Wednesday, July 30, 2008

tribute untuk sahabatku ALLAHYARHAM MARINI



ALFATIHAH.....

tanggal 19 Julai 2008 tepat jam 5.40 ptg... sahabatku Allahyarham Marini telah menghembuskan nafas yang terakhir di salah sebuah hospital di Johor Bharu.. terkilan kerana aku tak sempat nak menziarahi allahyarham di saat-saat akhir arwah.. aku mula mengenali allahyarham di portal Kedahonline.. tempat yang byk menemukan aku dan kawan2 lain.. hubungan kami bagai kan saudara... akrab sekali sehingga persahabatan di alam cyber berlanjutan ke alam realiti... kali terakhir aku bertemu arwah sewaktu aidilfitri yang lepas.. masih terbayang raut wajah ceria arwah yang langsung tidak menampakkan wajah derita menanggung kesakitan akibat cancer...

pemergian arwah amat dirasakan terutama bagi sahabat2 di portal kedahonline.. kerana arwah merupakan salah seorang user yang paling aktif dan juga generasi awal portal tersebut.

Antara gambar kenangan antara kami.. pada akhir pertemuan di aidilfitri yang lalu...

No comments:

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki