugak lah aku dapat ramai kawan2 yang macam2 latar belakang... rasa meriah hidup.. so korang kalau rasa-rasa nak meriah hidup meh leh follow me hahah nanti i follow u semula :)

p/s: ehh kena stop dulu citer daa... mau sambung kerja! hahah nanti next entry kita citer benda lain plak yer!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki