Tuesday, September 10, 2013

UPSR


hari ni telah bermula peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Anak kedua ku antara calon yang menduduki peperiksaan tersebut. teringat dulu zaman aku sekolah, sekitar 1987 UPSR mula diperkenalkan di 10 buah sekolah terpilih di kedah.. sekolah aku antara sekolah yang dipilih.. maka kami menjadi perintis UPSR, ada pro dan kontranya ketika ini.. kami dikira mangsa percubaan.. ada sesetengah murid sebaya kami telah pun menduduki Penilaian Darjah Lima.. bayangkan bila jadi yang pertama.. serba serbi belum betul-betul mahir. Yang paling aku ingat waktu tu, masing2 teruja nak ngadap UPSR ni.. cikgu dan student sama naik teruja.. Part yang tak best pulak bila nak masuk Form 1, budak2 UPSR ni kena saing dengan budak Penilaian Darjah 5.. sedih tau.. sebab kami mengidam nak masuk MRSM.. tapi bila p exam utk masuk MRSM ni, soalan semua berdasarkan Penilaian Darjah 5, dan malang bagi kami budak2 dari sekolah yang ambil UPSR ni semua gagal untuk masuk ke MRSM.. maka kami semua masuklah sekolah menengah harian biasa dan asrama penuh biasa.. itulah antara pengalaman aku dulu ambil UPSR.

Hari ni aku berdebar-debar sebab anak keduaku akan menghadapinya.. Doaku semoga kak ngan dapat menjawab dengan tenang dan sempurna.. insyaallah tahun depan anak ketiga pulak akan menghadapi UPSR ni, dan aku difahamkan tahun depan merupakan tahun terakhir UPSR digunakan. Kepada semua anak-anak yang menghadapi UPSR, jawablah sebaiknya, keputusan belakang kira.. janji buat yang terbaik. Kepada ibu bapa pula sama-sama kita doakan anak-anak kita dapat menjawab dengan baik. Insyaallah

Tuesday, September 3, 2013

raya sana sini.. open house dan kenduri kahwin pun ada..


Masih belum terlewat kan untuk aku ucapkan Salam Kemerdekaan buat semua.. Semoga negara kita terus kekal aman harmoni.. mohon dijauhi dari malapetaka yang tak diingini.. sama-sama kita pelihara keamanan yang telah dimiliki hasil dari pengorbanan nenek moyang kita dahulu..

Okay citer raya masih belum habis.. hari minggu meriah dengan open house sana sini.. ada juga yang ambil peluang buat kenduri kahwinkan.. teringat pulak zaman aku dulu.. aku pun kahwin dibulan syawal.. alhamdulillah ambil berkat syawal.. disebabkan ramai yang menjemput open housenya.. jalan pun sesak sana sini dan ditambah dengan cuaca yang lembab.. makanya aku pun tak dapat nak penuhi semua jemputan.. tambahan lagi jarak antara rumah yang menjemput tu agak jauh..tak dapat la ku nak kejar kesana kesini kan...
Bersama akak Saro yang sentiasa anggun.. i jeles ya sbb akak ni dah timang menantu pun masih cun melecun hehe

aku mulakan perjalanan agak awal.. memang budget sampai awai umah akak Saro (salah sorang rakan FB yang dah lama fren tapi tak pernah jumpa). Akak Saro jemput aku dan keluarga ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Kami sampai sekitar jam 12 tengahari. Lepas jer makan terus pecut ke Bandar Rinching pulak.. haa Rinching ni memang rumah wajib pergi setiap tahun.. so tak kira lah sesak tak sesak jem memang ku redah.. Sampai Rinching dah sekitar jam 2.30 petang gitu.. cuaca pun dah angin-angin dan hujan dah mula turun.. Asal aku datang open house umah Dato Markiman ni mesti hujan.. asal hujan jer aku datang #eh.. hahaha gitulah kisahnya.. tahun lepas pun datang time hujan selebat alam.. tahun ni hujan baru bermula.. Dato Markiman merupakan Setiausaha Politik DS Hishammudin Menteri Pertahanan. Selesai kekenyangan dengan burung puyuh dan macam-macam lagi kat sini kami bergerak ke Batu Caves pulak.

Dato Markiman yang sporting! sempat Peace lagi yer.. :)

Sepanjang jalan hujan agak lebat.. jem memang agak jem juga.. sempat singgah solat Zohor dulu kat Shell Stesyen Ampang.. then baru terus ke Batu Caves rumah Kak Linda (Matahariku) juga rakan FB yang agak lama juga kenal..cumanya Kak Linda dah biasa jumpa sebab tahun lepas pun aku ada datang open house dia dan dia pun ada datang open house aku.. sampai rumah kak linda hujan dah berenti.. makan apa yang patut sebab perut dah kenyang tapi hadir sebagai menghormati dan meraikan jemputan kengkawan.. setahun sekali nama pun raya kan.. Cadangnya lepas Batu Caves nak singgah Setiawangsa pula.. ada lagi jemputan dari kawan sepejabat.. tapi jemputannya sampai jam 5.. tapi sekarang dah pukul 6.. hrmmm rasanya next time lah pergi.. tak dapat lah nak singgah.. segan plak dah abih time nak pergi kan.. hehe lagi pun perut dah konyang dan tambah plak cousin aku mesej nak datang beraya kat umah aku malam tu.. so kita orang kena la standby apa yang patut.. nak kutip kain baju atas sofa yang bersepah lagi kan.. hahaha nak mengemas umah la pendek katanya..
ni la Kak Linda yang sentiasa posing senyum lebar... haha ni sama minat dengan aku.. suka membaca novel heheh
Malam tu cuma masakkan mihun goreng jer buat hidangan bersama kuih raya untuk cousin ku..Oh ya..on Sunday aku sempat juga pergi beraya di rumah sorang lagi rakan Fb (okay korang jgn gelakkan aku.. yess aku memang ramai kawan kat FB yang agak rapat.. kenal cuma di FB tp dia orang memang type yang boleh dibuat kawan).. kat umah Nani dapat la makan sengkuang palit yang sedap ni.. zaman sekolah jer jumpa tau. bukan senang nak jumpa.. dah jumpa memang ngapppp x berenti laa...

ni la sengkuang palit yang sangat sedappp itu... 
Tahun ni aku memang tak der plan nak buat open house pun.. Lagipun sakit belakang aku ni belum betul-betul ok.. kadang2 rasa lg sakitnya.. so tak nak la ambil risiko sakit lagi.. so sapa nak datang beraya jemputlah datang.. call jer la yer.. nanti aku hidanglah apa yang ada.. hehe korang mesti meriah kan buat open house.. sebenarnya seronok bila buat open house ni.. dapat jumpa sedara mara dan kawan-kawan dan dapat menjamu selera tetamu yang datang.. lagi satu aku suka konsep open house ni sebab tak penat la nak layan tetamu berlainan hari.. layan jer satu hari terus.. kan senang.. :) okeylah.. cukup dulu untuk hari ni..next time kita citer-citer lagi.. babaiiii..

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget