Thursday, March 12, 2015

Almond Crunchy Caramel


Lama tak mengupdate blog ni. entah ada ke tidak lagi orang membaca yer.. terima kasih pada mereka-mereka yang masih sudi membaca.. okay.. kali ni nak citer pasal Almond Crunchy Caramel.. Ada yg tak pernah dengar ker? ehh mestilah semua orang tahu kan.. cookies yang rangup krup krap krup krap kalau dikunyah kan... Anak2 aku kalau dapat Almond Crunchy Caramel ni memang boleh buat gaduh.. berebut masing-masing nak bawa g sekolah.. padahal maknya hari2 buat cookies ni.. tak jemu2 nak mengunyah..


Sebenarnya sapa yang kenal aku memang tahu, sejak tahun lepas aku memang aktif menjual Almond Crunchy Caramel ni.. mula-mula saja cuba menjual.. nak cari duit poket nak buat bekal raya tahun lepas.. tapi alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan.. sampai ada yang terpaksa aku tolak tempahan pada yang order di saat-saat akhir.. tak cukup tangan nak buat.. almaklumlah aku pakai pun oven kecik jer kat rumah hehe.. tapi memang sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan..


Antara yang pelanggan yang sering mengorder berulang kali walau pun bukan musim raya ni adalah Paknil dan juga tailor terkenal di Kajang saudara Dzulldeclassique.. memang ohsem dua selebriti ni.. terima kasih sangat pada dua nama besar ni yang banyak membantu melariskan jualan Almond Crunchy Caramel keluaran aku ni... Saudara Dzull sampai ke Tanah Suci dibawanya bekalan Almond ni.. katanya buat makan2 dengan jemaah lain waktu dalam perjalanan.. Alhamdulillah syukur sangat.. Paknil pula siap upload gambar kat instagram dia lagi haa... berduyun-duyun yang msg lepas tengok post dari Paknil tu.. terima kasih Paknil.. jasa baik Paknil amat saya hargai.. insyaallah lepas ni order utk mereka-mereka yang banyak membantu ni kita bagi special sket kannn.. hehehe


Ada juga kawan-kawan lain yang sering order berulang kali.. kalau dah berulang kali order tu maksudnya sedapla kan.. hehe perasan pulak aku weihhh.. terima kasih pada taukeh Kambing dari Putrajaya.. saudara Nordin yang selalu sangat order.. sekali order bukan satu dua bekas.. tp mesti 10 bekas ke atas.. tq cik din ya...




Ada sorang kawan lama aku sekarang tengah sambung belajar di Glasgow.. tak tahan teringin katanya tengok Almond Crunchy Caramel aku tuh.. haha so bagi tak menghampakan Cik Nita.. maka Almond ni pun terbang juga sampai ke sana... dapat la melepas rindu dendam katanya hehehe.. tq nita sayang...


Sejak bulan Ramadhan tahun lepas hinggalah sekarang.. memang tak berhenti2 aku menjual Almond Crunchy Caramel ni.. sentiasa ada permintaan.. Alhamdulillah.. Ada kawan-kawan yang pernah beli kat tempat lain yang komplen.. ehh kenapa Almond kau lebih sedap.. tak manis meleting macam beli kat kedai tu ek..Almond Crunchy ko ni meriah betul kacang2 dan badam nya..melimpah ruah katanya.. lagi satu harga yang kau jual tu balik modal ker? aku tgk kat kedai orang juai RM25 utk 225g jer.. ko jual RM26 utk 300g x termasuk berat balang.. kalau timbang dgn balang dah cecah 400g.. aku senyum jer.. aku ni tak sampai hati sebenarnya kalau jual mahal2.. rasa mcm ishh mahal2 ada ke org nak beli nanti.. hahah so bagi aku asal balik modal dpt upah sket pun dah memadai.. mak dah pesan.. kalau jual barang jangan untung berlipat ganda.. tak elok mcm tu.. insyaallah harga aku ni bertahan selagi harga bahan mentah tak naiklah.. risau sebenarnya takut harga Almond tu naik... sebab last year murah sket.. tahun ni dah naik harganya... tp aku cuba untuk kekalkan harga jualan Almond Crunchy ni selagi dapat tampung harga modal dan upah membuatnya lah kan..


Rasanya tahun ni macam nak buka tempahan untuk jualan borong pula.. kita tengok dulu mcm mana kan.. kalau ada sambutan insyaallah...Pada sesiapa yang nak order boleh terus whatsapp atau sms aku terus.. 0136150900 atau boleh email nyonyacyber@gmail.com untuk sebarang tempahan.. harga hanyalah rm26 per box. Penghantaran sekitar lembah kelang percuma untuk 5 balang ke atas. Penghantaran sekitar Putrajaya & Shah Alam boleh dipertimbangkan sekiranya ada ramai permintaan. Luar KL/Selangor/Putrajaya kita akan post (kos poslaju ditanggung oleh pelanggan).

tq semua!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki