Tuesday, September 30, 2008

salam eidul fitri untuk semua....

kepada semua umat islam.. selamat menyambut ketibaan syawal... alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menikmati keindahan dan kesyahduan ramadhan dan syawal.. syukur kehadrat ilahi. kepada semua ampun dan maaf dari kami sekeluarga andai ada salah dan silap.. selamat menyambut eidulfitri.. semoga anda semua bahagia disamping sanak saudara tercinta.

ikhlas dari:

abd. hamid
nurulhusna
nureen hazwani
nureen hannani
nureen husnina
muhammad nabil hakim

Wednesday, September 24, 2008

nabil dah tak sabar nak raya...

comei tak nabil.... :)


nabil tak comel.. tapi hensem kan...


tengok la gaya hero tunggalku... bersemangat sekali nak beraya.. siap bersampin lagi dia haaa... abih la tak berseri nanti raya baju dah pakai awal-awal.. hehe budak-budak kan.. teruja benar bila dapat baju baru... kita dulu-dulu pun cenggitu jugak.. sanggup berjaga tengah malam tunggu mak jahitkan baju.. heheeh korang semua dah siap ke baju raya??? sure dah kan... selamat membuat persiapan raya untuk semua...

Monday, September 22, 2008

selamat berbuka puasa

maaf agak lama tak post.. last week emergency balik kg suami kat pasir mas sbb ayah mertua sakit tenat. dua hari kat sana.. ptg jumaat balik kl semula sbb hari sabtu ada kelas lagik. penat juga rasanya.. sian avanza yg baru ambil dah kena lanyak jalan jauh2.. tak pa.. demi ibu dan ayah.. kuredha...

semlm alhamdulillah dapat buka puasa beramai2 dengan adik, abang dan jugak kakak.. thanks pada kak da sbb jemput kami semua berbuka semalam.. akhirnya dpt gak makan cucq udang versi utara.. sedap giler...







sambil tu semlm juga besday hero tunggalku yang ke 4... so celebrate la sekali..




Tuesday, September 16, 2008

yang ditunggu-tunggu..





jeng jeng jeng... tunggu kemunculannya esok hari...

kebengangan...


aku dah tahap bengang giler ngan developer rumah baru aku.. dah bertahun2 tak siap rumah lagik.. gila tul..sakit jiwa jer.. dah la monthly bank tetap jalan.. rumah tak boleh masuk gak lagik.. hari2 tgk bangunan yg tak leh masuk tu buat panas hati betul.. eeee geram nyer...

Wednesday, September 10, 2008

bila anak-anak demam... :(

angah dah tak tahan lagi.. sampai merengkok kat sofa klinik.. sian dia..


dua-dua beradik terbaring kat umah..


ermm minggu nih minggu tak ceria.. anak2 tak sihat.. nina dari last week demam tak ok jugak lagi.. isnin lepas angah pulak sambung demam.. panasnya kuat sangat.. semalaman tak tidur dia menggigil.. dah kasi ubat pun suhunya masih 39.8 celcius lagik.. pagi isnin tuh hantar along jer g sekolah... then hantar nabil kat tadika.. angah dan nina bawa ke office sementara tunggu klinik buka.. aduhai siannya anakku.. nangis2 dah dia ... pukul 9.30 pagi bawa ke klinik.. dr. mahathir cakap suhu angah tinggi sangat, then dia kasi antibiotik.. nina pulak dah ok sket.. suhu dia tak tinggi sangat.. cuma aku risau sebab selalu time petang ke malam tu suhu dia tiba2 jadi tinggi. ermmm risau betul aku dengan anak2 nih kalau time-time camnih.. then balik dari klinik aku terus balik umah sbb dah ckp ngan boss, aku kena emergency leave, tak sampai hati nak tinggalkan kat nursery time2 tak sihat nih..

ermm semalam 9 sept pun aku sambung lagi cuti.. angah masih tak ok demamnya.. masih kuat panasnya. alahai risau betul aku.. ermm pagi ni pun masih tak berapa ok lagi.. tapi aku kena kerja gak hari nih.. dah dua hari cuti.. aku dah dapat bayangkan meja aku mcm mana penuh nanti .. selalu kalau aku cuti mesti atas meja aku penuh ngan kerja2 yang bertambun2.. hari ni terpaksa la suamiku pula menjaga anak-anak.. nak buat macam mana.. terpaksa bergilir-gilir.. thanks yer abg...

Friday, September 5, 2008

berbuka puasa








semalam disebabkan hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya dan ditambah pula dengan kerja yang melambak-lambak.. so aku dan geng2 kat ofis bersepakat utk berbuka dekat luar jer.. tak sempat nak balik rumah rasanya.. ermmm so aku minta husband aku bawa anak2 aku sekali datang opis.. ermm tempat paling dekat mana lagi kalau tak kat carrefour sebelah opis aku nih.. meriah juga kami semua berbuka kat Chicken Rice Shop...

Tuesday, September 2, 2008

tun mahathir...

aku dan suami bersama tun mahathir


aku dan kimi(adikku)bersama tun


kakakku dan adik bongsuku bersama tun


gambar yang amat bermakna untuk aku...

jasamu tetap dikenang tun.. walaupun ramai yg menyingkirkan tun.. tapi bagi aku tun tokoh terbilang tiada gantinya...

merdeka! merdeka! merdeka!

lautan manusia membanjiri dataran merdeka dan jalan berhampiran


antara yang ada..


hensem jer abg2 nih berkawad


cantiknya rama-rama nih


haaa akhirnya nabil suka dpt tgk kereta kebal.. heheh


merdeka... selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia.. ermm nak tahu apa aku buat sempena cuti hari merdeka yg lepas? ermm selalunya setiap tahun bila time cuti merdeka mesti balik kampung.. maklumlaa time cuti.. mana lagi nak pergikan.. tapi tahun nih lain sket.. tiba2 jer hubby aku ajak pergi dataran tengok sambutan hari merdeka.. ermmm intresting jugak kan.. bayangkan laa dah umur 33 tahun nih.. tak pernah sekali pun aku ikut serta dlm sambutan besar-besaran tu... heheh teruja sungguh...

awal-awal pagi lagi anak-anak aku dah bangun.. semuanya bersemangat sekali nak tgk perarakan hari merdeka.. tambah2 si nabil.. nak tgk kereta kebal.. heheh sian dia tak pernah tgk kereta kebal lagi... dok tengok dalam gambar jer.. so apalagi.. berbekalkan chicken finger yang digoreng dan dua botol air mineral sebagai bekalan.. heheh kita org pun meredah lautan manusia disepanjang jalan berdepan dengan dataran merdeka... ermm ramai nyer manusia.. tgk jam belum pukul 8 pagi.. tapi manusia punya la ramai.. dalam hati aku terdetik.. alhamdulillah kalau semua yang datang ni mensyukuri erti kemerdekaan... then setelah mencari port yang sesuai.. akhirnya.. kami sekeluarga melepak laa kat tepi jalan raja laut.. berdepan bangunan kwsp.. haa port yang sesuai.. very clear utk tatap perarakan sepuas hati.. dpt tgk pertunjukan udara sekali....

so ini la antara gambar2 yang sempat aku rakamkan dengan phone comel ku ini...

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki