Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

UPSR


hari ni telah bermula peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Anak kedua ku antara calon yang menduduki peperiksaan tersebut. teringat dulu zaman aku sekolah, sekitar 1987 UPSR mula diperkenalkan di 10 buah sekolah terpilih di kedah.. sekolah aku antara sekolah yang dipilih.. maka kami menjadi perintis UPSR, ada pro dan kontranya ketika ini.. kami dikira mangsa percubaan.. ada sesetengah murid sebaya kami telah pun menduduki Penilaian Darjah Lima.. bayangkan bila jadi yang pertama.. serba serbi belum betul-betul mahir. Yang paling aku ingat waktu tu, masing2 teruja nak ngadap UPSR ni.. cikgu dan student sama naik teruja.. Part yang tak best pulak bila nak masuk Form 1, budak2 UPSR ni kena saing dengan budak Penilaian Darjah 5.. sedih tau.. sebab kami mengidam nak masuk MRSM.. tapi bila p exam utk masuk MRSM ni, soalan semua berdasarkan Penilaian Darjah 5, dan malang bagi kami budak2 dari sekolah yang ambil UPSR ni semua gagal untuk masuk ke MRSM.. maka kami semua masuklah sekolah menengah harian biasa dan asrama penuh biasa.. itulah antara pengalaman aku dulu ambil UPSR.

Hari ni aku berdebar-debar sebab anak keduaku akan menghadapinya.. Doaku semoga kak ngan dapat menjawab dengan tenang dan sempurna.. insyaallah tahun depan anak ketiga pulak akan menghadapi UPSR ni, dan aku difahamkan tahun depan merupakan tahun terakhir UPSR digunakan. Kepada semua anak-anak yang menghadapi UPSR, jawablah sebaiknya, keputusan belakang kira.. janji buat yang terbaik. Kepada ibu bapa pula sama-sama kita doakan anak-anak kita dapat menjawab dengan baik. Insyaallah

Thursday, November 19, 2009

exam n assignment!!!


seperti biasa.. akhir2 semester nih mmg menjadi kalut.. semua sbb salah sendiri.. time management yg tak konsisten.. biasalah kalau orang yang mcm aku nih.. tak disiplin sangat dengan masa. Akibatnya sendiri menanggung masalah. Semester ni ada lagi 3 assignment yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, setakat ini dah berjaya submit dua subjek. Tinggal lagi satu subjek akan disubmit pada hari Sabtu nanti, walaupun sepatutnya dah kena submit 2 minggu lepas.. heheh teruk betul la murid tua sorang nih.. asyik minta extension of time jer.. :)

last week juga aku menduduki mid semester exam. ada dua subjek yang perlu ikut format baru ni... financial management 2 & macroeconomi. alhamdulillah dua-dua paper tu berjaya diduduki dengan tenang walaupun aku tau ada antara jawapan yang aku bagi tu tak menepati soalan yang diminta.. hahaha sendiri mau ingat la bila baca buku last minute.. tgk jer soalan.. dlm kepala keluar la macam2.. semua aku rasa nak tulis.. agak2 satu buku teks la kot aku nak salin dlm kertas jawapan tu.. hahaha mau terkejut pemeriksa,. tapi sure2 la tak cukup masa kan..hehehe apa la aku merapu nih...

so dah abih exam ngan assignment nih minggu depan nampaknya aku kena la focus untuk final exam bulan depan.. dengarnya bulan depan macam lama jer lagi.. padahal dah tinggal baper hari jer pun.. tapi paling tak besh paper last sekali aku kena 27 disember.. adoii bosan tul kalau jarak antara paper tu lama sangat.. azab jer rasa.. biar la sekalu gedebush jer terus.. baru la power sket otak aku nih berfikir.. heheheh

so kawan-kawan.. doakan yang terbaik untuk aku yer.. dan aku berjanji pada diriku untuk tidak mensia2kan waktu yang ada.. akan aku hafal semua dlm buku teks tu nanti.. heheheh semoga aku dapat menjawab dengan tenang... insyaallah... so for my kids.. sorry dear.. sekali lagi cuti sekolah korang mama tak leh tumpang enjoy.. kita enjoy dlm rumah jer laa.. heheheh tunggu tahun depan baru kita celebrate sakan bila mama dah abih study... okeh... babai semua..

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki