Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal 2009.. selamat datang 2010



alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia hingga ke hari ini. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah.. Suka duka sepanjang tahun 2009 pasti memberi pengalaman untuk kita bekalkan bagi menyelusuri hari-hari mendatang.. semoga kita semua akan lebih tabah dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan di dunia yang serba mencabar. Untuk semua.. selamat tahun baru 2010....

Friday, December 11, 2009

entry tertunggak

sebenarnya patut entry ni dipost sebelum balik kg last week.. tp tak sempat nyer pasal .. so now baru sempat nak postkan..

raya aidiladha..

kali ni kami sekeluarga hanya beraya di kuala lumpur.. tak dapat nak balik kg atas beberapa sebab.. mmg terkilan sgt.. sbb raya kali ni tak der ketupat..tambah pula dengan aku demam.. aku cuma buat roti jala jer pagi raya tu.. itu pun kami makan anak beranak jer.. tak der org lain pun.. neighbour2 semua beraya kat kampung masing-masing.. lepas sembahyang raya lepak2 jer kat umah.. then lepas solat jumaat baru la kita org keluar beraya ke rumah opismate aku kat kg pandan.. sedap tul makan nasi tomato kat umah si Dayang... ptgnya pula kami ke rumah kakak iparku di bandar tasik selatan.. haa sini besh sket sbb dapat daging korban.. hehe baru la terasa raya korban...





raya kedua pula awal2 lagi kami dah ke hulu langat.. istana hinggap opis mate aku.. dia ada buat korban.. kami sampai seawal 8 pagi sbb anak bongsu aku si nabil sibuk nak tgk lembu.. kalau lambat nanti lembu jadi daging la mama,.. hehehe so dpt la budak2 tgk camner org korbankan lembu... so layan jer la gambar2 yg anak2 aku snapkan .. heheh



Tuesday, December 8, 2009

balik kampung






wahh seronok sgt last week satu minggu dapat balik kampung tercinta.. walaupun suami tak dpt ikut serta, namun aku dan anak2 tetap bergembira dapat habiskan masa cuti bersama mak dan ayah.. sempat juga aku bawa anak2 naik gunung jerai, setelah sekian lama tak menjengah keindahan gunung yang terletak berdepan dengan rumah mak. walau pun sekejap tapi cukup bermakna.

Kebetulan musim cuti sekolah, anak-anak buah semua balik, bertambah meriah lagi rumah mak dan ayah.. paling aku suka bila tengok ayah gembira dengan kehadiran cucu-cucunya. lupa seketika pada sakit yang dihidapi. alhamdulillah keadaan ayah juga sudah beransur sihat walaupun kadangkala masih lagi keletihan dan memerlukan bantuan kami semua untuk bergerak. insyaallah aku berdoa semoga ayah cepat sembuh dari sakitnya.

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha untuk semua


untuk semua diucapkan salam aidiladha.. hayatilah erti pengorbanan yang sebenar2nya.. raya kali ni terpaksa berkorban untuk menahan perasaan sayu tidak dapat beraya bersama ibu dan ayah... terpaksa beraya disini saja... ermmm belum ada plan esok nak masak apa.. kawan2 semua mesti balik kampung kan... hati-hati memandu..semoga selamat sampai ke kampung.. salam aidil adha dari saya sekeluarga untuk anda semua..

Thursday, November 19, 2009

exam n assignment!!!


seperti biasa.. akhir2 semester nih mmg menjadi kalut.. semua sbb salah sendiri.. time management yg tak konsisten.. biasalah kalau orang yang mcm aku nih.. tak disiplin sangat dengan masa. Akibatnya sendiri menanggung masalah. Semester ni ada lagi 3 assignment yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, setakat ini dah berjaya submit dua subjek. Tinggal lagi satu subjek akan disubmit pada hari Sabtu nanti, walaupun sepatutnya dah kena submit 2 minggu lepas.. heheh teruk betul la murid tua sorang nih.. asyik minta extension of time jer.. :)

last week juga aku menduduki mid semester exam. ada dua subjek yang perlu ikut format baru ni... financial management 2 & macroeconomi. alhamdulillah dua-dua paper tu berjaya diduduki dengan tenang walaupun aku tau ada antara jawapan yang aku bagi tu tak menepati soalan yang diminta.. hahaha sendiri mau ingat la bila baca buku last minute.. tgk jer soalan.. dlm kepala keluar la macam2.. semua aku rasa nak tulis.. agak2 satu buku teks la kot aku nak salin dlm kertas jawapan tu.. hahaha mau terkejut pemeriksa,. tapi sure2 la tak cukup masa kan..hehehe apa la aku merapu nih...

so dah abih exam ngan assignment nih minggu depan nampaknya aku kena la focus untuk final exam bulan depan.. dengarnya bulan depan macam lama jer lagi.. padahal dah tinggal baper hari jer pun.. tapi paling tak besh paper last sekali aku kena 27 disember.. adoii bosan tul kalau jarak antara paper tu lama sangat.. azab jer rasa.. biar la sekalu gedebush jer terus.. baru la power sket otak aku nih berfikir.. heheheh

so kawan-kawan.. doakan yang terbaik untuk aku yer.. dan aku berjanji pada diriku untuk tidak mensia2kan waktu yang ada.. akan aku hafal semua dlm buku teks tu nanti.. heheheh semoga aku dapat menjawab dengan tenang... insyaallah... so for my kids.. sorry dear.. sekali lagi cuti sekolah korang mama tak leh tumpang enjoy.. kita enjoy dlm rumah jer laa.. heheheh tunggu tahun depan baru kita celebrate sakan bila mama dah abih study... okeh... babai semua..

Thursday, October 15, 2009

europe trip part 2








okeh sambung kembali..

hari seterusnya.. dari paris kami menaiki Ryan Air menuju ker Pisa, Italy.. tiba di Pisa lebih kurang jam 8.30 mlm.. indah dan nyaman sekali.. di Pisa, cuacanya tidaklah terlalu sejuk seperti di Paris.. lebih kurang cuaca dia Malaysia.. jadi lebih selesa utk bergerak kerana tak perlu lagi berbaju tebal... sesudah check in di B&B Homestay.. kami keluar utk mencari makan malam.. berjalan kaki menuju ke arah bandar lebih kurang satu kilometer, kami menjumpai sebuah restoran kebab yg halal utk dimakan.. alhamdulillah.. dapat la jugak mengisi perut yang sudah berkeroncong...selepas mengisi perut kami meneruskan perjalanan disepanjang persisir sungai yang suasananya agak sunyi dan sesekali agak menakutkan.. mmg sepi jalan menuju ke bandar.. tak seperti di Malaysia yang masih meriah diwaktu2 begitu.. tiba di pekan Pisa, baru kelihatan muda mudi di pub2 di pinggir jalan.. memandangkan jam sudah menginjak ke tengah malam, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hostel.

Keesokan harinya kami sekali lagi menapak menuju ke bandar Pisa.. menngunjungi menara condong dan juga melawat bangunan-bangunan bersejarah di sini... menghabiskan pagi di Pisa yang ternyata tidak seluas mana.. cukup dengan hanya dua jam untuk dihabiskan..Jam 10 pagi kami kembali ke hostel untuk check out dan mengambil teksi untuk ke Airport..

perjalanan seterusnya adalah menuju ke brussel.. malang sekali dari airport ke bandar mengambil masa yang agak lama lebih kurang satu jam lebih utk tiba ke bandar brussel. tiba di brussel kami terpaksa berkejaran utk mengambil train menuju ke stesyen bas utk ke amsterdam.. penatnya hari ini kerana masa dihabiskan utk perjalanan tanpa sempat melawat kemana-mana. Di Brussel kami sempat mengisi perut dgn roti yang dibeli dan tuna yang dibawa dari Malaysia. Alhamdulillah kenyang juga lunch kami yang sudah lewat itu.. hehehe kelakar pun ada perjalanan kali ini.. berkejaran dan hanya sempat meninjau keindahan bandar brussel sepanjang perjalanan dari dalam bas menuju ker Amsterdam.. bas dari brussel bertolak pada pukul 6.30 ptg. dan kami tiba di amsterdam pada pukul 9.30 mlm..

Tiba di Amsterdam, suasananya lebih hidup di malam hari.. selepas check in di Orfeo Hotel, kami mencari tempat utk makan malam. Sekali lagi restoran kebab menjadi pilihan.. apa nak buat.. makan kebab aja nampaknya perjalanan kami kali ini. Selepas makan malam yang sudah lewat, kami menyusuri jalan menikmati keindahan malam di Amsterdam.. sempat singgah ke Hard Rock Cafe.. Setelah penat kembali pulang ke hotel utk berehat seketika.

Keesokan harinya kami sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk melawat sekitar bumi Holland ini. Mengunjungi Madame Tussauds, Museum Sex, Red Light dan juga beberapa tempat menarik lagi. Kami tidak sempat untuk menyusuri sungai kerana cuaca seperti di Paris yang tidak mengizinkan. Sepanjang pagi hujan mencurah-curah. Hari ini agak menarik sebab dapat lunch dengan nasi, hehe setelah berhari2 tak jumpa nasi.. sedap sungguh rasanya.

Kemudian bumi Amsterdam terpaksa kami tinggalkan untuk kembali ke London. Sekali lagi menaiki Ryan Air dari Eindhoven menuju ke Stansteid Airport. Tiba di Stainsteid lebih kurang pukul 7.30 mlm. Dari stansteid kami mengambil train utk ke Liverpool Street Station. Dari Liverpool Street Station kami bercadang untuk kembali ke kota London untuk mencari serba sedikit souvenir utk di bawa pulang. Malang sekali setiba di stesyen Hyde Park, stesyen dah pun ditutup. Rupanya di London, stesyen-stesyen keretapi bawah tanahnya tutup seawal jam 9 mlm.. disebabkan tiada pilihan, terpaksalah kami meneruskan perjalanan menaiki tube menuju ke heathrow pd malam itu juga walaupun flight untuk kembali ke Malaysia pada pukul 8.40 pagi esok.

Bermulalah pengalaman tidur di Heathrow Airport dalam suasana yang sejuk beku... aduhhh tak tertahan rasanya. Sebelum bertolak balik, sempat la lagi shopping di Heathrow. Sempat juga aku beli beg duit @ Harrods. beli baju dan beberapa cenderamata untuk anak2 dan kawan-kawan. Kemudia Pagi 8 oct 09, kami bertolak balik ke malaysia menaiki pesawat Emirates pd jam 9 pagi disebabkan terdapat sedikit kelewatan penerbangan pd hari tersebut. Perjalanan untuk kembali ke Malaysia memerlukan kami untuk transit lebih dari 8 jam di Dubai.. sekali lagi poket aku diduga. Disebabkan budget untuk bershopping di London masih ada, aku ambil peluang untuk bershopping di Dubai. rezeki anak2 aku la nampaknya.. aku borong baju2 untuk hubby dan anak2.. untuk aku tak der la jugak nampaknya.. hehehe

so seterusnya berlepas dari Dubai jam 3.15 pagi waktu dubai dan tiba di KLIA jam 2.45 ptg waktu Malaysia.. alhamdulillah.. complete seminggu percutian yang memenatkan tetapi menyeronokkan.



Sunday, October 11, 2009

europe trip






alhamdulillah cita2 nak menjejak kaki ke bumi eropah akhirnya terlaksana jugak... group kami seramai 11 org memulakan perjalanan backpackers selama seminggu bermula dari 2 oct 09 hingga 9 oct 09.. amat2 menyeronokkan walaupun penat tak terluah..

day 1.. kami menjejak kaki ke london.. memulakan perjalanan dan percutian yg indah di London.. sempat naik cruise menyusuri sg thames...dapat tgk london bridge.. hehe sebelum nih dok nyanyi jer london bridge is falling down.. juga meninjau istana buckingham.. menikmati keindahan hyde park..membeli belah di primax dan juga kawasan sekitar.. menikmati makan malam di malaysia hall.. membeli cenderahati di sekitar bayswater.. sungguh padat jadual ... tp mmg indah...

day 2.. sampai di paris dari london menaiki bas dari victoria station... sungguh malang sekali sebelum berangkat ke paris.. beg my boss dan camera my fren dicuri di station victoria.. sungguh pantas ianya terjadi.. tetapi itu semua tidak menghalang perjalanan kami yang masih panjang... di paris kami menikmati keindahan paris dari menara eiffel.. juga melawat pasar yg lebih kurang mcm pasar tani melawati pun ada,.. hehehe seperti di london.. di paris juga kami tidak melepaskan peluang utk mengunjungi hard rock cafe.. menyusuri jalan2 indah sekitar kota paris.. sempat jugak menjengah ke gedung LV.. wahhhh indahnya dan cantik sekali...melawat musee du luvre.. dpt juga tgk potret monalisa..

day 3.... pisa, italy... to be continue.... huhuhu

Thursday, September 10, 2009

selamat hari raya aidilfitri



salam aidilfitri buat semua.. mesti ada yang gelakkan aku sbb post entry raya awal sgt.. ada lagi 10 hari utk dihabiskan puasa.. hehe tak per.. biar awal dari tak sempat langsung.. sebelum tu selamat berpuasa untuk semua..

sudah lama tidak berbicara disini..pertama disebabkan kesuntukan masa, kedua disebabkan tiada idea, heheh entah la.. sejak dua menjak ni suka baca blog org... then komen sket2.. blog sendiri terbiar sepi.. lupakan dulu ttg hal ini..

so raya nanti apa plan korang? balik kg sudah pasti kan? macam biasa kami sekeluarga akan pulang beraya di kedah.. tahun lepas dikelantan.. so automatik tahun ni di kg laman aku pulak.. heheh adilkan.. cuma sket terkilan sbb tak dpt beraya dua2 kg mcm dulu.. sbb nya tahun ni ekonomi sedikit terganggu gugat.. so kena decide balik satu kg jer laa.. apa nak buat.. kena redha atas semua yg ditakdirkan disamping berusaha mana yang perlu..

persiapan raya mcm biasa.. siapkan anak2 punya dulu.. serba sedikit.. kuih raya pun cam biasa.. order ngan kak wie.. aku mmg tak der bakat utk buat kuih raya.. pernah la sekali dua try dulu.. tp tak menjadi.. abih berkecah satu rumah.. kuih tah apa2 jer jadinya.. hehehe

so stop dulu.. insyaallah nanti kita sambung mencoret lagik.. salam aidilfitri utk semua..

Saturday, August 8, 2009

Influenza A (H1N1)



menurut wikipedia:

Influenza A(H1N1) virus is a subtype of influenzavirus A and the most common cause of influenza (flu) in humans. Some strains of H1N1 are endemic in humans and cause a small fraction of all influenza-like illness and a large fraction of all seasonal influenza. H1N1 strains caused roughly half of all human flu infections in 2006. Other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) and in birds (avian influenza).
In June 2009, World Health Organization declared that flu due to a new strain of swine-origin H1N1 was responsible for the 2009 flu pandemic. This strain is commonly called "swine flu" by the public media.

Sana sini kita bercakap ttg Influenza A (H1N1).. mencegah adalah lebih baik dari mengubati.. atas sbb itu, aku mengambil langkah utk membiasakan anak2 memakai mask bila berada di khalayak ramai.. semlm sewaktu berkunjung ke Shah Alam.. kami singgah sebentar di Plaza Masalam sementara menunggu suami menunaikan solat Jumaat di masjid negeri.. sewaktu disana.. hanya kami sekeluarga sahaja memakai penutup mulut dan hidung ini.. itu tidak menjadi masalah bagi kami.. tp yg menimbulkan kemusykilannya.. ramai yg terserempak dgn kami akan memandang seperti sesuatu yg pelik.. sampaikan anak sulungku bertanya pada ku.. "mama, naper dia org pandang kita mcm kita yg kena H1N1?" aku pun tak tahu nak jawab apa.. tersengih jer la.. aku pesan pada anak-anak.. kita mencegah adalah lebih baik dari kita mengubati... jadi biar org pandang pelik pun tak per.. janji kita dah berusaha untuk menjauhkan diri dari virus itu..

Tuesday, July 21, 2009

balik kampung lagik...

sepanjang minggu lepas mmg memenatkan.. ujung minggu ada exam.. habis exam sabtu petangl.. then ada birthday party rizq..pastuh dah lewat mlm balik umah..mula2 plan nak balik gurun.. sbb ayah pun tak baper sihat.. tp akhirnya tak jadi jugak.. sbb mak mertua pun tak sihat.. so terpaksa la pagi ahad balik pasir mas dulu... sampai pasir mas dah nak petang pun... then isnin kebetulan anak2 cuti israk mikraj.. so aku pun memontengkan diri.. isnin tgh hari bertolak balik kl semula.. adoii penatnya tak tau nak cakap.. perjalanan 8 jam mmg memenatkan dah paling tak tahan pinggang aku sakit2.. tp apa nak buat.. demi mak mertua.. ku relakan jua.. hehehe..

so this weekend nampaknya aku kena ponteng kelas lagik.. sbb nak balik gurun pulak.. demi ibu ayah tercinta aku rela apa saja...

Sunday, July 12, 2009

nabil...




tgk la aksi nabil bila dah letih.. sambil duduk pun leh tidur..

Wednesday, July 8, 2009

hujung minggu bersama anak2






dah lama jugak tak santai2 kat luar ngan anak2.. dua tiga minggu lepas bila geng2 KOL ajak lepak karaoke kat Brem Mall Kepong.. aku pun ikut jugak laaa... bila dah mama turun.. anak2 pun ikut juga... tak mau citer pjg.. jom tgk aksi2 kat sana..

Tuesday, June 16, 2009

cuti sekolah





cuti sekolah sudah berlalu.. cam biasa.. tak kemana2.. sempat bawa anak2 balik kelantan ziarah ibu mertua.. itu pun cuma untuk 4 hari saja.. tuntutan kerja dan jugak study yang belum selesai..mana mungkin dapat berlama2 di kg.. sian jugak pada budak2.. tp apa nak buat.. blog ni pun dah lama tak update.. tak sempat jer memanjang.. bila ada masa.. idea plak tak der.. susah jugak kan..so ini dpt coret sket.. ok la kan...kat kelantan hari tu.. sempat la kejap bawa anak2 ambil angin kat pantai sri tujoh @ tumpat.

Wednesday, May 6, 2009

menjelang hari ulangtahun kelahiran ku....

alhamdulillah.. andai diizinkan Allah.. jika dipanjangkan usiaku ini.. lagi dua hari aku akan mencecah usia 34 tahun.. syukur kepada mu Ya Allah.. memberi nikmat untuk aku merasai kehidupan yang penuh pancaroba di dunia ini...

dalam menginjak usia ini.. penuh liku2 kehidupan.. dugaan dan cabaran.. aku harungi.. andai di beri pilihan.. aku tak sanggup menghadapinya.. tapi apakan daya.. jalan ini yang kupilih.. jadi seharusnya aku redha dan aku pasrah atas segalanya...

ya tuhanku.. kau berikan daku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi semua ini......

Thursday, April 23, 2009

secretaries week

alhamdulillah.. untuk kesekian kalinya setelah didesak bertubi2 oleh aku dan kawan2.. hehe akhirnya boss aku sudi menaja kami para secretaries yg tembam dan gebu ini utk menghadiri executives week luncheon bersama dato ct nurhaliza.. wahhh glamm lagi la makcik.. hehehe btw.. tahun nih agak terhad pemilihan pakej secretaries week nih.. yg menarik perhatian ada dua.. samada dato ct atau anuar zain.. hrmmm so bila ditimbang dari segi duit ringgitnya maka kami dipilih utk menyertai dato ct.. mahai sgt la abg nuar tu nyer show.. sian pulak abih duit boss aku nanti.. hehehheeh thank you boss. tahun depan jgn lupa taja lagik ek...

so tak der apa sangat.. sama cam tahun2 lepas.. makan minum gelak.. berhibur... dan slot bergambar.. tp seperti yg semua tahu.. kehebatan dan keglameran dato ct tak dpt mengizinkan aku utk bergambar dgn nya.. huhuhu kijam tul.. manusia ramai benor.. tak dpt aku nak interprame sebelah dato ct.. huhuhuhuhu dari kejauhan jer la nampaknya...

so ini ada antara gambau utk tatapan korang... check it out... babai...





keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki