Thursday, September 10, 2009

selamat hari raya aidilfitri



salam aidilfitri buat semua.. mesti ada yang gelakkan aku sbb post entry raya awal sgt.. ada lagi 10 hari utk dihabiskan puasa.. hehe tak per.. biar awal dari tak sempat langsung.. sebelum tu selamat berpuasa untuk semua..

sudah lama tidak berbicara disini..pertama disebabkan kesuntukan masa, kedua disebabkan tiada idea, heheh entah la.. sejak dua menjak ni suka baca blog org... then komen sket2.. blog sendiri terbiar sepi.. lupakan dulu ttg hal ini..

so raya nanti apa plan korang? balik kg sudah pasti kan? macam biasa kami sekeluarga akan pulang beraya di kedah.. tahun lepas dikelantan.. so automatik tahun ni di kg laman aku pulak.. heheh adilkan.. cuma sket terkilan sbb tak dpt beraya dua2 kg mcm dulu.. sbb nya tahun ni ekonomi sedikit terganggu gugat.. so kena decide balik satu kg jer laa.. apa nak buat.. kena redha atas semua yg ditakdirkan disamping berusaha mana yang perlu..

persiapan raya mcm biasa.. siapkan anak2 punya dulu.. serba sedikit.. kuih raya pun cam biasa.. order ngan kak wie.. aku mmg tak der bakat utk buat kuih raya.. pernah la sekali dua try dulu.. tp tak menjadi.. abih berkecah satu rumah.. kuih tah apa2 jer jadinya.. hehehe

so stop dulu.. insyaallah nanti kita sambung mencoret lagik.. salam aidilfitri utk semua..

16 comments:

Cik_daya said...

Salam Aidilfitri
semoga lebaran kali nie lebih meriah daripada yang sebelumnya

nyonyacyber said...

cik daya: insyaallah selamat hari raya

nyonyacyber said...
This comment has been removed by the author.
mariaariffbaby said...

salam aidilfitri..

dari kami, ariff+maria+ecah

zeqzeq said...

salam lebaran..raya dah dekat ..

Hazrey said...

Salam Menyambut Kemenangan.

En. Romzi said...

Assalamualaikum...

Mari kita usaha agar blog memalukan wanita Melayu di bawah disekat atau dihentikan sepertimana blog-blog gay dan lucah.

http://my-steam.blogspot.com

Blog ini meletakkan gambar-gambar wanita-wanita Melayu tempatan tanpa kebenaran dan tanpa pengetahuan mereka. Gambar-gambar bertudung, berbaju penuh mereka dimanipulasi dan cuba dikaitkan dengan unsur seks liar iaitu 'fetish' si lelaki.

Pemilik blog cuba berselindung di sebalik tujuan 'dakwah' dan luahan pendapat kononnya. Ini jelas cuma taktik untuk mengelakkan blognya dipersalahkan.

Ia telah mengundang banyak komen yang berunsurkan lucah dan liar. Komen-komen kotor yang menyokong blog tersebut kemungkinan besar datang dari belia lelaki yang tidak senonoh berdasarkan susun ayat mereka.

Cuma baru-baru ini, pemilik blog telah memadam beberapa komen-komen yang teruk. Namun, gambar-gambar wanita Melayu Melayu tersebut masih di situ.

Saya membayangkan bagaimana jika wanita-wanita terbabit menyedari gambar mereka ditayangkan di internet tanpa kebenaran mereka dan kemudian dikaitkan dengan unsur seksual pula. Tentu mereka sangat malu. Suami dan keluarga mereka pasti malu.

Bayangkan jika wanita-wanita tersebut adalah ibu, adik,kakak atau isteri kita. Tiba-tiba sahaja gambar mereka dikeluarkan di internet...kerana 'fetish'..

Usaha sesuatu sebelum anak bini kita yang terkena..

................

-PESANAN MASYARAKAT
-SEBAR-SEBARKAN MESEJ INI KEPADA BLOGGERS YANG LAIN.

nyonyacyber said...

maria: salam aidilfitri buat anda sekeluarga dari kami sekeluarga

zeqzeq: salam lebaran.. baju raya dah siap eh... :) thanks sudi jelajah blog saya..

hazrey: alhamdulillah semoga sempat kita menghabiskan ramadhan ini.. dan insyaallah semoga dipanjangkan usia untuk menikmati ramadhan akan datang...

en romzi: thanks for the info.. mari bersama mencegah kemungkaran..

zeqzeq said...

eerlehh Kedah kelantan dekat jerr..tak sampai seminggu perjalanan..

jika ada idea bila balik kedah tanya org dulu2 80an kisah, orang kedahdatang kelantan>>kedah menuai padi??..boleh syer..asal usul WAN ,NIK??

nyonyacyber said...

zeqzeq: heheh mmg tak jauh... 4 jam jer dari kedah nak melintas ke kelantan.. hehe tp masalah skrg bukan kekangan waktu.. tp kekangan kewangan,.. terpaksa berkorban sket.. hehehe ttg asal usul wan, nik nak kena tanya org lama2 la nampaknya.. :)

zeqzeq said...

ooo..kuih raya ada lagi tak

nyonyacyber said...

zeqzeq: kuih raya ada lagi.. jemputlah kesini.. :)

Shaharuddin Othman. said...

Salam Aidilfitri
semoga sucess selalu
tabah hadapi liku-liku
hidup ini...tempohi hari
mendatang ini dengan penuh
cemerlang..demi masa depan
yang gemilang...

nyonyacyber said...

thanks shaharudin.. salam hari raya utk awak juga..

zeqzeq said...

salam raya 6..hhee

nyonyacyber said...

salam raya juga zeq zeq

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget