Thursday, May 7, 2015

Suami Aku Ustaz.. Filem wajib tonton!!!!!



Terbitan Karyaseni Production
Penerbit: Dato' Wan Mohd Muzri & Datin Nur Syafira
Penerbit Eksekutif : Wan Mohd. Ariff
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah Bersama : Adi Putra
Pelakon : Adi Putra / Nora Danish / Izzue Islam / Betty Rahmad / Jue Aziz / Liza Abdullah / Razak Ahmad / Kamaliah Mat Dom / Norman Hakim
Adaptasi Novel : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit Novel : Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.

Filem yang bakal menemui penonton pada 14 Mei 2015 ini mengisahkan tentang Alisa seorang pelajar tingkatan 5 yang dipaksa berkahwin dengan sepupu sendiri yang juga merupakan Ustaz di sekolahnya. Konflik hidup Alisa bermula bila ayah dan ibunya membuat keputusan untuk menyatukan Alisa dan Ustaz Hafiz demi memastikan keselamatan anak tunggal kesayangan mereka yang agak lincah sepanjang ketiadaan mereka ke Tanah Suci Mekah. Dalam keterpaksaan Alisa menurut perintah ibu dan bapanya. Sejujurnya bagi pandangan saya watak Alisa yang dilakonkan oleh Nora Danish dan Ustaz Hafiz dilakonkan oleh Adi Putra sangat bersesuaian. Aura Alisa dan Ustaz Hafiz itu ada dalam diri kedua-dua pelakon ini. Watak Johan sebagai teman sekolah yang menaruh hati terhadap Alisa dibawakan oleh Izzue Islam juga tidak mengecewakan. Unsur-unsur sedih, gembira, terpaksa dan juga unsur kelakar diwarnai dalam filem ini. Kehidupan indah pelajar sekolah di kawasan kampung digarap dengan baik sekali. Yang pasti sepanjang dua jam menonton filem ini, pelbagai emosi boleh dirasai. Unsur-unsur kelakar boleh membuatkan penonton ketawa dengan keletah Alisa yang sangat comel dengan aksi budak sekolahnya. Kepada peminat novel dan filem melayu anda semua disarankan untuk menonton filem ini. Jika ditanya pandangan peribadi saya sebagai peminat tegar novel-novel melayu, filem ini sangat menarik walaupun ada sedikit perubahan dalam cerita yang difilemkan ini jika dibandingkan dengan jalan cerita dalam novel. Jom semua bersama-sama menyokong dan menonton filem melayu! Saya bagi lima bintang untuk filem ini! 

Pelakon Utama Nora Danish & Adi Putra
Jom layan lagu tema filem ini :

Cintaku Kernamu
Adi putra dan Betty Rahmad 
Lagu & Lirik: Faiz Alberto
Karyaseni Music Sdn. Bhd.


Ustazku Rajaku
Adi putra dan Zizan Razak
Lagu & Lirik: Faiz Alberto
Karyaseni Music Sdn. Bhd.


 

2 comments:

Delores Hope said...

Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget