Thursday, May 2, 2013

Apa BN sudah laksanakan dalam tempoh 5 tahun ini?


Apa BN sudah laksanakan dalam tempoh 5 tahun ini?

Kita terlalu sibuk mencari berpuluh keburukan orang lain sampaikan kita tidak sedar beribu kebaikan yang orang lakukan, sedang kita nikmati sekarang.

Jika tiada orang yang senaraikan kebaikan itu, biarlah aku sendiri senaraikan satu persatu. Bagi aku pemimpin BN tidak perlu berkempen untuk mengungkit apa yang mereka telah lakukan selama ini. Rakyat sendiri harus peka apa peluang yang disediakan untuk mereka selama ini.

Untung dan rugi adalah perkara biasa yang perlu dihadapi oleh sesebuah syarikat yang berjaya dan teguh pada akhirnya, begitu juga apa yang berlaku pada negara Malaysia. 

Desas desus yang mengatakan negara ketika ini mempunyai jumlah hutang yang agak kritikal yang membolehkan negara bankrup, namun hakikatnya ekonomi Malaysia diakui antara yang 2 yang terbaik di Asia ketika ini selain China.


Mari kita lihat apa yang BN telah buat pada 5 tahun ini. Ingat 5 tahun sahaja, bukan 55 tahun!


Menangani Kos Sara Hidup
§    Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan.
§    Membelanjakan RM586 juta dalam tempoh dua tahun terakhir untuk Skim Penyeragaman Harga bagi memastikan harga barang asas di Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Semenanjung.
§    Membuka 85 KR1M di seluruh negara.
§    Membuka 4 jelapang padi baharu dengan gabungan keluasan 19,000 hektar.
§    Membelanjakan RM134.8 bilion sejak 2010 bagi perbagai subsidi seperti beras, tepung, gula, bahan api dan bahan tenaga serta bantuan pendidikan dan kebajikan sosial.
§    Memperuntukkan RM150 juta untuk mewujudkan 100 buah Pusat Internet 1Malaysia dalam bandar untuk manafaat golongan miskin bandar.
§    Melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan.
§    Memperkenalkan geran pelancaran RM10,000 dan pengecualian cukai untuk penubuhan pusat jagaan harian dan pendidikan awal kanak-kanak.
§    Pinjaman RM5,000 kepada isi rumah dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan untuk membeli Amanah Saham 1Malaysia yang memberi manafaat kepada 100,000 isi rumah (SARA).
§    Peluang pelaburan saham amanah untuk rakyat Malaysia bagi menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan (Amanah Saham 1 Malaysia)
§    Skim insuran perlindungan kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara (TR1MA)
§    Subsidi tayar bernilai RM34.84 juta untuk manfaat 67,000 pemandu teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang seluruh negara (TR1MA).
§    Kedai Kain 1Malaysia diwujudkan untuk membantu rakyat luar bandar dan golongan kurang berkemampuan untuk membeli kain dan pakaian yang berkualiti tetapi dengan harga murah.
§    Mewujudkan kad istimewa khusus untuk lebih 241,000 anggota tentera dan polis bagi meringankan beban kewangan yang melayak mereka mendapat potongan sebanyak 25% untuk produk dan tempat yang terpilih (Kad Keistimewaan 1Malaysia)
§    Skim Insuran Murid Sekolah 1Malaysia merupakan perlindunagn insuran murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.
§    Pakej Menu Rakyat 1Malaysia menyediakan menu pada harga yang berpatutan dengan maksimum RM2 untuk sarapan, RM4 untuk makan tengah hari di lebih 1,314 kedai makan di seluruh negara.
§    Pemansuhan yuran persekolahan RM24.50 dan RM33.50 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
§    Diskaun 50% Komuter KTMB 1Malaysia untuk pengguna yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.
§    Pengurangan cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan kurang daripada RM2500-RM50,000.
§    Diskaun PTPTN
§    Pengeluaran KWSP dari akaun caruman 2 untuk ibadah haji
§    Pengurangan Caj Pasport antarabangsa sebanyak 50% untuk 5 tahun.
§    Kenaikan pencen pesara minimum daripada 720 kepada 820 yang melibatkan seramai 50,371 pesara.
§    Elaun sara hidup RM200 untuk manafaat 55 ribu nelayan berdaftar dan juga skim perlindungan insuran nelayan.

Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
§    Membuka 3 Anjung Singgah yang menyediakan perlindungan sementara, makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan gelandangan.
§    Membuka 6 lagi Anjung Singgah di kawasan bandar.
§    Menambah peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia kepada RM40 juta pada 2013.
§    Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memastikan kelancaran perkhidmatan awam dan swasta di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh.
§    Membuka 6 lagi UTC di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
§    Melaksanakan Skim Insurance Berkelompok penjaja dan peniaga kecil.

Menyediakan Rumah Mampu Milik
§   Komited membina 23,000 pangsapuri kos rendah dan sederhana, Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu milik pada 2013.
§   Memperuntukan RM543 juta untuk 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah.
§   Memulihkan 126 projek rumah terbengkalai melibatkan 30,000 unit.
§   Menyediakan RM307 juta pada 2012-2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai.
§   Menyediakan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada 2013.
§   Memberi pengecualian duti setem sebanyak 50% bagi pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM400,000.

Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
§   Memperuntukkan RM66.1 bilion untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dari 2010-2013.
§   Komited untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan dan membuka 70 buah lagi klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 buah klinik itu pada akhir 2012.
§   Menyediakan kemudahan ujian urin dan kolesterol di Klinik  1Malaysia.
§   Memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan di seluruh negara.
§   Memperkenalkan program tukar jarum dan penggantian methadone bagi mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005.
§   Bekalan Vitamin C bernilai lebih RM20 juta untuk pengukuhan sistem imunisasi dan pencegahan jangkitan penyakit 560,000 murid sekolah rendah (Program Vitamin 1Malaysia).
§   Peruntukan RM4 juta untuk lebih 3 juta kanak-kanak di lebih 7,600 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara untuk kesihatan dan perkembangan minda kanak-kanak (Program Susu 1Malaysia)
§   Klinik bergerak 1Malaysia memberi kemudahan rawatan percuma kepada penduduk di pedalaman yang belum mendapat kemudahan kesihatan sepenuhnya hasil dari inisiatif perkongsian antara Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Kementerian Kesihatan.

Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
§   Memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
§   Melaksanakan projek MRT yang akan diintergrasikan dengan LRT, Komuter, Monorel dan rangkaian bas bandar.
§   Mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan.
§   Menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan bank SME.
§   Menambah 478 bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan 6 laluan Transit Bas Ekspress Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam.
§   Subsidi tayar bernilai RM34.84 juta untuk manfaat 67,000 pemandu teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang seluruh negara (TR1MA).

Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia Dan Transformasi Luar Bandar
§   memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras.
§   Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemunting di Lebuh Raya Kesas.
§   Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.
§   Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar.
§   Komited untuk membina 441km jalan raya menghubungkan kampung dan kawasan luar bandar pada 2013 untuk faedah 220,000 penduduk kampung.
§   Memperluaskan bekalan air kepada 24,000 rumah dan bekalan elektrik kepada 19,000 rumah pada 2013.
§   Memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar bagi memastikan penekanan sama rata diberikan untuk pembangunan kawasan luar bandar.
§   Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan perkhidmatan perniagaan bersepadu.

Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
§   Menubuhkan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion untuk menggiatkan dana aktiviti penyumberan luar dan pengambilalihan teknologi oleh syarikat Malaysia.
§   Menyediakan kemudahan pinjaman kepada penjaja kecil dengan pinjaman sehingga RM25,000 untuklicensees dan RM500,000 kepada licensors.
§   Mewujudkan tabung untuk SME menerusi dana RM1 bilion yang diuruskan oleh Bank SME.
§   Menubuhkan TERAJU sebagai unit setempat untuk melaksanakan dan memantau agenda Bumiputera.
§   Memperkenalkan dasar bersaing sesama sendiri dan berasaskan merit untuk semua projek melebihi RM500 juta bagi syarikat Bumiputera.
§   Menyediakan RM2 bilion dari 2008-203 kepada TEKUN untuk usahawan kecil, termasuk peruntukan khusus RM50 juta kepada komuniti India pada 2013 sahaja.
§   Menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan kemudahan kredit mikro sehingga RM8 bilion terutama untuk usahawan kecil wanita.
§   Menyemak semula Akta Bankrap bagi memberi peluang kedua kepada golongan yang diisytiharkan bankrap dan mereka yang disenaraihitam.
§   Menyediakan dana tambahan RM600 juta pada 2013 untuk pembangunan komuniti perniagaan Bumiputera.
§   Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang bertujuan memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dengan persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
§   Memperuntukkan RM2 bilion dari 2012-2013 untuk menaik taraf dan memperbaiki semua sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Mubaligh.
§   Menyediakan RM500 juta pada 2013 untuk mempertingkatkan latihan guru dan memperkenalkan laluan segera kenaikan pangkat guru berasaskan prestasi.
§   Melonjakkan bilangan guru Bahasa Inggeris kepada 70,000 orang dengan 14,000 orang guru dilatih untuk tahun 2013 sahaja.
§   Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran dengan menyediakan lebih ramai pembantu pentadbiran di semua sekolah untuk mengurangkan beban guru.
§   Memulakan projek perintis prasekolah khas untuk golongan yang mengalami ketakupayaan belajar.
§   Menyediakan RM3.7 bilion untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan kemahiran vokasional.
§   Memperuntukkan RM1.7 bilion untuk menaik taraf kemudahan  di Pusat Latihan Industri dan Institut Kemahiran Belia Negara dari 2010-2013.
§   Mewujudkan Pelan Induk Pekerjaan Graduan dan Pasukan Petugas Khas Kebolehpasaran Graduan bagi membantu mereka mencari pekerjaan.
§   Memperuntukkan RM2.6 bilion kepada geran per kapita, Program Bantuan Makanan Asrama, Program Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan kewangan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
§   Kerjasama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan terbuka untuk graduan yang mencapai minimum CGPA 2.5 (SL1M)
§   Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di universiti.
§   Tuisyen Rakyat 1Malaysia ialah inisiatif Yayasan Guru Malaysia (YGMB) khusus untuk membantu pelajar dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.
§   Komputer riba 1Malaysia untuk setiap lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah bagi mempertingkatkan akses penggunaan internet dan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia.
§   Kedai Buku 1Malaysia diwujudkan untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah mendapat bahan bacaan yang berkualiti dengan harga yang murah.

Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
§   Mengisytiharkan Zon Selamat Timur Sabah membabitkan 10 daerah dan menempatkan 5 batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di Samping membina balai polis tambahan.
§   Mengaktifkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu.
§   Menghapuskan ISA, Perintah Kediaman Terhad dan 3 Ordinan Darurat, dan menggantikannya dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
§   Menggubal Akta Perhimpunan Aman dan Akta Rela yang baharu.
§   Menyediakan RM6 juta untuk menambah anggota polis dan memasang kamera CCTV di 25 kawasan pihak berkuasa.
§   Menambah polis bantuan sukarela dari segi jumlah, kemahiran, latihan dan profesionalisme.
§   Memulakan kerjasama strategik dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk meletakkan lebih banyak anggota keselamatan membuat rondaan.
§   Memperkenalkan sistem biometrik untuk warga asing di semua laluan masuk negara.
§   Melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan kekuatan 1,000 buah motosikal.
§   Pemasangan lampu jalan yang lebih baik, cermin keselamatan dan rel penghadang untuk keselamatan orang awam di lebih banyak tempat dan kawasan seluruh negara untuk keselamatan rakyat yang lebih terjamin (Program Bandar Selamat 1Malaysia)
§   Menambah bilangan Pasukan Sukarelawan Polis (RELA) seramai 10,000 orang dengan peruntukan RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.

Memperkasa Penyertaan Wanita
§   Meluluskan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja.
§   Meluluskan garis panduan tentang gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam.
§   Menambah jumlah cuti bersalin untuk wanita dalam sektor awam kepada 90 hari.
§   Melaksanakan dasar bagi memastikan penyertaan wanita dalam pembuatan keputusan korporat dengan menggalakkan perlantikan wanita sehingga 30 peratus daripada jawatan-jawatan tertinggi korporat.
§   Mengumumkan sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC.
§   Memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada ibu-ibu tunggal.
§   Mewujudkan program Get Malaysian Business Online (GMBO) dengan peruntukan RM50 juta untuk membantu usahawan wanita meningkatkan produk-produk mereka secara online.
§   Menyediakan pemeriksaan percuma mamogram untuk wanita dan imunisasi HPV kepada remaja perempuan.

Memenuhi Aspirasi Belia
§   Menubuhkan Yayasan Usahawan Baharu (NEF) untuk inisiatid ICT dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
§   Mewujudkan Tabung Tindakan Strategik Untuk Golongan Muda (SAY 1Malaysia) sebanyak RM200 juta bagi menyediakan latihan kemahiran kepada belia yang terpinggir daripada arus pembangunan perdana.
§   Memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk menyediakan bakal-bakal ahli sukan lelaki dan wanita bertanding dalam sukan di peringkat antarabangsa.
§   Memperkenalkan Tabung Modal MyCreative sebanyak RM200 juta untuk tujuan menghimpunkan idea dan inovasi baharu daripada belia.
§   Mewujudkan Tabung Modal Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M) sebanyak RM130 juta di bawah 1M4U bagi menyokong aktiviti kesukarelawan dalam kalangan golongan muda.
§   Bantuan Lesen 1Malaysia diilhamkan untuk membantu golongan muda memiliki lesen motosikal yang sah disamping memupuk kesedaran undang-undang jalanraya.
§   Dana Belia 1Malaysia diwujudkan untuk menyediakan dana khas bagi membantu golongan belia untuk meyerlahkan bakat dalam pelbagai bidang.

Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
§   Melancarkan KAR1SMA yang mendapat peruntukan RM3.67 bilion pada tahun 2010-2013 untuk menyediakan bantuan kepada golongan tua, kanak-kanak dan pekerja kurang upaya selain mereka yang mengidap penyakit kronik.
§   Meningkatkan bantuan Jaringan Keselamatan Sosial bulanan daripada RM80 hingga RM300.
§   Memperkenalkan 1AZAM dengan  tabung permulaan RM400 juta bagi menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan.
§   Menghadiahkan pembayaran sekali sahaja sebanyak RM1,000 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia.
§   Memperuntukkan RM138 juta untuk menyediakan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada orang Asli pada 2013.

Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama
§   Memperoleh pengiktirafan global berhubung keharmonian agama di negara kita.
§   Mengiktiraf perayaan keagamaan sebagai acara negara dan cuti umum.
§   Menjadikan Tabung Haji sebagai model badan pengurusan haji yang paling cekap.
§   Memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai model negara membangun dan penyumbang idea-idea kepada negara-negara Islam yang lain.
§   Mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin dunia dalam pasaran modal dan kewangan Islam, pendidikan Islam dan sebagai hab halal antarabangsa.
§   Menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai badan keagamaan untuk pembinaan rumah ibadat.
§   Memperkenalkan perbincangan antara agama untuk terus memupuk keharmonian.
§   Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vatican.

Memerangi Gejala Rasuah
§   Mewujudkan aku janji dengan komuniti perniagaan untuk menyemai sikap antirasuah.
§   Melaksanakan aku janji intergriti yang ditandatangani calon-calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum.
§   Menambah peruntukan kepada SPRM untuk membesarkan keanggotaan dan aktiviti.
§   Menubuhkan 14 buah mahkamah khas rasuah di seluruh pelosok negara.
§   Mengetatkan langkah-langkah perolehan Kerajaan bagi mengurangkan perlakuan rasuah.
§   SPRM perlu berjawab kepada sebuah Jawatankuasa Bebas Parlimen.

Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
§   Memperkenal dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu lain yang berjumlah RM2 bilion.
§   Menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dengan jadual gaji berkuatkuasa 1 Januari 2013.
§   Menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi.
§   Komited untuk menyediakan satu tambahan kenaikan gaji berdasarkan kadar gred semasa kenaikan tahunan mengikut gred yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.
§   Memperkenalkan Skim Perlindungan Insuran Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta.
§   Menyediakan pinjaman perumahan tahunan sehingga RM6 bilion untuk kakitangan kerajaan.
§   Melaksanakan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Gerakan Kesederhanaan Global
§   Mendapat pengiktirafan dan perakuan daripada ASEM, CHOGM dan ASEAN untuk Gerakan Kesederhanaan Global.
§   Membuktikan komitmen kita kepada perjuangan Palestin melalui program-program kemanusiaan kita.
§   Menjadi orang tengah dalam menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
§   Membantu Kerajaan Thailand dalam menstabilkan keselamatan dan membaiki pembangunan sosioekonomi melalui kerjasama biteral.
§   Menubuhkan Universiti Xiamen China dan melancarkan Taman Perindutrian Malaysia-China di Kuantan
§   Menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) dengan India melibatkan dagangan keseluruhan berjumlah AS$15 bilion.

Memulihara Sumber Semula Jadi
§   Memperkenalkan projek Sungai Nadi Kehidupan melibatkan peruntukan RM500 juta untuk mentransformasikan Sungai Klang dan persekitarannya menjadi kawasan yang ceria, hidup dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
§   Menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui secara efisien.
§   Mewujudkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM3.5 bilion untuk mnyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran dan penggunaan produk-produk berasaskan teknologi hijau.
§   Menggubal Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 sebagai komitment secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau sehingga 40% intensiti karbon menjelang 2020.

Semua senarai di atas telah pun dilaksanakan sejak 5 tahun yang lepas, jika ingin senarai yang telah dilaksanakan sejak 55 tahun, semestinya berjela panjangnya! Masih banyak lagi yang tidak tersenarai tapi cukuplah dengan apa yang dinyatakan di atas.

SELAMAT MENGUNDI.


kredit to my bro Hisyam Hussain


keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget