Friday, December 11, 2009

entry tertunggak

sebenarnya patut entry ni dipost sebelum balik kg last week.. tp tak sempat nyer pasal .. so now baru sempat nak postkan..

raya aidiladha..

kali ni kami sekeluarga hanya beraya di kuala lumpur.. tak dapat nak balik kg atas beberapa sebab.. mmg terkilan sgt.. sbb raya kali ni tak der ketupat..tambah pula dengan aku demam.. aku cuma buat roti jala jer pagi raya tu.. itu pun kami makan anak beranak jer.. tak der org lain pun.. neighbour2 semua beraya kat kampung masing-masing.. lepas sembahyang raya lepak2 jer kat umah.. then lepas solat jumaat baru la kita org keluar beraya ke rumah opismate aku kat kg pandan.. sedap tul makan nasi tomato kat umah si Dayang... ptgnya pula kami ke rumah kakak iparku di bandar tasik selatan.. haa sini besh sket sbb dapat daging korban.. hehe baru la terasa raya korban...





raya kedua pula awal2 lagi kami dah ke hulu langat.. istana hinggap opis mate aku.. dia ada buat korban.. kami sampai seawal 8 pagi sbb anak bongsu aku si nabil sibuk nak tgk lembu.. kalau lambat nanti lembu jadi daging la mama,.. hehehe so dpt la budak2 tgk camner org korbankan lembu... so layan jer la gambar2 yg anak2 aku snapkan .. heheh



Tuesday, December 8, 2009

balik kampung






wahh seronok sgt last week satu minggu dapat balik kampung tercinta.. walaupun suami tak dpt ikut serta, namun aku dan anak2 tetap bergembira dapat habiskan masa cuti bersama mak dan ayah.. sempat juga aku bawa anak2 naik gunung jerai, setelah sekian lama tak menjengah keindahan gunung yang terletak berdepan dengan rumah mak. walau pun sekejap tapi cukup bermakna.

Kebetulan musim cuti sekolah, anak-anak buah semua balik, bertambah meriah lagi rumah mak dan ayah.. paling aku suka bila tengok ayah gembira dengan kehadiran cucu-cucunya. lupa seketika pada sakit yang dihidapi. alhamdulillah keadaan ayah juga sudah beransur sihat walaupun kadangkala masih lagi keletihan dan memerlukan bantuan kami semua untuk bergerak. insyaallah aku berdoa semoga ayah cepat sembuh dari sakitnya.

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha untuk semua


untuk semua diucapkan salam aidiladha.. hayatilah erti pengorbanan yang sebenar2nya.. raya kali ni terpaksa berkorban untuk menahan perasaan sayu tidak dapat beraya bersama ibu dan ayah... terpaksa beraya disini saja... ermmm belum ada plan esok nak masak apa.. kawan2 semua mesti balik kampung kan... hati-hati memandu..semoga selamat sampai ke kampung.. salam aidil adha dari saya sekeluarga untuk anda semua..

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki