Wednesday, February 23, 2011

Al-Fatihah

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 6 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamadtelah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

ALFATIHAH UNTUK ARWAH...

3 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

aku ingatkan sapa yang meninggal ni...ruapnya arwah sudir...al fatihah semoga d tempatkan d kalangan owg yg soleh,...pergi mu tiada ganti :((

nyonyacyber said...

yeap... tiada ganti perginya,..

Danial said...

Alamat rumah kakak Sudirman ialah 16 LORONG Taban 1, bukan JALAN Taban 1. Harap maklum

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget