Monday, December 3, 2012

selamat pengantin baru nasya alyssa n anas zawawi

Selamat Pengantin Baru Nasha Alyssa dan Anas Zawawi.. Alhamdulillah.. akhirnya termeterai ikatan suci sebuah perkahwinan.. Tahniah buat DS Hishammuddin dan isteri YM DS Tengku Marsila akhirnya bergelas bapa mertua dan ibu mertua... Tentu seronok sekali cinta dari zaman sekolah berkekalan hingga akhirnya mudah-mudahan..

Ikatan suci yang terjalin secara sah pada tanggal 24 Nov 2012 yang lalu.. dengan sekali lafaz Anas telah dinikahkan sendiri oleh YB DS Hishammudin bersaksikan seluruh kaum keluarga.. dan pada tanggal 30 November majlis meraikan pasangan pengantin telah di adakan di Dewan Tun Razak PWTC bersempena juga dengan Persidangan Agung Umno.. majlis meriah sekali dengan kehadiran perwakilan UMNO serta ahli2 majlis tertinggi juga turut serta.

Kehadiran penyanyi tersohor negara yang juga merupakan ibu tiri pengantin lelaki memeriahkan lagi majlis dengan dendangan dua buah lagu untuk pasangan pengantin dan seluruh hadirin yang hadir. Tiada kata untuk diungkapkan lagi... tataplah gambar2 sekitar majlis yang meriah untuk kenangan semua.. Btw... thanks to DS Hishammuddin dan keluarga yang sudi menjemputku serta suami menghadiri majlis ini..

cantik gubahan bunga nya..
bersama Tun Faisal
Bersama pasangan pengantin yang sama cantik dan sepadan
ole2 buat tetamu
Dato CT yang sentiasa cun melecun
persembahan Dato CT mencuri tumpuan seluruh tetamu
with DS suami isteri.. thank ya !

Thursday, November 29, 2012

Entry Tertunggak....

Hai... lama betul tak berblog kan.. banyak citer nak post.. tapi semuanya dalam kepala otak jer.. tak sempat nak dikongsikan.. ada dua tiga trip jugak yang dah pergi tak sempat nak post.. pengalaman di tempat orang.. sakit demam.. suka duka.. macam2 ada nak citer.. tapi bila yer???

Sibuk sangat sekarang.. masa amat mencemburui.. cewahh.. bahasa tak boleh blahh.. hahaha actually masa satu hal.. tahap kerajinan pun satu hal.. di tambah pulak laptop aku kat umah tu agak ngok ngek.. lagi bertambah alasan la entry aku asyik tertunggak jer kan..

Okay.. aku janji.. next step.. aku akan postkan entry trip2 aku untuk dikongsikan dengan korang secepat mungkin.. ada 3 trip seingat aku yang belum dipostkan.. satu trip ke Guangzhao, satu ke Perth and satu lagi ke Ho Chi Minh City.. hrmm harap2 tertunailah janji ku ini hehehe...

Monday, September 3, 2012

Salam Kemerdekaan Negaraku Tercinta

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati erti kemerdekaan untuk tahun ke 55.. Merdeka! Merdeka! Merdeka. Rata-rata kita semua mengerti erti merdeka namun berapa ramai antara kita yang masih tidak merdeka jiwanya? Ikhlas dari apa yang diperhatikan dan kita lalui setiap hari, dapat kita nilai sendiri sejauh mana rakyat Malaysia menghargai apa itu Merdeka.

Kita patut bersyukur dengan segala apa yang telah kita nikmati sepanjang kita hidup dimuka bumi ini. Berterima kasihlah kita pada pejuang kemerdekaan yang telah bersusah payah memerdekakan negara kita dari penjajah. Berterima kasih jugalah kota kepada pemimpin yang telah berjaya memastikan kemerdekaan kita berterusan dan seterusnya berterima kasihlah kita kepada pemimpin yang telah banyak membawa negara dan kita semua ke arah kemajuan yang tidak ternilai ini. Tahukah kita semua kemerdekaan negara akan tergugat seandainya tampuk pemerintahan kita tidak arif dalam hal mentadbir negara. Justeru itu kita patut bersyukur kerana pempimpin2 kita yg terdahulu dan sekarang telah berjaya meletakkan tahap kemajuan negara kita setanding dengan negara maju yang lain.

Kekalkanlah keharmonian negara kita yang pelbagai kaum ini. Hanya kita sebagai rakyat yang mampu mengekalkannya. Jika rakyat sesama rakyat terus bertelagah nescaya kemerdekaan kita tiada maknanya. Usah kita terpedaya dengan tipu muslihat mereka2 yang berkepentingan politik sendiri.

Tanggungjawab kita sebagai rakyat negara yang berdaulat perlu dilaksanakan sebaiknya. Pesananku buat teman-teman semua.. Peliharalah keamanan yang kita miliki ini demi anak bangsa kita seterusnya.. Jangan kita terlalu leka terpedaya dengan janji helah pemimpin yang belum pasti boleh menjaga negara seperti apa yang kita nikmati sekarang. Bersatu hatilah kita semua demi keharmonian yang berterusan.. Salam merdeka dan selamat hari raya buat anda semua :)

Tuesday, August 14, 2012

Baked Pasta

Sorry Pu3 yer.. janji dengan u nak update resipi malam tadi tp akhirnya dah kenyang berbuka langsung tertidur.. hehehe so meh salin resipi kak nya yang main hantam jer letak ni.. tapi rasanya not bad.. anak-anak semua suka.. berulangkali makan.. bangun pagi tadi tengok dah abis :)

Baked Pasta

Bahan-bahannya:

1 cawan pasta (pilih la jenis apa u suka yer.. i pilih jenis medium shells)
1 tin mushroom cream soup
1/2 batang carrot (diparut)
udang dan ayam di potong kecil2
bawang merah untuk menumis
sebiji telur
dua keping roti canai segera (cap 'kawan' mmg terbaik :))
sedikit daun sup
sedikit serbuk lada hitam
sedikit cheese untuk ditabur (cheesdale pun boleh tp carik2 kan ia)
sedikit mentega
cara-caranya:

Rebuskan pasta hingga lembut kemudian toskan. Kemudian tumiskan sedikit bawang hingga kekuningan. Masukkan ayam dan udang goreng hingga naik bau dan sedikit masak, masukkan carrot yang telah diparut. Masukkan mushroom soup disusuli dengan sebiji telur yang telah dipukul. Masukkan juga sedikit serbuk lada hitam. Seterusnya masukkan pasta digaul sebati. Akhir sekali masukkan daun sup yang telah dipotong kecil. Setelah siap semua, sediakan loyang, letakkan sekeping roti canai segera.. kemudian tuangkan pasta yg siap di goreng tadi ke dalamnya. Carik2kan cheese di atas adunan tadi.. dan seterusnya ditutup dengan sekeping lagi roti canai segera. Setelah itu sapukan sedikit mentega di atas roti canai supaya ianya tidak kering apabila di bakar. Siap semua bakar dengan api 180 deg lebih kurang 20 minit.

 inilah rupanya bila dah siap di bakar..
okeh dipotong untuk dimakan.. memang lazat.. silalah mencuba okay :)

Thursday, August 9, 2012

Chicken Pie

first time try masak chicken pie ni.. sebelum ni dok tengok jer org masak kan.. semlm tiba2 la datang mood terlebih rajin nak mengetest... so kita pun mcm biasa.. menggoogle la resepi2.. and terhasillah chicken pie yg lazat gitu :) tadaaaa ini diaa..


sorry ek.. ruper sket huduh.. tp rasanya marbeles okay! hahaha .. ini resepi yang dibuat semalam..

1 tin creamy mushroom soup
1 biji bawang besaq - di potong dadu
1 ulas bawang putih - dimayang2 nipis
1 keping dada ayam
1 biji kentang sederhana besaq
1 batang carrot
sedikit lada hitam
2 sudu besar minyak utk menumis
cheese (apa2 jer.. saya pakai cheesdale)
2 keping roti prata segera jenama 'kawan'
sebiji telur di pukul bersama-sama dengan sedikit mentega


cara-caranya:

mula-mula rebuskan carrot, kentang (dipotong dadu terlebih dahulu) bersama isi ayam.. letakkan secubit garam.. dah agak empuk tutupkan api dan carik2kan isi ayam.. kemudian tumiskan bawang putih beserta bawang besaq.. bila dah naik bau semerbak wangi tu.. masukkan ayam dan kentang serta carrot.. kaup dan balikkan.. masukkan satu tin mushroom soup dan setengah cawan air rebusan ayam dan carrot tadi.. letakkan sedikit serbuk lada hitam.. kacau hingga sebati atas api yang sederhana lebih kurang 5 minit.

Kemudian letakkan sekeping roti canai segera didalam loyang.. cucuk-cucukkan sedikit dengan garfu.. masukkan semua bahan yang telah dimasak tadi ke dalam loyang.. kemudian taburkan cheese ke atas adunan tadi.. siap ratakan adunan, tutup adunan dengan sekeping lagi roti canai segera.. kemudian glisskan dengan telur yang telah di pukul dengan mentega tadi untuk mencantikkan lagi rupa pie kita.. dah siap masukkan kedalam oven dan dibakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit. tadaaa siap!! mudahkan!

Tuesday, July 31, 2012

nelayan moden jom menjala!

wahh dah lama x update blog kan.. tiba2 pagi ni update resepi.. sebenarnya semalam petang anak-anak request nak berbuka dengan roti jala.. alang-alang acuan baru yang di order dari kak gee pun dah sampai.. bersemangat jugaklah nak trynya.. and bila dah diupload roti jala yang bertemakan warna hijau kuning tu.. haha tertarik la pulak kan.. ada la kawan-kawan yang bertanyakan resepi.. jadinya pagi ni meh kita salin resepi meh.. resepi ni saya belajar dari bonda tersayang.. masterchef terhebat dihatiku.. kalau google ada macam-macam pesen resepi roti jala.. ada yang letak susu segar.. ada yang letak santan.. tapi sejak turun temurun mak dah ajar buat paling senang tapi sedap.. so terhasillah roti jala yang sangat sedap tanpa santan atau susu.. cuma air garam sahaja..

Bahan-bahan (kira2 utk 5-6 orang makan):

300 gram tepung gandum 
1 biji telur
4 cawan air (agak2 la dgn kepekatan tepung nanti)
secubit garam
1 sudu kecil pewarna (kalau nak kuning letak jer kunyit, kalau nak dua warna satu lagi letak pewarna hijau)

 ini la rupa acuan roti jala yang amat mudah.. sapa2 nak order acuan ni bolehlah order dari kak gee.. sila sekodeng kat sini ya ----->> http://www.dapurkakjee.com/2012/07/acuan-pie-tee-dan-botol-acuan-roti-jala.html


Cara-caranya:

masukkan semua sekali kedalam blender.. blend sampai sebati.. then kalau nak dua warna.. masa blend jangan letak pewarna lagi.. siap blend, bahagikan dua adunan then baru warnakannya.. sangat senang kan.. tahap kepekatannya jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair.. agak-agak bila kita tuang tu dia smooth jer okay.. So dah siap adunan ni masukkan dalam botol acuan tu.. senang sangat-sangat.. griskan pan dgn sedikit minyak then mulakan jalaan anda.. buat la corak yang disukai,.. anyaman tikar yang berwarna warni atau satu warna pun boleh.. selamat mencuba ya!


 ini lah rupanya jalaan ku :)

 okeh fokus dekat sket.. agak kurang cun sebab dah bekejar masa nak berbuka hehehe

 tadaaaa.. siap dah jala hijau kuning ku! anak-anak cakap ni bukan roti jala mama.. ini roti tikar.. kakak ku pula cakap ini dah rupa macam peggulung rambut zaman dulu2 nih.. haha

inilah hasilnya roti jala hijau kuning untuk pasukan bolasepak negeriku tercinta hahaha walaupun kedah suram jer tahun ni yer.. hijau kuning tetap membara! :)


** kuah untuk dimakan dgn roti jala korang buat jerlah kari ayam atau daging letak kentang sket.. tapi mesti pekat baru best nak mencicahnya.. atau musim2 durian ni buat la kuah durian.. fuhhh nikmatnyaaa hehehe

*** ada orang tanya apa beza pakai acuan pesen lama yang warna kuning tu... oo sangat banyak beza.. sebab acuan lama tu adunan asyik menjejeh jer nak sampai ke kuali tu.. kalau botol ni senang.. bila kita tonggeng menjala baru keluar tepungnya.. so tak der la kotor dapur kita tu kan.. :)

Friday, July 6, 2012

Alfatihah buatMU AYAH...

Salam untuk semua..

Sudah agak lama tak update blogkan.. lately ni agak suram sket perjalanan hidup.. nak menulis pun tak der semangat...pada yang belum tahu.. sebenarnya aku baru kehilangan ayahanda tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 Jun 2012 yang lalu. Kehilangan yang tersayang amat meruntun hati..

Minggu lepas... 17 jun 2012 (ahad) kakakku call bagitau ayah dimasukkan ke hospital. So aku cepat-cepat call mak nak tahu keadaan ayah macam mana. Actually ayah memang selalu keluar masuk hospital since dia memang sejak 8 tahun lepas perlu menjalani dialisis setiap 3 hari seminggu. Mak cakap ayah pagi tadi tak dapat bangun sebab kaki tiba-tiba sakit, mak terpaksa panggil ambulance untuk bawa ayah ke hospital. Kebetulan ahad adalah hari untuk ayah dialisis di Putra Medical Center Alor Setar. Mak cakap jangan risau.. ayah ok cuma kaki jer tak leh gerak yang menyebabkan dia tak boleh bangun. Aku pun pikir nak balik tengok ayah esok dah isnin.. budak-budak sekolah pula kan.. kalau sabtu memang dah ku cabut balik.. the next day call mak.. mak cakap ayah macam biasa juga,. tak der apa2.. cuma doktor buat beberapa prosedur dan test untuk kesan kenapa kaki sakit and mak cakap doktor kata ayah agak letih. 

Selasa aku masuk opis macam biasa.. call mak.. and mak cakap ayah kena masuk ICU sebab BP sangat rendah.. doktor tak dapat nak teruskan dialisis hari ni disebabkan tekanan darah yang menurun tiba2. Then aku dah tak sedap hati.. sepanjang hari memikirkan nak balik ke tak.. tengah-tengah minggu pulak..so banyak la pikirnya.. balik dari ofis.. call adikku di kg. katanya ayah ok.. cuma letih... tak perlu kot balik. mcm selalu ayah admit hospital.. selalu pun dia letih.. tapi hatiku tetap rasa tak tenteram.. rasa nak jugak balik.. aku cakap dengan suamiku.. abang.. jom la kita balik bang.. kita pontengkan jer budak2 ni esok satu hari.. petang esok kita balik kl semula.. husbandku memang amat-amat memahami.. kita orang decide untuk balik juga malam tu.. tapi anak sulungku pula ada hal kat sekolah esoknya.. tak boleh ponteng katanya. aku terpaksa tinggalkan dia di rumah adik bongsuku malam ni, and esok boleh la adikku hantar dia kat umah semula coz sekolah dia cuma depan umah aku jer.. Kita orang pun bergerak balik ke alor setar kira-kira dah jam 12 tengah malam. 

Kami sampai di Alor Setar ketika azan subuh berkumandang.. lepas solat tidur sekejap.. and kami terus ke hospital kira2 pukul 9 pagi. Sampai kat hospital, ayah macam selalu... terbaring letih.. and doktor cakap nak try dialisis lagi hari ni. Tapi bila buat jer dialisis, BP ayah turun semula.. terpaksa stop.. then bila BP dah agak ok.. try lagi buat.. tapi tetap tak boleh nak habiskan.. Ya Allah kesian sangat tengok ayah.. agak letih.. makan pun mak suapkan bubur jer.. sebab ayah tak boleh nak makan makanan lain.. tengahari lepas lunch keadaan ayah agak ok.. dah boleh senyum.. dah boleh geleng atau angguk kepala bila kita tanyakan dia sesuatu.. Ayah memang tak banyak cakap.. bila sakit macam ni lagi lah tak bercakap. bila tengok ayah dah ok camtu .. aku rasa lega sket. Ku cakap pada ayah.. "ayah, ceq nak balik KL ptg ni sbb Along tinggal sorang kat umah, weekend nanti ceq balik lagi jumpa ayah" ayah cuma pandang jer muka aku.. lama sangat aku rasa dia pandang.. pastu dia angguk kepala.. petang tu aku pun gerak balik KL kira-kira jam 6.30 ptg camtu. 

Sampai KL dah lewat malam.. esok pagi macam biasa.. sebelum ke ofis, hantar anak-anak ke sekolah dulu. then dalam perjalanan nak ke opis, abangku message cakap. "Na, ayah tak sedar", Ya Allah masa tu aku dah rasa cuak sangat-sangat.. Kebetulan waktu aku sampai betul-betul kat depan parking opis, abangku yang no 2 call tanya aku nak ikut dia balik tak.. kebetulan dia ada kursus di KL, tak nak buang masa aku terus tunggu abangku di jalan duta.. kami bergerak pulang kira-kira jam 9 pagi. Suamiku dan anak-anak akan menyusul kemudian. Hujan disepanjang jalan, perjalanan agak slow.. sepanjang jalan tak putus2 berwhatssapp dengan adik dan abang di kampung.. kata mereka ayah masih x sedarkan diri lagi. Ya Allah jauh sangat perjalanan kurasa.. Akhirnya kira-kira jam 12.55 tengahari aku mendapat khabar ayah telah pergi buat selama-lamanya. Tak sampai juga hajat untuk aku bersua dengan ayah buat kali terakhir.. tapi aku bersyukur kerana aku sempat juga pulang semalam untuk bersama ayah. Alfatihah buatmu ayah.. rindu padamu tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata... 


Thursday, June 14, 2012

mohon doa dari anda semua demi anak kecil ini.....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. kupanjangkan kisah anak kecil ini dari FB seorang sahabat.. semoga kita dapat membantu insyaallah walaupun hanya dengan sepotong doa...

Saya bagi pihak bapa, kepada adik Nurliyana Bt Md Azhar memohon keperihatian saudara saudari semua untuk membantu saudara Md Azhar Bin Ehwan ( bapa Nurliyana ) Yang bekerja di kilang Venture Technology Johor Bahru Sdn Bhd , dimana beliau memerlukan anggaran sebanyak RM30,000 bagi menjalankan pembedahan bagi penyakit jantung anaknya ( ALCAPA ) . Kes ALCAPA sangat jarang berlaku pada dan dilaporkan dimalaysia berlaku setakat ini 4 orang kanak –kanak termasuk adik Nurliyana.
Sila rujuk file yg disertakan untuk surat pengesahan dari dan juga gambar adik Nurliyana Bt Md Azhar

Untuk pengetahuan semua, sekarang Nurliyana sedang dirawat di HSA ( Hospital Sultanah Aminah ) Dan sedang menunggu keputusan dari IJN .

Sehubungan dengan ini saya memohon jasa baik sahabat2 yg berkemampuan dapat membantu Md Azhar Bin Ehwan dgn segera. Ini berikutan adik Nurliyana perlu dibedah dengan segera. Bagi yang kurang berkemampuan sudilah kiranya mendoakan Adik Nurliyana agar dapat selamat serta Berjaya semasa pembedahan tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian

019-7527378 ( Azhar ) / 017-7694003 (Julia)

Dibawah ini disertakan maklumat untuk perbankkan:

Nama : Md Azhar Bin Ehwan
Akaun No :151043012835
Bank : Maybank

Jutaan terima kasih kepada yg sudi membantu dari segi kewangan, Berdoa serta dapat memanjangkan email ini ke mana2 yahoogroups bagi membantu sahabat kita . InsyaAllah , mudah2'an diberkati hendaknya.

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun akan dikenang dan disambut oleh kita semua.. jasa mereka yang bergelar guru amat2 tiada tandingannya.. kepada semua guru yang pernah mendidikku bermula dari SK Dato Wan Mohd Saman (cikgu kamal, cikgu shuib, cikgu shahrul, cikgu norlela, cikgu mariamah, cikgu zurina, cikgu rokiah, cikgu ishak, cikgu syed dll) , SMK Dato Wan Mohd. Saman (cikgu muthalib, cikgu ghazali, cikgu sharifah, cikgu noraini, dll) SMK Gurun (cikgu azizah, cikgu rosli, cikgu norashikin, cikgu razali, cikgu mazlan dll), dan SMK Guar Chempedak (cikgu maimon, cikgu azizan dll) terima kasih cikgu. Alhamdulillah berkat didikan cikgu-cikgu semua saya berjaya menjadi seperti sekarang..

Sempena hari guru kali ini saya cuba juga mencari lagu-lagu yang sesuai.. tapi terjumpa satu video dari seberang ni.. agak menarik untuk didengar juga.. so meh layan..



tapi lagu yang paling melekat dihati kita semua pasti lagu yang dinyanyikan oleh cikgu-cikgu kita setiap tahun kan! :)



Friday, May 11, 2012

SEINDAH SAKURA


Sinopsis: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar.. 


So.. korang semua mesti dah ada yang mengikuti siri Akasia terbaru dia TV3 setiap Isnin- Khamis jam 7 malam kan... mesti ada yang suka nak cari lagu2 yang dijadikan lagu latar siri Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad ni kan... Drama ini adalah arahan pengarah muda yang juga pelakon berbakat kita iaitu En. Zulhuzaimy..so meh layan lagu-lagu best ni ok!




Wednesday, May 9, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah.. syukur pada mu Yaa Allah kerana memberi kesihatan yang baik-baik bagiku untuk terus menjadi hambaMu... bersyukur sangat-sangat kerana diberi kesejahteraan dan diberi kehidupan yang aman bahagia disamping keluarga tersayang dan kawan-kawan semua.. semalam genap 37 tahun dilahirkan dimuka bumi ini.. dengan izinmu Yaa Allah, terima kasih mak dan ayah yang byk berjasa mendidik anak mu ini.. Terima kasih pada suami tercinta yang banyak memahami karenah isteri yang kadang2 sewel ni hehe.. terima kasih anak-anak mama yang menceriakan hidup mama.. kamu semua permata hati mama.. semoga mama dapat mendidik kamu semua menjadi anak-anak yang soleh.. insyaallah..

cukup dulu.. tak sempat nak memblogging laa.. banyak giler kerja hari ni.. nanti kita story mori lagi okay...

Thursday, May 3, 2012

alfatihah buat arwah bob kuman


Kakitangan ambulan Hospital Sg. Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi - sumber dari http://www.mazidulakmal.com/

ALFATIHAH buat arwah Bob..

Wednesday, April 25, 2012

kata mereka ...

    Assalamua’laikum..Selamat pagi semua.. pagi ni saya agak tertarik dengan beberapa tweet dari rakan twitter saya. Menarik rasanya untuk kita kongsi bersama dan cuba kita renungkan. Banyak perkara yang kita terlupa untuk mengucapkan Syukur pada Allah dilahirkan di Negara ini. Semoga beberapa perkara ini yang saya percaya ianya hanyalah sebahagian dari usaha2 kerajaan yang ramai antara kita tak tahu atau buat-buat tak ambil tahu boleh mencerahkan mata dan membuka minda kita. Insyaallah.
  
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - sebanyak RM2.1 billion diperuntukkan utk pinjaman perniagaan kredit mikro keluarga miskin melalui AIM.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 35,095 (80%) Projek Perumahan Rakyat & Perumahan Awam DBKL ditawarkan utk jualan kpd penghuni semasa.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 67% kanak-kanak mengikuti pendidikan pra-sekolah; lebih tinggi dari US (62%) atau China (42%). - Unesco
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - sebanyak 9,814 buah sekolah rendah dan menengah dibina utk rakyat pelbagai bangsa.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 16,000 buah rumah org miskin dibina / dibaikpulih.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 35,000 lagi rumah luar bandar dapat bekalan air bersih.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sebanyak 27,000 buah rumah lagi mendapat bekalan elektrik.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - dlm tempoh dua tahun, sehingga 2010, sepanjang 750km jalan kampung dibina.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - pengguna internet meningkat dari 2.7 juta pada tahun 2000 kepada sekitar 18 juta pada tahun 2011.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 35,095 buah rumah kos rendah ditawarkan kpd keluarga yang layak pada harga 75% nilai pasaran.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - kemiskinan tegar berkurangan sehingga 0.2% sehingga Disember, 2010.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - 700K kanak-kanak sdg mengikuti pendidikan pra-sekolah; bertambah sebanyak 54,569 org sejak 2009.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - jumlah profesional meningkat tiga kali ganda sejak tahun 2000.
  • Kata mereka, Malaysia negara zalim - jumlah kemasukan pelajar peringkat tertiari meningkat sebanyak dua kali ganda, sejak 2000.


    Di negara zalim Malaysia, rakyat boleh keluar dgn Porshe Cayenne, BMW, Mercedes, Accord & Camry utk berdemonstrasi - bawa ipad, BB & iPhone!

    p/s: Apabila tiada fakta; timbulkan auta dan cerita; mulalah buat berita - dan org jahil ternganga-nganga! - NOBISHA
  
    Terima kasih kepada Tuan Norizan Sharif mengizinkan saya untuk berkongsi tweet beliau pagi ini ..

Sunday, April 22, 2012

Program Ceria Bersama Anak Yatim, Warga Emas & Oku

Pagi tadi telah berlangsung Program Ceria Bersama Anak Yatim, Warga Emas & Oku anjuran Gagasan Anak-Anak Sembrong di Perantauan (GAAS-P). Mesti ada yang tanya apa itu Sembrong kan! Sembrong adalah nama kawasan di negeri Johor. Kenapa saya anak Kedah ada di sini? Sebenarnya saya antara rakan2 twitter Datuk Seri Hishammuddin yg dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara pada hari ini.. Thanks Datuk Seri sudi jemput ya..

Acara pada pagi ini dimulai dengan senamrobik yang disertai oleh pelbagai peringkat umur dan bangsa. Sembrong ini uniknya disebabkan kawasan ini terdiri dari masyarakat 1 Malaysia yang amat bersatu hati. Melayu, Cina & India bersatu dalam satu kawasan. Saya belum pernah sampai ke kawasan Sembrong ini, tapi gambaran yang dilihat pagi td melambangkan kemakmuran dan bersatu hati seluruh masyarakat di sana. Insyaallah satu hari nanti mungkin saya berkesempatan untuk melawat dengan lebih dekat kawasan Sembrong ini :)

Kemudian acara diteruskan dengan pelbagai sukaneka untuk anak- anak yatim dan juga warga emas. Ada terdapat pertandingan mewarna, refleksologi dan berbagai lagi acara dan perkhidmatan disediakan. Majlis hari ini juga disertai juga oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang diketuai oleh Pengarah JPN sendiri iaitu Datuk Jariah yang sentiasa senyum manis.. Disini sesiapa juga berpeluang untuk mendapatkan Mykad versi baru dengan lebih mudah tanpa perlu bersesak dia pejabat pendaftaran. Terima kasih untuk JPN yang memberi kemudahan kepada seluruh rakyat.

Seperti biasa kehadiran YB DS Hishammuddin sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Kehadiran beliau dan keluarga banyak menceriakan majlis dan memberi kesempatan kepada semia yang hadir terutama anak2 yatim untuk beramah mesra dengan DS Hishammuddin dan keluarga yang amat peramah dan mesra sekali.

Program ini memberi kepuasan kepada yang hadir hari ni.. Terima kasih Datik Seri sekali lagi atas jemputan yang dapat memberi peluang kepada saya dan keluarga untuk sama2 merasai kemeriahan program ini.

Tuesday, April 10, 2012

#H2OTwtUp

okay.. korang mesti pelikkan.. apa benda la tajuk entry aku kali ni.. actually H2OTwtUp ni sebenarnya adalah singkatan untuk group twitter or rakan-rakan twitter DS Hishammuddin Tun Hussein Onn (H2O).. so pada tarikh 16 Mac 2012 yang lepas (again sorry ya entry aku agak basi sket.. haha dah nak dekat sebulan berlangsung baru nak post kan.. ampun DS ya.. lewat sket post.. terbz dgn tugas2 harian :p) telah berlangsung satu pertemuan secara santai antara rakan-rakan twitter yang terpilih untuk bersama-sama bersuai kenal dengan tuan ampunya diri yang amat-amat cool..

memperkenalkan pegawai2 kanan beliau..

so macam biasa..kita bercerita secara santai jugak lah yer.. (harap DS merelakan tulisan santai ini coz i memang gagal kalau nak formal-formal.. :p) Aku tahu ramai antara frens yang tanya.. ehh.. apsal ko pergi jumpa menteri ek? so meh sini kita story mory okeh! Kita mulakan dulu dengan pengenalan tuan punya diri.. nescaya semua dari kita mengenali Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn yang merupakan Menteri Dalam Negeri. Aku mula bersahabat (poyo tak ayat ni :p) dengannya DS di twitter sejak beberapa bulan yang lalu.. Mengenali beliau sebagai seorang Menteri bagi aku sama juga dengan mengenali Menteri-Menteri Kabinet lain secara amnya.. tapi yang pasti membezakan DS dengan yang lain, beliau merupakan seorang menteri yang amat senang untuk berkomunikasi di media baru seperti twitter.. setiap tweet yang dihantar pasti dibalas walaupun dengan sepatah perkataan.. yang penting balas memberi maksud beliau memang membaca apa yang kita tweetkan padanya. Dan satu lagi yang agak membezakan DS dengan YB lain adalah beliau sudi untuk follow aku sebagai rakan twitternya.. bestkan! haaa bukan senang tau Menteri-menteri nak jd follower pada kita.. setakat ini dalam senarai rakan twitter aku cuma ada dua menteri jer sudi follow aku dan salah seorangnya adalah DS Hisham sendiri. Thanks ya DS :)

Me with Ida (comeikan!)

Aku mendapat jemputan dari pembantu DS (Ida yang cantik manis) melalui twitter dua hari sebelum tarikh berlangsungnya twtup ini.. dengan rasa bangganya sudah pasti aku sanggup apply cuti dari boss untuk menghadiri majlis yang pada mulanya ku anggap agak formal tapi rupanya amat santai dan memberi keselesaan pada semua yang hadir..Awal-awal lagi dah sampai kat KDN dengan perasaan yang agak gementar.. i tak kenal sapa2 okay.. so buat muka selamba meredah ke KDN. Surprise sangat bila sampai kat kaunter security di tingkat bawah bila tengok list nama jemputan, wahhhh nama aku atas sekali.. wow! terpegun sekejap.. hahaha.. poyokan aku ni :p Kita orang dijemput naik ke Aras 12 Pejabat Menteri.. Sampai disana barulah aku kenal rakan-rakan yang lain lebih kurang 25 orang jemputan kalau tak silap and perempuan lebih kurang 4 ke 5 orang gitu. Sebelum dapat berjumpa dengan DS kami dihidangkan dengan minum petang dan dibawa untuk melawat sekitar pejabat DS..

Dibilik Gerakan KDN.. see! my name!!!! yeahh nampakkan betapa rajinnya aku dan twitter haha

Pertemuan kami bermula kira-kira jam 4.30 petang setelah menunggu DS menyelesaikan mesyuarat bersama pegawai tertinggi KDN yang lain.. Petang Jumaat itu amat berharga buat kami semua apabila DS sudi memperkenalkan kami dengan para pegawai tinggi kementerian.. Selepas itu dengan cerianya DS menjemput kami untuk bersama-sama berbual dan bertukar-tukar pandangan di pejabat beliau.. Pelbagai isu diutarakan dan disuarakan oleh rakan-rakan ketika ini.. And aku sekali lagi bagai tak percaya berpeluang duduk disebelah DS sepanjang sesi ini berlangsung.. wow!!! memang gabra pada mulanya.. tapi kemudiannya cool coz DS amat-amat sporting.. gelak tawa yang menyenangkan hati semua.. dan bermakna sekali DS sudi berkongsi momen-momen indah sepanjang beliau menjadi ahli politik.. dan juga kesempatan dalam menyuarakan persoalan akan senario politik masakini..

bersama pegawai-pegawai tinggi KDN

DS sedang menerangkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada new MYkad

okay ini korang pasti jeleskan! haaa sportingkan! so i dah merasa sket feel as a minister! yeahh boleh ganti tempat DS pasnih hahahah verangan lagik nyonya nih!

antara yang hadir pada sesi santai di petang jumaat yang mulia :)

DS tekun mendengar luahan hati dari rakan-rakan twitternya

Wong Choong Hann - jaguh badminton negara pun turut serta :)

Secara keseluruhan bagi aku sesi bual bicara seperti ini amat bermakna dan memberi impak kepada setiap yang hadir dan memberi lebih gambaran akan pandangan dari pihak kerajaan tentang sesuatu perkara yang berlaku. Ianya juga mampu mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin agar apa saja masalah dapat diluahkan dengan lebih telus. Secara positifnya medium seperti Twitter amat berguna jika diaplikasikan sebaik mungkin oleh semua pemimpin. Sekali lagi aku amat bersyukur dipilih untuk bersama-sama mereka yang lain di majlis ini.. Terima Kasih Datuk Seri Hishammuddin.. Boss memang terbaik!

p/s: i paling x lupa bila DS first nampak muka i terus ditanya... "aik ni nyonyacyber kat mana nyonyanya? takder ruper nyonya pun" thanks DS coz remember my face yang mcm bulan bulatnya hehehe

Monday, April 9, 2012

::Singapore Trip 2012:: Part 2

sorry.. macam biasa lambat betul menyambung cerita.. bz sangat2 dgn kerja..actually byk citer yg nak dikongsikan dgn korang semua.. tp masa amat2 x mengizinkan.. so sebelum nak citer kisah2 lain.. meh nak abihkan dulu citer percutian singkat ke Singapore yang belum abih citer lagi tu.. hehehe

second day kat kota singa.. kami habis kan seharian di Universal Studio Singapore... amatlah suka anak2.. mama n ayah pun suka sebenarnya.. haha enjoy abih.. awal2 pagi lagi dah sampai ke USS.. dari Geylang kita org naik van yg disediakan oleh pihak hotel.. so sampai jer USS.. sempat la bergambar di pintu masuk dulu.. siap bergambar baru beratur menunggu time dibuka.. then baru lah serbu!!! so layan lah gambar-gambar sepanjang di sana okay!

tempat wajib bergambar! :p

jom beratur dulu! pintu USS belum dibuka :)






seharian dalam USS memang sangat enjoy! uolls yang belum sampai lagi ke USS jangan risau.. kat dalam ni ada beberapa kedai makan HALAL dan juga disediakan Surau untuk kemudahan pengunjung beragama Islam.. rasanya sangatlah sedap sebab harganya juga lumayan! hahaha.. so enjoy your food to the max!!

then malamnya kita orang lepak layan Song of the Sea pulak kat tepi pantai.. sangat mengasyikkan!


the next day sekadar rehat2 di hotel sebelum bertolak pulang ke KL semula.. short trip kan! :)

Thursday, March 8, 2012

::Singapore Trip 2012:: Part 1

uolls dah baca kisah2 trip2 yang lepas kan.. semua trip tu aku single jer.. mesti korang cakap aku ni kejam kan.. holiday tak bawa kids.. hahahha actually tempat2 jauh tu tak sesuai nak bawa kids laa.. lagipun tu semua trip backpackers.. mana la tahan lasak budak2 nak ikut serta.. so.. untuk tidak menampakkan ketamakkan aku berpoya2 seorang diri hahaha now meh nak kisahkan trip beramai2 pula bersama kids and also my lovely hubby...

actually trip ni tak d rancang pun.. tiba2 jer rasa mcm nak bawa budak2 merasa nikmat holiday luar dari Malaysia la kan.. hehehe so paling dekat Singapore la tempatnya.. semangat bukan main lagi anak2ku bila dgr kita orang (me & hubby) nak bawa dia orang jenjalan ke Singapore.. especially Universal Studios la... disebabkan dia orang tak pernah lagi travel keluar.. so terpaksa la bawa dia orang buat passport dulu... cabaran nih tau buat passport pun.. first2 hari mula2 nak pergi tu.. kena la ambil gambar dulu kan.. dah cabaran bermula.. si nabil (anak bongsuku) menangis2 tak nak diambil gambarnya.. pemalu ya amat hero aku sorang ni.. puas memujuk.. akhirnya dapat jugaklah gambar kesan lepas nangis hahaha.. then terpaksa pula ke JPN disebabkan nina (anakku yg ke 3) punya surat beranak plak hilang.. tak tau mana missing sedangkan yang lain2 ada jer.. so tak nak buang masa kita orang terus la ke Jabatan Pendaftaran buat salinan baru.. nasib baiklah JPN buka di hari minggu kan.. then after siap surat beranak terus la terjah nak buat passport.. alamak ramainya orang.. dulu time aku buat passport tak der la ramai cenggini.. aduhaiii.. lemah semangat den ni tau.. so tak dapat la buat.. kena la datang semula the next daynya.. tenkiu la imigresen sebab on Sunday pun korang bekerja.. so awal2 pagi minggu lagi dah terpacak kita orang kat pusat passport imigresen Presint Diplomatik di Putrajaya.. seawal 7.30 pagi datang pun aku dapat no giliran yang ke 52.. hahah hebatkan ramai manusia.. maju sungguh Malaysia sekarang.. rakyat maju jaya dapat keluar negara ramai2.. hehehe so selesai buat passport jam dah tengahari.. so passport tak dpt collect pd hari yang sama.. nampak gayanya esok hari terpaksa datang lagi sekali.. kan ker mencabar tuh.. 3 hari berturut2 aku kena layan jalan kat Putrajaya hehehe.. tp apa2 pun alhamdulillah siap juga passport pada hari dijanjikan.. :)


so dah siap passport semua.. hotel dah booking.. tiket flight pun dah beli.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.. yahooo kita terbang lagi beramai2.. penerbangan seawal 7.30 pagi.. so mcm biasa.. kami park kereta di airport saja.. sebab short trip pun..tak berbaloi nak naik cab.. memang selalu kalau fly kita org akan park jer situ.. sama jer kos parking dgn kos naik cab.. so tak yah nak susah2 nak cari cab pagi2 hari kan.. naik jer flight nabil macam biasa la.. mama nak makan.. hahah aku dah tau.. budak kecil sorang ni memang favourite dia bila dlm flight adalah pizza n spaghetti.. tspi flight dari KL ke Changi kan ker dekat.. haha mana la sempat nak makan.. belum sempat ambil order dah nak landing kot... heheh terpaksa la pujuk dia... nanti kita landing baru makan okay.. so masam jugak lah muka hero kecil aku tu... hehe tapi this time lupa plak nak snap picture kat dlm flight..

landing jer kat terminal 1 Changi Airport dah lebih kurang pukul 8.30 pagi.. awalkan..yeahh morning Singapore!!! kami di jemput teman baik dari temasik.. mesti ada antara korang yang kenal dia kan.. ermm my big bro.. Khalid Mobin.. guitarist handal Rusty Blade.. awal2 lagi aku dah paksa Alid jemput kat airport hehehe thanks Alid sudi jemput kita orang ya..


dari airport kami terus ke Geylang dgn menaiki MRT.. sementara nak tunggu check in kat Hotel 81 Tristar kami lepas breakfast di restoran berhampiran.. chit chat dgn big bro .. sambil layan anak2 makan..



so dah tiba time check in hotel.. and my sis dari Langkawi pun dah sampai.. kami pun mulakan penerokaan di kota Singa.. port mula2 kami terjah adalah Orchard Road..




dah puas jenjalan di Orchard Road.. kami meneruskan langkah ke area Merlion dan juga Marina Bay..




then kami terus berjalan menuju ke Singapore Flyer!





bila dah ptg.. kaki pun dah letih jalan.. back to hotel.. rest and makan2 malam.. then mlm nya kami merayap sekitar town sebelum melelapkan mata .. so esok punya cerita kita sambung next entry ok! stay tune!!!!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget