Thursday, November 14, 2013

UPSR oh UPSR..

salam untuk semua.. hari ini ramai mak ayah yang berdebar-debar kan menanti keputusan UPSR anak masing-masing.. Aku pun sama.. gabra jugak..tapi sebab ni pengalaman kedua.. so tahap gabra tu agak kurang sket.. hehehe aku pasrah jer.. setelah berusaha.. kita serahkan selanjutnya pada Allah SWT.. yang pasti apa jua keputusan kita terima jer dengan rela.. jangan nak marah-marah anak pulak.. gagal dapat A bukan gagal dalam hidup.. ingat tu.. panjang lagi jalan di hadapan.. fokus untuk pendidikan menengah pula nanti.. insyaallah..

Okay, untuk mak ayah yang takut nak ke sekolah boleh la buat semakan keputusan secara online dan jga secara sms.. kurang sket gabra kan hehehe... Caranya seperti di bawah ini:

Semakan SMS : Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh UPSR AB001A031 hantar ke 15888


Semakan secara online boleh ikut langkah seperti dibawah:

1. Masuk ke laman web SAPS (www.saps.moe.gov.my)
2. Klik butang semakan ibu bapa (warna hijau) seperti dalam gambar di bawah:


3. Setelah butang semakan ibubapa di klik, akan tertera seperti gambar dibawah:


Selamat mencuba! hehe kalau tak dpt masuk web tu tak dapat la ku nak tolong heheh mungkin talian sesak sebab ramai mak ayah yang pasti akan mencuba.. insyaallah harap-harap boleh la membantu serba sedikit. Sama-sama kita doakan kejayaan buat anak kita di dunia dan juga di akhirat.. Insyaallah..


No comments:

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget