Saturday, January 3, 2015

Day 2 2015

Hari ni aku ambil annual leave sebab nina my third princess kena daftar Form 1.. Macam dua lg princess aku sebelum ni.. Semuanya sambung belajar di SMK Dato Ahmad Razali.. Senang sbb sekolah ni depan rumah aku jer.. Jimatlah sket kos pengankutan kannnn... Sedar x sedar sekejap jer anak-anak dah masuk sekolah menengah.. 

             Nina first day @ SMKDAR

Mcm biasa selepas pendaftaran ada taklimat untuk parents.. Then urusan buku tulis dan buku teks.. Semoga anak2 dpt belajar dengan sempurna hendakNya..

Masuk 2015 ni usia pun dah bertambah kan..Anak-anak pun dah besar panjang.. Dah 3 orang sekolah menengah.. Tinggal Nabil seorang jer lagi sekolah rendah..

     
Bila anak-anak dah besar ni rasa lega sket.. Tak der lagi dah nak rasa susah payah pikir susu pampers bagaikan.. Tapi cabaran anak dah besar ni lain pula.. Tambah pula di zaman semua benda di hujung jari ni.. Segalanya perlu dipantau.. Risau jugak takut anak-anak tersasar dari landasan kann.. Bimbingan dan perhatian tu amatlah penting.. Aku selalu berdoa agar Allah pelihara keselamatan anak-anakku ini.. Insyaallah semoga mereka membesar menjadi insan yang berguna..

Thursday, January 1, 2015

Day 1 2015



Alhamdulillah syukur kerana dipanjangkan usia meniti 2015.. Selamat tinggal 2014.. Kita bawa bersama segala pahit manis sebagai panduan untuk menongkah arus 2015.. Yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan teladan.. 

Setiap kali tahun baru pasti akan ada yang bertanyakan tentang azam.. Azam apa tahun ni? Azam tahun lepas dah berjaya dicapai ke? Hrmm aku macam biasa. Go with the flow.. Tak der la beria2 berazam2 ni.. Cuma nawaitu menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah.. 

So pada semua kawan-kawan selamat tahun baru 2015.. Tak lupa pd semua sahabat handai dan saudara mara terutama keluarga mertua di Kelantan semoga terus tabah dengan ujian dari Allah.. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya buat kita semua.. Sama-sama kita doakan semoga banjir dia pantai timur dan diseluruh malaysia segera pulih.. Ayuh sama-sama kita doakan kesejahteraan buat negara kita.. Insyaallah semoga semua ini dapat menyatukan kita semua.. 

Selamat Tahun Baru... 2015 

Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

#Untuk Siaran Serta Merta

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki