Thursday, November 14, 2013

UPSR oh UPSR..

salam untuk semua.. hari ini ramai mak ayah yang berdebar-debar kan menanti keputusan UPSR anak masing-masing.. Aku pun sama.. gabra jugak..tapi sebab ni pengalaman kedua.. so tahap gabra tu agak kurang sket.. hehehe aku pasrah jer.. setelah berusaha.. kita serahkan selanjutnya pada Allah SWT.. yang pasti apa jua keputusan kita terima jer dengan rela.. jangan nak marah-marah anak pulak.. gagal dapat A bukan gagal dalam hidup.. ingat tu.. panjang lagi jalan di hadapan.. fokus untuk pendidikan menengah pula nanti.. insyaallah..

Okay, untuk mak ayah yang takut nak ke sekolah boleh la buat semakan keputusan secara online dan jga secara sms.. kurang sket gabra kan hehehe... Caranya seperti di bawah ini:

Semakan SMS : Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh UPSR AB001A031 hantar ke 15888


Semakan secara online boleh ikut langkah seperti dibawah:

1. Masuk ke laman web SAPS (www.saps.moe.gov.my)
2. Klik butang semakan ibu bapa (warna hijau) seperti dalam gambar di bawah:


3. Setelah butang semakan ibubapa di klik, akan tertera seperti gambar dibawah:


Selamat mencuba! hehe kalau tak dpt masuk web tu tak dapat la ku nak tolong heheh mungkin talian sesak sebab ramai mak ayah yang pasti akan mencuba.. insyaallah harap-harap boleh la membantu serba sedikit. Sama-sama kita doakan kejayaan buat anak kita di dunia dan juga di akhirat.. Insyaallah..


Monday, November 11, 2013

AMALAN YG BAIK PADA 10 MUHARAM..


1. Puasa, 'Sahaja aku puasa sunat asyura kerana Allah'-Kelebihannya akan diberi ganjaran seribu haji,seribu umrah,seribu org mati shahid dan selamat dari api neraka..
2. Mandi sunat pagi hari Asyura - fadilatnya insya Allah dia tak akan sakit yg berat/serius pada tahun tersebut.
3. Menahan marah - kelebihannya Allah akan memasukkan dia dalam golongan org yg redho.
4. Melapangkan masa dan meyediakan makanan atau seumpamanya bagi mengembirakan keluarga - kelebihannya Allah akan lapangkan kehidupannya...

5. Bersedekah - fadilatnya Allah jamin ke syurga
6. memakai celak fadilatnya Insya Allah matanya tak sakit pada tahun tersebut.

7. Menyapu dan mengusap kepala anak yatim dgn memberi bantuan yg sewajarnya. fadilatnya 1 helai rambut 1 pohon dalam syurga
8. memuliakan org miskin - fadilatnya luas kuburnya
9. Membaca surah Al Ikhlas 1000 kali...Allah pandang dgn pandangan rahmat
10. Menjamu org berbuka puasa - fadilatnya seolah mengenyangkan ummat Muhammad saw.


dipetik dari laman FB Ustaz Dato' Hj. Mohd. Najmuddin Elias Al Hafiz
https://www.facebook.com/NajmuddinElias
Muharram 1435
November 2013

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget