salam untuk semua.. sekejap jer rasanya hari berlalu... dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. semoga puasa kita dan amal ibadat kita selama ini diterima Allah hendaknya.. insyaallah.. bulan puasa ni agak kurang berblogging disebabkan kesuntukan masa yang amat sangat.. awal-awal puasa aku amat sibuk dgn persiapan untuk dapatkan ISO certificate untuk syarikat yang aku kerja ni kan.. sapa2 yang pernah ambil ISO ni maybe leh paham la mcm mana banyak songehnya bila nak documented kan segala benda dan nak mensistemkan segala yang kita buat hari2.. sangat2 mencabar.. cuma aku agak bernasib baik sbb ini adalah pengalaman kedua aku menghadapi benda ni.. first time dulu sewaktu aku bersama company sebelum ni.. alhamdulillah berjaya juga.. dan disebabkan kejayaan itu la jugak kot boss aku transfer aku kat company baru ni.. so kena buat lagi sekali.. so terpaksa la aku berkampung kat opis hari2 tak kenal weekend lagi dah.. sian anak2 aku bulan posa makan ala kadar jer sbb mama sibuk sgt. dan aku sgt beruntung sbb hubby aku sangat2 memahami dan sgt2 ringan tulang.. so hari2 dia yang take over dapur.. hehe sedapp dia masak tau.. so alhamdulillah semua dah selesai dua hari lepas.. lepas ni kena maintainkan jer sistem utk terus qualified ISO.. next 9 month lagi audit akan dijalankan..
so itu saja kisah lama tak update ku ini.. semoga korang jangan lupakan aku ya... nanti kita citer2 lagi ek.. Selamat berpuasa untuk semua.. dan selamat menyambut lebaran.. kalau rasa2 nak kad raya dari aku.. sila tinggalkan alamat anda.. insyaallah akan ku balas .. :)
Friday, August 19, 2011
Monday, August 15, 2011
Doa hari ke 15 Ramadhan ...
Ya Allah, anugerahkan kepadaku di dalamnya ketaatan orang-orang yang khusuk, lapangkan dadaku dengan taubatnya orang-orang yang memperoleh ketenteraman, dengan keamanan-Mu wahai Yang Memberi rasa aman kepada orang-orang yang ketakutan.
Tuesday, August 2, 2011
Puasa
Salam ramadhan untuk semua.. Hari pertama dan kedua ini alhamdulillah anak-anak semua dapat puasa dengan sempurna.. Alhamdulillah.. Cuma sian pada Nabil anak bongsuku, first day puasa sebaik berkumandang azan belum sempat minum atau jamah apa-apa juada dia dah muntah-muntah.. Perut terkejut agaknya sebab hari permulaan.. So hari ni dah ok alhamdulillah.. Cuma dia nampak letih sangat sebab sekolah bermula 7.30 pagi dan berakhir jam 4.00 ptg.. Dalam kereta lagi dah tertidur, terpaksa la aku dukung dia sampai ke dalam rumah.. Waktu nak berbuka baru dia bangun p, itupun setelah puas dikejutkan... Sekarang ni hari-hari memikir apa masakan yang dapat bg selera pada anak-anak.. Selalunya time sahur lah dia orang kurang selera makan ni.. So korang apa plak citer puasa kali ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)
keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW
MHI @ TV3 - Jan 2, 2009
Tempat Yg Telah Ku Jejaki
- View my profile
- Create your own travel map or travel blog.
- Find the best vacation rentals at TripAdvisor