Tuesday, September 10, 2013

UPSR


hari ni telah bermula peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Anak kedua ku antara calon yang menduduki peperiksaan tersebut. teringat dulu zaman aku sekolah, sekitar 1987 UPSR mula diperkenalkan di 10 buah sekolah terpilih di kedah.. sekolah aku antara sekolah yang dipilih.. maka kami menjadi perintis UPSR, ada pro dan kontranya ketika ini.. kami dikira mangsa percubaan.. ada sesetengah murid sebaya kami telah pun menduduki Penilaian Darjah Lima.. bayangkan bila jadi yang pertama.. serba serbi belum betul-betul mahir. Yang paling aku ingat waktu tu, masing2 teruja nak ngadap UPSR ni.. cikgu dan student sama naik teruja.. Part yang tak best pulak bila nak masuk Form 1, budak2 UPSR ni kena saing dengan budak Penilaian Darjah 5.. sedih tau.. sebab kami mengidam nak masuk MRSM.. tapi bila p exam utk masuk MRSM ni, soalan semua berdasarkan Penilaian Darjah 5, dan malang bagi kami budak2 dari sekolah yang ambil UPSR ni semua gagal untuk masuk ke MRSM.. maka kami semua masuklah sekolah menengah harian biasa dan asrama penuh biasa.. itulah antara pengalaman aku dulu ambil UPSR.

Hari ni aku berdebar-debar sebab anak keduaku akan menghadapinya.. Doaku semoga kak ngan dapat menjawab dengan tenang dan sempurna.. insyaallah tahun depan anak ketiga pulak akan menghadapi UPSR ni, dan aku difahamkan tahun depan merupakan tahun terakhir UPSR digunakan. Kepada semua anak-anak yang menghadapi UPSR, jawablah sebaiknya, keputusan belakang kira.. janji buat yang terbaik. Kepada ibu bapa pula sama-sama kita doakan anak-anak kita dapat menjawab dengan baik. Insyaallah

No comments:

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget