Tuesday, October 12, 2010
tinta perjalananku..
salam untuk semua..
sudah lama tak update blog ini.. tiada cerita nak dikabarkan.. tiada idea untuk dikarangi.. alhamdulillah akhirnya aku sudah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian pada bulan lepas. Alhamdulillah berjaya bergelar graduan pada 20 November 2010 yang lalu.. syukur sangat..
ok.. kembali kepada tajuk asal.. minggu lepas seperti tahun sebelum ini, penghujung syawal dipenuhi dengan aturcara merentas benua bersama-sama kengkawan. Alhamdulillah setelah berjaya menjelajah beberapa negara Eropah pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi kumpulan kami mengembara menjelajah bumi Istanbul, Turkey dan juga Athens, Greece. Tahun ini kumpulan 'backpackers' kami terdiri dari 9 org ahli sahaja tidak seperti tahun sebelum ini ada 11 orang.
Perjalanan dimulakan pada 1 oct 2010, bertolak dari kl sentral setelah dihantar oleh suami tercinta dan anak2ku..kemudian aku, serta 3 orang kawan (wawa, farhan n za) menaiki erl klia express menuju ke KLIA.. hahah pengalaman pertama naik ERL... sian kan... 'perak' sungguh aku.. hehe ok.. akhirnya 28 minit sampai ke KLIA. berkumpul lah semula 9 orang ahli 'backpackers' kali ini. urusan daftar masuk selesai hanya beberapa saat sahaja kerana kami sudah melakukan daftar masuk secara online terlebih dahulu.
00.30am 2 oct 2010, kami berlepas ke Istanbul dengan menaiki pesawat MAS MH030. Keterujaan masing2 terpancar, almaklumlah semua tak pernah sampai ke istanbul lagi..tapi cam biasa.. sejam pertama jer meriah.. then lepas tuh dah mula bosan nak menahan 10 jam 45 minit untuk sampai ke bumi Istanbul..puas melayan Lagenda Budak Setan, akhirnya aku tertidur diiringi celoteh DJ ditelinga.. hehehe nasib baik wawa kat sebelah tak lupa kejut aku bila time steward serve makan.. kalau tak mau kebulur.. heheh
06.15am 2 oct 2010, Alhamdulillah kami selamat mendarat di Atartuk International Airport, Istanbul di subuh yang indah.. cuaca boleh tahan sejuknya. Selepas pemeriksaan kastam yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, kami mula keluar dari balai ketibaan dan mencari2 arah untuk menuju ke bandar Istanbul atau lebih tepat untuk sampai ke hotel penginapan. Di sebabkan trip kami adalah bertemakan 'backpackers' so tak der la tourist guide.. semua main redah jer hasil dari tinjauan di internet tentang selok belok public transport disini.. Alhamdulillah akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki Metro train lebih kurang mcm lrt/komuter kita disini.. Perjalanan dari airport menuju ke Sultanahmed Station memerlukan kami menukar train di stesyen Zetynburno (kalau tak silap aku.. hehehe nama susah nak ingat.. tp kalau second time pergi aku dah leh hafal tempatnya.. heheh)dari stesyen ini kami menaiki tram menuju ke stesyen Sultanahmed.Perjalanan dari airport ke tengah bandar mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai di Sultanahmed jer dah tersergam indah Blue Mosque.. wow sungguh cantik..dari sini kami menapak kira2 10 minit menuju ke Hotel Med Cezir..sebuah hotel yang agak murah untuk didiami dengan lokasi di tengah2 tempat tumpuan pelancong. Disebabkan kumpulan kami hanya terdiri dari 3 org sahaja wanita, aku, wawa dan za berkongsi satu bilik dan 6 org lagi group lelaki berkongsi 2 bilik berasingan. paling besh hotel kecil ni ada wifi.. yeahhh update FB!!!!! hahahah alhamdulillah kami dibenarkan check in pada sebelah pagi disebabkan ada kekosongan bilik. breakfast ala kadar dgn roti dan tuna yg dibawa dari kl. heheh pukul 9 pagi kami dah mula keluar dari hotel untuk melawat sekitar Istanbul.
Tempat mula-mula dikunjungi adalah Blue Mosque. Ramainya manusia.. nak masuk pun kena beratur panjang... selesai di Blue Mosque kami menuju ke Hagia Sofea dan juga tempat2 bersejarah di sekitar kawasan bandar ini. Tak sempurna kalau berada di Istanbul tidak merasai nikmatnya kebab, lunch hari pertama perut diisi dengan kebab yang lazat.. alhamdulillah, selesai mengalas perut kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Grand Bazar! yess tempat yg semua org pesan besh utk shopping.. byk barang.. giler besar tempat nih.. boleh sesat jadinya.. tapi aku cam biasa.. ronda2 tak beli apa2 pun, sekadar membeli beberapa ketul fridge magnet yg dikirimkan kawan2. bukan tak nak shopping kat sini, tp mahal giler harga diletak. mau kena tipu kalau tak pandai tawar menawar. lagi satu peniaga disini agak agresif, ala2 cam petaling street, asal kita tanya harga mesti didesak kita suruh beli, kalau tak beli siap marah2 lagi.. takut aku jadinya.. hehe
Selesai menjelajah Grand Bazar kami berkumpul semula setelah masing2 berpecah mencari apa yg dicari.. hehe kembali semula ke hotel, rehatkan diri, mandi dan solat.. sempat la luruskan badan pejam mata seminit dua sambil2 update FB.. haha selepas asar, aku, wawa, za, farhan dan cikdin keluar mencari minum petang. turkish coffee ditepi jalan.. wahh menarik panorama cam kat bukit bintang plak rasanya.. haha tp udaranya nyaman sekali.. legaa dapat minuman panas.. hot chocolate dan fries buat alas perut.. sementara geng2 lain berdengkur dibilik dan ada juga yang mencuba Turkish bath..
Kemudian setelah kembali semula ke hotel, selesai solat maghrib kami keluar semula menerokai malam kota Istanbul yang meriah bagaikan pesta, malam ni kami dinner disebuah restoran tempatan yang menghidangkan makanan turki yang sedap.. sedap sgt sbb dapat makan nasi.. macam nasi arab gitu.. kenyang yang penting..selepas itu kami merayau2 disekitar blue mosque.. cantik sgt pemandangan disitu.. kebetulan ada pula konsert artis turki ala2 mcm konsert jom heboh la pulak kat tengah2 bandar.. hahah apa lagi.. layannnnnnn tapi tak der la ramai org.,, hehe jam menginjak 11 mlm waktu istanbul kalau kat malaysia dah kul 4 pagi.. aduhh patut la mata ngantuk.. jetlag la namanya! hhehehe apalagi.. balik hotel.. layan tidoq.. tp group lelaki tak abih lagi agenda.. cam biasa.. sisha time!
3 oct 2010, hari kedua di bumi istanbul ini kami memilih untuk menikmati keindahan dari laut pula. Bosphorus Cruise.. yeahh beshnyerr laa sgt... nanti kita sambung ok! hahah gambar2 ada kat FB kita.. nanti la kita upload kat sini bila line tenet ok! mlm ni line cam hampeh jer... ok chowww..
Subscribe to:
Posts (Atom)
keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW
MHI @ TV3 - Jan 2, 2009
Tempat Yg Telah Ku Jejaki
- View my profile
- Create your own travel map or travel blog.
- Find the best vacation rentals at TripAdvisor