Tuesday, July 30, 2013

tiada topic.. :p

assalamualaikum..

lama kan tak update citer.. entahlah kenapa.. masa dan mcm2 perkara yang membuatkan aku tak menyempat nak update blog.. agaknya korang pun tah tak buka blog ni lagi kan.. citer pun dah basi jer.. yer dak.. hehehe.. alhamdulillah hari ni dah fasa ke tiga kita berpuasa.. aku ada dgr sinarfm pagi semlm.. ada ustaz hassan mahmud kalau tak silap.. katanya ramadhan ni ada 3 fasa.. 10 hari pertama fasa pertama la kan.. then 10 hari selepas itu fasa kedua.. dan sekarang 10 hari terakhir masuklah fasa ketiga.. ada lagi ustaz citer tentang fasa2 puasa ni.. tapi aku tak baper ingat sangat sebab dengar pun sambil2 hantar anak ke sekolah kan.. sambil2 dok ngomel keter depan yang dipandu driver tak sekolah hehehe.. so korang apa citer puasa? aku puasa ni ada sket sedih..

Minggu pertama puasa aku dah kena admit kat Ampang Puteri disebabkan 'slipped disc'. seminggu jugaklah kena tahan kat ward. siankan.. puasa pun kat ward.. tapi meriah time berbuka incik suami tersayang akan bawa anak-anak berbuka sama-sama.. ok lupakan citer kat ward sebab aku dah keluar ward pun... tapi masih dalam pemantauan doctor, masih kena buat fisio.. masih ada rasa sengal-sengal yang kadang-kadang ada rasa sakit juga lagi pinggang aku ni.. tapi bertabahlah.. insyaallah boleh bertahan..


Ramadhan ni paling sedih sebab hajat tak kesampaian.. Hajat dihati nak berpuasa dan beribadat di tanah suci.. tapi mcm2 hal.. akhirnya visa tak diluluskan pulak.. hrmm visa hanya asbab.. Allah belum menjemputku kesana. Mungkin sebab aku belum cukup persediaan.. masih banyak hutang aku denganmu Ya Allah... insyaallah aku cuba yang terbaik menjadi muslim yang dituntut olehmu Ya Allah.. so nampaknya terpaksalah lupakan seketika hajat ke tanah suci buat masa ini.. Insyaallah hajat untuk kesana tak kan padam dalam hati ni.. insyaallah awal tahun depan pulak kita cuba apply visa..

hari ni dah ramadhan ke 21.. malam tadi dah rasa macam tak sedap badan.. hrmm pagi ni bangun terus selsema.. kepala pun berat jer.. tapi kerja tetap kerja lah kan.. malas nak manjakan diri sangat.. kena kental sket kan.. so datang kerja jugaklah.. insyaallah lepas berbuka nanti ok la kot..

so cukup dulu untuk hari ni.. selamat berpuasa untuk semua.. salam ramadhan.. kejarlah lailatul qadar disepuluh malam terakhir ini.. insyaallah janji Allah itu pasti.. 

Monday, July 22, 2013

Resepi Kuih Janda Kaya



Resepi Kuih Janda Kaya

Bahan2 untuk kulit:
Tepung gandum
Secubit garam
Santan
Air

Inti:
Seketul ubi kentang dipotong dadu kecil2
Daging / ayam kisar
*kuantiti ayam / daging mesti lebih dari kentang
Separuh labu bawang besar dipotong dadu
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit serbuk jintan manis

Salutan luar:
Telur
Bread crumb (serbuk roti)

Cara2nya:

Bancuhkan adunan kulit sama seperti membuat adunan ketayap.. Jgn terlalu keras dan jgn terlalu lembut.. Sedang2 ajer ya.. Kemudian masak di atas kuali tanpa minyak (gunakan kuali non-stick) buatkan seperti membuat kulit ketayap. Adunan kulit ni kami masuk semua dlm blender jer.. Senang sekali tekan jer dah sebati.. Tak der nak berketul2 kan.. Hehe

Sementara itu untuk inti, tumiskan bawang besar dgn sedikit minyak, kemudian masukkan ayam / daging kisar dan kentang, garam, serbuk jintan manis serta serbuk lada hitam.. Masak hingga kentang empuk. Letakkan sedikit air supaya mudah empuk.

Kemudian gulungkan kulit tepung tadi dengan diisi inti yg telah siap. Buatkan seperti menggulung kuih ketayap. Selepas itu celupkan di dalam telur yg telah dipukul sebelum di gaulkan dengan bread crumb (serbuk roti). Setelah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.. Siap digoreng bolehlah di makan dengan sos cili.

*sorry ya cik peah tak pandai nak mengarang resepi ni.. Kalau agak2 tak baper paham boleh la tanya semula ye..

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget