Tuesday, August 27, 2013

kuih seri muka a.k.a pulut sekaya

hari ni nak citer pasal masak2 plak.. sebab aku ni jenis yang memang jarang masuk dapur.. almaklumlah dapur tu dah mmg incik suamiku conquer kan... jadi aku kena la beralah demi kesejahteraan rumahtangga katakan heheh (sebenarnya aku tak pandai masak macam incik suami sbb tu dapur tu bukan milik aku keh keh keh) okay.. malam tadi citer dia anak bongsu kesayanganku.. sorang2nya hero hensem aku tu nak makan pulut sekaya atau orang bandar2 sebut kuih seri muka... orang kampung cam aku ni memang panggil pulut sekaya jer hehe.. agaknya lepas makan terasa kaya kot.. kaya kalori hehehe. so aku pun merajinkan dirilah mencuba menghasilkan sepelengat hahah klasiknya bahasa.. seloyang ek korang sebut.. siap jugaklah kuih seri muka tu dgn muka tak berseri aku sebab dah tengah malam baru siapnya kan.. boleh la buat bekal anak pergi sekolah pagi ni.. hahah berseri-serilah muka anak-anakku pagi ni pi sekolah dapat bawa bekal.. dia orang memang suka kalau dapat bawa bekal.. selalu ayahnya yang siapkan bekal untuk dia orang.. mamanya jarang-jarang sekali lah kan... almaklumlah pagi-pagi aku agak kelam kabut kalau nak masuk dapur ni.. so kalau nak buat bekal untuk dia orang memang aku kena siapkan malam-malam macam malam tadi laa.. ok melalut pulak ek.. bila post kat instagram or fb nanti mesti ada kengkawan yang sama spesis macam aku akan tanya resepi hehehe... resepi ni aku google jer sebenarnya.. kalau nak ikutkan dulu-dulu zaman aku sekolah, mak aku tu memang handal bab kuih-kuih ni.. sebab mak aku dulu jual kuih nak besarkan kita orang 7 beradik,. kalau ada function apa2.. meeting umno ker apa ker.. memang mak aku la ambil tender siapkan kuih-muih ni..sebab tu aku cakap mak aku handal.. tapi standardlah.. bila mak handal anak mak memang tak handal la kan... anak mak handal bab makan ja.. betul tak? betulkan..... lain la kalau anak mak rajin kan... okay.. tak nak melalut lagi.. meh aku tepek resepi yang aku guna malam tadi.. cer cuba pada yang rajin... :)


Bahan-bahan bahagian bawah:

2 cawan santan _ secubit garam
2 cawan beras pulut (ada org rendam dulu.. tapi aku belasah jer tak der rendam2 pun.. cuci bersih2 dulu la kan..

Bahan bahagian atas:

3 biji telur ayam
2 cawan santan + air daun pandan (kalau x der  daun pandan letak jer pewarna hijau)
2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum (mana2 pun boleh asalkan ada kat umah haha)
1 cawan gula
secubit garam

cara-caranya:

Panaskan periuk kukus, santan dan pulut dicampurkan dan dikukus lebih kurang 20 minit (kukusan tu pastikan betul-betul panas. Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan padatkan guna sudu (supaya pulut x berderai bila kita potong kuih nanti). Kemudian blenderkan bahan-bahan untuk bahagian atas. siap blender tuangkan atas pulut tadi dan kukus lagi lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Dah siap tunggu sejuk dulu baru potong yer.. baru la sedap untuk di ngapppppp... selamat mencuba ya!

Thursday, August 22, 2013

Hutang dan hutang dan hutang...

Salam semua..


Petang ni tiba-tiba teringat nak kongsi apa yang aku baca. Sesuatu yang bagi aku agak menarik dan berguna terutama untuk orang seperti aku yang hidup penuh hutang.. huhuhu sian kan.. gaji abih bayar hutang.. apa nak buat.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak berhutang membayarlah jawabnya.. tapi ingat.. jangan sesekali tak bayar hutang.. menjawab kat akhirat nanti.. ohya.. ada sapa yang masih berhutang dengan aku tu.. bawa-bawalah bayar.. keh keh keh sempat lagi tu kutip hutang.. hehehe jahat tul aku ni kan.. Okay meh aku pastekan apa yang aku baca tadi.. korang kalau nak ikut tips ni pun boleh.. nampak mudah.. tapi persoalannya.. mampukah menahan nafsu diri tu.. heheh aku gelak ni bukan apa.. sebab aku sendiri belum mampu buat sepenuhnya apa yang ada dalam tips ni.. tapi insyaallah akan ku cuba.. terima kasih kepada saudara penulis yang baik hati ini.. korang semua boleh baca blog dia yang menarik di sini:  http://www.mohdzulkifli.com

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Pengantin Baru

Dalam sibuk berhari raya.. Open house sana sini.. Tak lupa juga untukku ucapkan selamat pengantn baru buat dua sahabat sekerja ku.. Farhan dan Fadwa.. Semoga jodoh kalian berdua berkekalan hingga hujung nyawa. Meriah sunggu majlis perkahwinan mereka berdua.. Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjih Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada pagi Jumaat 16 Ogos 2013 dan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 di kediaman ibubapa pengantin perempuan di Bandar Sri Damansara.. Manakala majlis resepsi sebelah pengantin lelaki telah berlangsung di Puri Pujangga UKM pada keesokan harinya. Sama cantik sama padan pasangan ini.. Doa kami semua semoga kalian berdua dapat mengharungi kehidupan berumahtangga dengan sebaiknya..

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam Aidilfitri buat semua.. Yer hari ni dah masuk 11 Syawal kan... Lambatnya aku wish salam aidilfitri untuk korangkan.. Sejak first day raya nak berblog tp asyik bertangguh,, almaklumlah.. Aktiviti raya sangat padatkan.. Kononnya laaa.. Boleh jadi alasan kan hehehe

So.. Korang raya dimana tahun ni? Macam biasa aku tahun ni giliran beraya di kampung sendiri.. Seronoknya tak yah cakaplah kan... Ehh ehh jangan la ingat aku tak suka beraya di kampung mertua pulak.... Bukan macam tu.. Ikhlas aku cakap.. Mana-mana anak perempuan pun bila dapat beraya dengan mak sendiri memang satu kepuasan.. Setuju tak? Actually bagi aku raya mana-mana pun sama.. Ada kemeriahannya yang tersendiri.. Cuma bila raya tempat sendiri ni ibarat dapat satu bonus lah kan.. Di tambah pula sejak arwah ayah dah tak der ni.. Dipagi raya dapat bersama-sama bonda menziarahi pusara ayahanda.. Lain suasananya... Tak sama dengan suasana ziarah di hari lain.. 


Pagi raya yang lalu, lepas ziarah pusara arwah ayah di Perkuburan Islam Gurun, kami sekeluarga menziarahi pusara arwah atuk sebelah mak pula dia Perkuburan Islam Bedong. Kemudian macam biasa kami konvoi adik beradik menziarahi ibu saudara di Sg. Petani, Sg. Layar dan Seberang Perai. Akhir sekali sebelum balik kami singgah beraya di rumah ibu saudara di Bedong..Saat ziarah menziarahi ni yang buat Aidilfitri sangat bermakna.. Seronok bila dapat jumpa saudara mara sepupu sepapat yang setahun sekali berjumpa.. 

Then next day hari menunggu tetamu pula beraya di rumah mak.. Siap nasi daging dan laksa untuk tetamu.. Alhamdulillah seronok bila dapat menjamu sanak saudara makan beramai-ramai kan.. Hari ketiga raya kami beraya sebelah Alor Setar pula.. Rumah yg wajib pergi mestilah umah mak ngah di Wang Tepus.. Best kat situ sebab dalam dusun.. Musim buah pulak.. Memang meriah sangat..ohyerrr since kedah dah kembali kepada pemerintahan Barisan Nasional.. So kami juga beraya di Mentalon..di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Lewat petang ada acara photo beramai2 satu family di kedai gambar.. First time tahun ni dapat kumpul 7 beradik bergambar di studio.. Selalu setiap tahun hanya dirumah mak jer.. Yerlah ahli keluarga dah ramai ni agak susah nak kumpul serentak semua sekalikan.. Macam-macam ragam ada.. Tapi memang indah bila dikenangkan kembali..


Raya kali ni cuti agak panjang.. Sempat juga aku menghadiri majlis kahwin anak sepupu dan menziarahi saudara yang dah lama x jumpa. Sebelum balik KL pada Selasa lepas, kami sempat juga singgah Pulau Pinang sekadar jalan-jalan cuci mata.. Itupun sebab anak bongsuku Nabil nak sangat naik feri.. Sian dia.. Dah lama tak merasa naik feri kataya,.. So ayahnya bawa jugaklah.. 


Cuti raya aku sebenarnya masih panjang.. Tapi terpaksa balik KL awal sebab incik suami dah nak kerja..sebab tu juga tahun ni kami tak sempat nak beraya di kampung suami di Kelantan.. Selalunya setiap tahun kami akan beraya di dua-dua kampung, tapi tahun ni nampaknya satu jerlah kampung sempat balik.. Insyaallah aidiladha nanti kami beraya di kelantan pulak. So itu jer kisah raya aku tahun ni.. Salam aidilfitri maaf zahir batin buat semua ya... Halalkan makan dan minum jika ada.. 






Monday, August 5, 2013

Pesanan Khidmat Masyarakat : budak hilang sudah dijumpai..

Budak yg dilaporkan hilang sudah selamat dijumpai.. Ianya telah disahkan oleh Polis Pulau Pinang.. cerita lanjut sila lah korang tonton berita malam ni hehehe

cuma dari kes hilang anak ni, aku nak pesan dengan korang semua dan juga diriku.. jangan cepat sangat percayakan orang.. tambah2 kalau kenal kat alam maya ni.. kita belum tahu latar belakang orang macam mana lagi.. yang penting keselamatan anak-anak perlu diutamakan.. kecuaian sesaat boleh merubah segalanya.. ingatlah tu.. anak tu amanah Allah.. bawa2 lah jaga amanah Allah sebaiknya..


Khidmat Masyarakat : lagi kes budak hilang

Sunday, August 4, 2013

Anak itu amanah Allah..

Malam tadi sambil-sambil layan FB aku terpandang sesuatu yg di share olehnsalah sorang rakan fb ku.. Sesuatu yang bila aku baca memang membuatkan hatiku panas dan amarah tiba-tiba meluap-luap jadinya.. Eh jap.. Korang jangan salah faham.. Bukan sbb status yg kawan aku share tu berkaitan dengan aku.. Tak der kena mengena pun.. Tapi kisah yang dishare di status itu buat aku sentap.. Mesti korang nak tahu apa citer yang buat aku marah sangat kan.. Aku percaya korang pun akan rasa marah bila baca.. Ni aku letakkan print screen status yg buat aku marah dgn si bapa yg x layak ada anak tu..


Sakit tak hati korang bila baca kisah ni.. Dah la tak bertanggungjawab.. Sanggup nak shopping tinggalkan anak dlm kereta sorang diri.. Dah tinggal anak, tak dpt buka pintu masih sayangkan keretanya dari sayangkan anak sendiri. Bagi aku parents macam ni memang layak di dakwa atas kesalahan mendera anak.. Bukan kecuaian lagi dah. Memang perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Parents macam ni bernasib baik sebab Malaysia tidak ketatkan undang-undang berkaitan hal ini.. Kalau di negara barat dah pasti parents begini dikenakan tindakan tegas. 

Anak itu anugerah Allah.. Bawa-bawalah bertanggungjawab akan amanah yang diberikan pada kita. Berapa ramai pasangan yang bersusah payah untuk dapatkan anak, kita dah dikurniakan rezeki dari Allah ni, jagalah sebaiknya.. Jangan sesekali diabaikan tanggungjawab ini. Serius aku anak2 dah besar ni pun x pernah tinggal anak dalam kereta samada tidur atau sedar. Bahaya itu ada dimana-mana.. Sesaat kita lalai boleh merubah segalanya. Tak dapat aku bayangkan situasia anak dah kebiruan mcm tu masih nak keras kepala sayangkan cermin kereta yang boleh dicari ganti.. Anak ni tiada gantinya.. Sekadar peringatan buat semua.. Jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta tanpa pengawasan.. Beringatlah ya..

Friday, August 2, 2013

Iftar Ramadhan with DS Hishammuddin Tun Hussein Onn





Malam tadi alhamdulillah sekali lagi aku dijemput bersama-sama berbuka puasa bersama Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Tun Hussein di Mahkota Ballroom Hotel Istana. Menarik sebab sejak awal puasa kiranya ini jemputan pertama yang dapat aku hadir. Yer la kan.. awal-awal puasa dah masuk spital seminggu lebih. Seperti tahun sebelum ini, aku dan rakan-rakan twitter DS tidak pernah dilupakan untuk dijemput ke majlis-majlis keraian DS. Terima kasih DS atas ingatan dan layanan mesra DS sekeluarga pada kami semua. Di majlis itu juga DS sudi memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga ibu tunggal yang kurang berkemampuan. Gambar-gambar yang tak seberapa keping sempat dicuri dari camera iphone cabuk aku adalah sket boleh korang tengok kat FB aku yer. malas nak upload kat blog sebab masa dah suntuk.. nak balik umah buka posa ngan cinta hati pulak :).. ok chow dulu!



keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki