Monday, January 16, 2012

::Espana Trip 2011:: Part 6 : Lisbon

sorry ya agak lama terperam tak update blog.. sangat2 bz sekarang.. tiada peluang untuk mencelah.. so hari ni sempat sekejap menjengah ke sini.. macam biasa kusambung kembali kisah-kisah perjalananku..

Kami berlepas dari Madrid sekitar jam 8.10 malam dan tiba di Lisbon,Portugal jam 8.30 malam.. jarak perjalanan agak dekat dan perbezaan waktu satu jam antara Portugal dan Spain.. Sampai di Aeroporto de Lisboa kami terus ambil bas ke bandar Lisbon.. jaraknya lebih kurang 10km tetapi makan masa setengah jam perjalanan menaiki bas henti-henti.. selepas dah check in hostel macam biasa mencari makanan untuk diisi perut yang dah kelaparan.. maklumlah sempat makan roti jer kat airport madrid sebelum tu kan.. so malam tu makan agak mewah.. seafood dan sedikit nasi ala2 portugis..so kenyang sangat perut malam tu.. oh yaa.. Lisbon agak sejuk pada malam hari disebabkan hujan yang agak lebat.. tak banyak aktiviti dapat dilakukan dan agak terbatas.. kami hanya berjalan-jalan disekitar kawasan hostel yang betul-betul terletak di tengah bandar Lisbon.

setiba di Aeroporto de Lisboa

mencari-cari dimana letaknya Goodnight Hostel..

meriah makan besar yer! kenyang perut senang hati!

Keesokan harinya sebelum kami mula meneroka bandar Lisbon, sempat breakfast di hostel sekenyang2nya :) macam biasa roti dan tuna yang dibawa dari Kuala Lumpur sebagai bekalan :)bila dah kenyang barulah best nak meneroka apa ada di Lisbon! Walaupun hujan turun sejak malam kami tiba disini, tapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus menjelajah bumi Portugis ini yang terkenal dengan pedagang dan pelayar-pelayarnya..so korang mesti ingat sejarah Portugis di Melaka kan.. mesti ingat Alfonso de Albuquerque. Nanti aku tunjuk korang gambarnya yang hensem ya :) so layan dulu gambar disekitar town ini ya!


Tempat pertama kami singgah adalah Afonso de Albuquerque Square. Afonso d'Albuquerque adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.Inilah rupanya monumen yang dibina bg mengingati Laksamana Afonso de Albuquerque.


kemudian kami melawat pula 25 de April Bridge


25 de April Bridge, adalah jambatan gantung yang menghubungkan bandar Lisbon, ibu kota Portugal dan bandar Almada di tebing kiri (selatan) Sungai Tejo. Disebabkan warna yang serupa, ia sering dibandingkan dengan Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat. Malah, ia dibina oleh syarikat yang sama yang membina Oakland Bay Bridge di San Francisco yang juga mempunyai rekabentuk yang sama iaitu American Bridge Company. Dengan panjang 2.277 m, ia adalah jambatan gantung yang ke-21 terbesar di dunia. Platform atas membawa enam lorong kereta, dan platform yang lebih rendah membawa dua trek kereta api. Sehingga tahun 1974, jambatan itu dinamakan Salazar Bridge (Ponte Salazar).

Dari jambatan gantung 25 de April Bridge ini kami menyusuri tepi tebing dan pelabuhannya hingga ke Monument to the Discoveries... berjalan di tepi pelabuhannya yang sangat nyaman.,. angin yang agak kuat ditambah dengan hujan renyai-renyai cukup untuk membuatkan aku kesejukan...


dari monumen ini kami terus berjalan ke muzium yang terletak bersebelahan tempatnya.. muzium marina portugal..di sini terdapat pelbagai bahan sejarah pelayaran dan perdagangan portugis.. disini juga terdapat patung-patung pelayar portugis seperti Afonso dan juga Vasco Da Gama..


dah abih memusing separuh hari di lisbon.. kami naik train menuju ke stadium sporting lisbon..


kemudian kami bergegas ke Hard Rock Cafe pula.. mcm biasa... souvenir harus dibeli yeayyy!!!


okay complete satu hari tour Lisbon.. terkejar2 dari satu tempat ke satu tempat.. dengan cuaca yang hujan panas sepanjang hari.. itu saja yang dapat kami teroka.. bergegas ke airport semula kerana flight ke Geneva berlepas jam 7.35mlm.. so.. c u next chapter okay!!! :)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki