Showing posts with label spain. Show all posts
Showing posts with label spain. Show all posts

Monday, February 27, 2012

::Espana Trip 2011:: Part 8 : Madrid

so last destinasi kita orang adalah Madrid.. setelah puas berpusing hampir keseluruhan Sepanyol, Geneva, Mont Blanc dan juga Lisbon, akhirnya kami kembali ke kota Madrid.. kota yang mulanya pada tanggapanku kota maju seperti bandar-bandar besar lain di dunia.. rupa-rupanya Madrid memberi satu kenangan yang menakutkan buat aku..

Kami tiba di Madrid lebih kurang dah tengahari.. setiba di Madrid kami menaiki train menuju ke kota Madrid. hrmm di sini bermula kisah agak duka bagi aku.. :( waktu tgh sesak naik train.. aku dah kena pick pocket... uwaa abih juga la duit dan credit card.. nasib baik passport dan euro ku ada simpan dalam pocket jacket.. kalau tak menangis tak berlagu lah jadinya.. yg aku sedar waktu sesak2 tu ada dua perempuan spain yang himpit aku.. masa himpit2 tu lah dia org seluk beg sandang aku... so dpt la beg duit aku jadi habuan dia org.. huhuhu apa nak buat.. malang tak berbau..

okay. back to citer jelajah Madrid ya.. malas nak ingat pasal kena copek tuh.. sedihh n buat hilang semangat jer jadinya.. :p lepas dah check in hostel.. aku terus la call bank block semua credit card and call my lovely hubby.. down sgt2 rasa masa tu bila teringat balik kes kena copek tu.. actually masa aku kena copek tu kawan aku pun sama kena.. tp dia bernasib baik sbb dia sempat pegang tangan pencopek tu.. so wallet dia terjatuh ke lantai.. selamat la dia.. dah siap refresh sket badan.. kami mula keluar dan meneruskan keterujaan untuk meninjau apa yang ada di kota Madrid.. cuaca ptg dia Madrid agak panas tapi berangin..lepas isi perut dengan kebab kami menaiki train menuju ke Santiago Bernabaeu.. yeahh apa itu??? haa sudah pastilah Stadium pujaan Real Madrid!! so apa lagi lets go tour the stadium jommmm!!!




ok dah abih jelajah stadium kami terus ke bandar Madrid.. disebabkan masa dah suntuk.. so kena la shopping ole2 utk bawa balik ke Malaysia kan.. mula-mula kami menuju ke tempat wajib pergi kat mana2 negara pun.. heheh apa lagi kalau bukan Hard Rock Cafe.. sempat la beli dua tiga helai tshirt kiriman kawan2 di KL.. selepas itu kami mula menjelajah gedung2 membeli belah di sini.. tapi amat sedih sbb di sini gedung2 membeli belahnya tak dibuka sampai 10 mlm mcm kat KL.. pukul 8 dah tutup.. so terhad sangat kami dapat shopping pun.. dan cadang kami esok kami akan kembali semula kesini.. tp sedihnya disebabkan esoknya hari Ahad... byk juga store2 yang tak buka sbb weekend.. mmg pelik betul Spain ni.. weekend la org nak shopping kan.. ditutup pulak kedai.. cuma ada beberapa shopping complex jer yang buka.. butik2 berjenama kebanyakannya tutup hari ahad.


so itu saja xtvt utk hari ni.. kita sambung shopping esok plak okay! haha

the next day pagi dimulakan dengan acara melawat sekitar istana dan juga pasar hari yg agak pemes di sana.. so meh layan gambar ok!


selepas melawat serba sket tempat wajib lawat.. kami sambung shopping di kota Madrid.. tapi disebabkan byk butik2 terkemuka tak dibuka so jimat sket duit hahaha terhad la shopping pun kan.. :)


kalau ke Madrid tak sempurna rasanya jika tak melawat Bullfighting kan.. tapi agak malang sebab tarikh kami disana bukan tarikh perlawanan.. so tak dapat la tengok.. dapat tengok gelanggangnyer sahaja..so layan jer la gambar2 kami kat sana okay :)

siankan tanduk lembu tu lebih muatan yang dok bergayut tu haha

ini lah rupa gelanggang bullfighting di Madrid..

selepas berpoya2 di gelanggang lembu yang agak wangi tu hahah kami melawat pula bangunan senget di Madrid.. ianya dikenali sebagai Madrid Leaning Towers.. the world’s first leaning high-rise buildings. They were built in 1996 and designed by the American architects Philip Johnson and John Burgee. Each building is 115 m tall, or 26 stories, with an inclination of 15º, or more than twice that of the ‘leaning’ (pfft) tower of Pisa... sebab dah agak petang.. dah tak baper nak ceria bergambar pun haha so ini jer la hasilnya!




then agak maghrib juga kami bergerak pula ke stadium Atlatico Madrid.. sebab ada juga kawan dari KL yang kirim minta belikan jersey team ni.. kebetulan malam tu ada game Atlatico utk Piala La liga .. korang yang minat bola mesti tahu semua ni kan.. so meriah sangat suasana malam tu.. kita org terus ke store team ni sbb masa dah suntuk... kena kejar2 beli.. kiranya last customer kot kita orang mlm tu.. hahaha ... dah la lambat.. siap bergambar2 lagi kat dlm kedai.. heheh

so meh layan gambar di sini.. :)


so the next day masa utk pulang ke malaysia.. yahooooo



so sambung lagi kisah lepas ni okay! bye! bye!

Monday, January 16, 2012

::Espana Trip 2011:: Part 6 : Lisbon

sorry ya agak lama terperam tak update blog.. sangat2 bz sekarang.. tiada peluang untuk mencelah.. so hari ni sempat sekejap menjengah ke sini.. macam biasa kusambung kembali kisah-kisah perjalananku..

Kami berlepas dari Madrid sekitar jam 8.10 malam dan tiba di Lisbon,Portugal jam 8.30 malam.. jarak perjalanan agak dekat dan perbezaan waktu satu jam antara Portugal dan Spain.. Sampai di Aeroporto de Lisboa kami terus ambil bas ke bandar Lisbon.. jaraknya lebih kurang 10km tetapi makan masa setengah jam perjalanan menaiki bas henti-henti.. selepas dah check in hostel macam biasa mencari makanan untuk diisi perut yang dah kelaparan.. maklumlah sempat makan roti jer kat airport madrid sebelum tu kan.. so malam tu makan agak mewah.. seafood dan sedikit nasi ala2 portugis..so kenyang sangat perut malam tu.. oh yaa.. Lisbon agak sejuk pada malam hari disebabkan hujan yang agak lebat.. tak banyak aktiviti dapat dilakukan dan agak terbatas.. kami hanya berjalan-jalan disekitar kawasan hostel yang betul-betul terletak di tengah bandar Lisbon.

setiba di Aeroporto de Lisboa

mencari-cari dimana letaknya Goodnight Hostel..

meriah makan besar yer! kenyang perut senang hati!

Keesokan harinya sebelum kami mula meneroka bandar Lisbon, sempat breakfast di hostel sekenyang2nya :) macam biasa roti dan tuna yang dibawa dari Kuala Lumpur sebagai bekalan :)bila dah kenyang barulah best nak meneroka apa ada di Lisbon! Walaupun hujan turun sejak malam kami tiba disini, tapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus menjelajah bumi Portugis ini yang terkenal dengan pedagang dan pelayar-pelayarnya..so korang mesti ingat sejarah Portugis di Melaka kan.. mesti ingat Alfonso de Albuquerque. Nanti aku tunjuk korang gambarnya yang hensem ya :) so layan dulu gambar disekitar town ini ya!


Tempat pertama kami singgah adalah Afonso de Albuquerque Square. Afonso d'Albuquerque adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.Inilah rupanya monumen yang dibina bg mengingati Laksamana Afonso de Albuquerque.


kemudian kami melawat pula 25 de April Bridge


25 de April Bridge, adalah jambatan gantung yang menghubungkan bandar Lisbon, ibu kota Portugal dan bandar Almada di tebing kiri (selatan) Sungai Tejo. Disebabkan warna yang serupa, ia sering dibandingkan dengan Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat. Malah, ia dibina oleh syarikat yang sama yang membina Oakland Bay Bridge di San Francisco yang juga mempunyai rekabentuk yang sama iaitu American Bridge Company. Dengan panjang 2.277 m, ia adalah jambatan gantung yang ke-21 terbesar di dunia. Platform atas membawa enam lorong kereta, dan platform yang lebih rendah membawa dua trek kereta api. Sehingga tahun 1974, jambatan itu dinamakan Salazar Bridge (Ponte Salazar).

Dari jambatan gantung 25 de April Bridge ini kami menyusuri tepi tebing dan pelabuhannya hingga ke Monument to the Discoveries... berjalan di tepi pelabuhannya yang sangat nyaman.,. angin yang agak kuat ditambah dengan hujan renyai-renyai cukup untuk membuatkan aku kesejukan...


dari monumen ini kami terus berjalan ke muzium yang terletak bersebelahan tempatnya.. muzium marina portugal..di sini terdapat pelbagai bahan sejarah pelayaran dan perdagangan portugis.. disini juga terdapat patung-patung pelayar portugis seperti Afonso dan juga Vasco Da Gama..


dah abih memusing separuh hari di lisbon.. kami naik train menuju ke stadium sporting lisbon..


kemudian kami bergegas ke Hard Rock Cafe pula.. mcm biasa... souvenir harus dibeli yeayyy!!!


okay complete satu hari tour Lisbon.. terkejar2 dari satu tempat ke satu tempat.. dengan cuaca yang hujan panas sepanjang hari.. itu saja yang dapat kami teroka.. bergegas ke airport semula kerana flight ke Geneva berlepas jam 7.35mlm.. so.. c u next chapter okay!!! :)

Thursday, December 22, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 5 : Toledo

Selepas melawat sekitar Cordoba.. kami bergerak ke Toledo.. perjalanan dari Toledo kira-kira 350km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.. kami sampai di Toledo sekitar jam 6 petang.. agak mudah mencari tempat penginapan kami disini.. tetapi cabarannya bila jalan disekitar Toledo agak sempit dan berbukit-bukit.. kecut juga perut jadinya.. disebabkan kedudukannya di atas bukit, ditambah pula kami sampai agak lewat petang, cuaca agak sejuk.. lebih kurang macam kat puncak Cameron Highland rasanya.. :)

Setelah menyegarkan diri di hostel, selesai Maghrib kami pun keluar merayau sekitar Toledo sambil mencari apa yang menarik untuk dibuat dinner :p perut dah berkeroncong sepanjang jalan asyik makan patatas jer hehehe so malam tu makan ala kadar juga mcm biasa..



haaaa time untuk postkan postcard untuk anak2 di Malaysia :)

Keesokan harinya kami mula meneroka bandar Toledo.. bandar ini agak kecil dari bandar-bandar lain di Sepanyol.. suasana dan cuacanya agak nyaman lebih kurang Cordoba juga..oh yaa.. lupa pulak nak citer,.. korang mesti tahukan.. Sepanyol terkenal dengan makanan Paella.. paling famous sekali di Valencia.. Paella Valencia!! tapi disebabkan tak sempat nak cari Paella sewaktu di Valencia akhirnya kami jumpa Paella di Toledo.. semangat nak mencuba makanan terkenal ini... kami mencuba Paella Seafood .. ermm sekali tengok aduhaii macam tak tertelan rasanya.. rupanya lebih kurang nasi goreng yang lembik.. agak2 macam nasi goreng ladna yang kekurangan air.. haaaa mcm tu laa jadinya.. so boleh bayangkan macam mana kembang tekak aku rasa.. hahaha puas juga nak habiskan.. nasib baik aku berkongsi Paella dengan Yiesha kawan ku.. kalau sorang-sorang mau kejung jugak nak habiskan tu.. heheh

ini lah rupanya Paella Seafood tu..

so mari layan gambar-gambar sekitar Toledo.. di sini banyak terdapat bangunan-bangunan lama dan gereja-gereja.



kat sini ada kedai jual boot yang cantik-cantik tau.. so apa lagi.. sempat la aku beli sepasang boot yang agak murah harganya.. tengok cantik kan boot aku! haha


jalan-jalan di Toledo ni bagi aku bukan jalan laa.. lorong kot.. hahah sempit sangat.. tengok la ni jalan / lorong di sekitar bandarnya.. sangat-sangat sempit okay.. ngeri ooo nak lalu.. dan mencari parking satu masalah yang agak besar :)


dibawah ni semua gambar-gambar disekitar Toledo yang sempat di ambil.. so layannnn :)






so lepas dah lunch kami bergerak ke Madrid semula sebab kami perlu bergegas ke airport semula untuk terbang ke destinasi seterusnya.. jarak Toledo ke Madrid dah tak jauh kira-kira satu jam perjalanan..haaaa nak tahu destinasi mana pula lepas nih?? nantikan ok!!!! lambat sket update lepas ni sebab esok nak balik kampung sampai next week.. hahaha sabar okay! baca dan tatap dulu gambar-gambar cun aku yang ada ni hehe

vroommm vroommm

lepak tunggu flight ke destinasi seterusnya!! yeayyy jumpa lagi Madrid selepas 4 hari okay! haha

Thursday, December 15, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 4 : Cordoba

yeahhh korang nampak tajuk entry kali ni Cordoba kan.. aku agak mesti korang terlintas dalam kepala citer Suria di Cordoba.. mesti terbayang wajah hensem Fahrin Ahmad dan AdiPutra hehehe jangan tak mengaku okay!... haha aku actually tak mengikuti citer tu sgt,.. cuma ada la sekali dua kali jer tertengok nyer.. tapi sebab Astro kan suka ulang2 tayang itu yg tertengok tuh.. hahaha okay... meh sambung kisah perjalanan aku.. selepas berpenat menjelajah seluruh kota Al Hambra.. kami meneruskan perjalanan menuju ke Cordoba.. kami bertolak kira-kira dalam pukul 5 petang camtu.. perjalanan dari Granada menuju ke Cordoba tidak la jauh seperti perjalanan kami sebelum ini.. Ianya cuma memakan masa lebih kurang dua jam lebih camtu.. jarak dari Granada ke Cordoba lebih kurang 200km.


Setelah meredah perjalanan yang agak nyaman petang itu.. kami sampai di Cordoba lebih kurang dah nak Maghrib.. pukul 7 malam camtu.. suasana sangat tenang.. patutlah dalam citer Suria di Cordoba tu digambarkan Cordoba ni sebuah kota cinta... wahhh puitis sket.. sgt tenang keadaannya.. tp ketenangan di Cordoba tersentap sket.. hahah semua gara2 kami tersesat dalam mencari hostel yang dah dibooking.. berpusing2 di dalam kawasan yang sama sampai lebih dari dua jam.. and perut pun dah lapar.. akhirnya mencari kebab lagik heheh then pukul 9 lebih baru dapat check in kat hostel.. padahal hostelnya dikawasan yang dipusing2 lebih dua jam tu jer.. hahah sadis sungguh kan..

inilah rupa hostel yang dicari2 itu.. :)

so mlm tu macam biasa tiada aktiviti pun... so tidur dengan nyenyaknya...then esok paginya kami memulakan acara melawat di sekitar Cordoba ini,..kami mengunjungi satu lagi Masjid yang terkenal di Cordoba tapi sekarang sudah bertukar menjadi gereja, bila di Spain ni jiwa agak sedih bila mengenangkan banyak tempat-tempat ibadat Islam sudah bertukar menjadi milik Kristian.. kami berkesempatan melawat Mezquita de Cordoba..

sampai awai sgt Mezquita pun belum buka lagi.. hahha so lepak dulu kat luar kawasan..

byk sangat pokok limau kat sini tau..apalagi.. posing la bawah pokok limau beramai2 :p

ini rupa mercu Mezquita dari luar


geng mak dara berposing di Cordoba :)

di dalam kawasan Mezquita.. sgt cantik dengan langit yang membiru...

di pintu masuk Mezquita.. anda harus membeli tiket yer untuk masuk kedalam kawasan ini.. :)

sebelum tu korang mesti nak tahu apa itu Meaquita ni kan.. meh nak citer sket sejarahnya.. Pembinaan Mezquita (asal namanya Masjid Aljama) berjangka lebih dari dua abad, bermulanya pada 784 M di bawah penyeliaan Amir Muslim pertama Abd ar-Rahman I, yang menggunakannya sebagai sebuah tambahan ke istananya dan menamakannya sebagai penghormatan kepada isterinya. Tapak itu sebelum itu adalah sebuah katedral Visigoth St. Vincent. Apabila tentera Tariq ibn-Ziyad pertama kali menduduki Córdoba pada 711, mereka dan penganut Kristian berkongsi ruangan katedral, menurut sejarawan ar-Râzî, yang mendokumentasikan sejarah masjid. Tetapi dengan penubuhannya Umayyad dalam buangan negara sebagai emir-emir Córdoba, tolak-ansur itu tidak lagi cukup. Perbincangan di antara Emir dan biskop Córdoba, diberikan janji bayaran besar wang dan juga izin untuk membina semula salah satu gereja-gereja luar yang telah diruntuhkan semasa penaklukan, mendorong penganut Kristians bersetujukan melepaskan bahagian St. Vincent mereka, yang telah dirobohkan dan masjid baru, pada fasa pertamanya, dibina di atas asasnya (Wolf). Unik berbanding masjid-masjid lain, mihrabnya tidak mengarah terhadap Mekah. Beberapa penjelasan telah dicadangkan untuk menerangkan kedudukan masjid yang tidak mengikut peraturan agama. Sesetengah bercadang bahawa mihrab itu mengarah ke arah selatan kerana asas masjid menggunakan asas pembinaan Rom lama dan Visigoth. Yang lain pula menegaskan bahawa Abd ar-Rahman mengarahkan mihrab ke arah selatan seolah-olah baginda masih berada di ibu negara Umayyad dan tidak dibuang negara. ok.. utk citer lanjut korang boleh search kat google ok.. heheh

lihatlah senibina Islam yang sangat indah..


ini tempat imam suatu ketika dulu


now gereja dah berfungsi semula dalam ni..

dah habis lawatan dalam Mezquita kita shopping ole2 untuk bawa balik yeayy!!

dan meneruskan lawatan ke kawasan sekitarnya :)

anak gadis ni sangat pandai bermain alat muzik.. cantikkan dia :)


sekitar bangunan2 lama di cordoba

ditengahari yang terik.. posing tetap posing haha

ramai2 meneroka bumi Cordoba..

itu saja kisah di Cordoba.. nanti kita sambung next part kat tempat lain pulak.. okay! :)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki