Thursday, October 15, 2009

europe trip part 2








okeh sambung kembali..

hari seterusnya.. dari paris kami menaiki Ryan Air menuju ker Pisa, Italy.. tiba di Pisa lebih kurang jam 8.30 mlm.. indah dan nyaman sekali.. di Pisa, cuacanya tidaklah terlalu sejuk seperti di Paris.. lebih kurang cuaca dia Malaysia.. jadi lebih selesa utk bergerak kerana tak perlu lagi berbaju tebal... sesudah check in di B&B Homestay.. kami keluar utk mencari makan malam.. berjalan kaki menuju ke arah bandar lebih kurang satu kilometer, kami menjumpai sebuah restoran kebab yg halal utk dimakan.. alhamdulillah.. dapat la jugak mengisi perut yang sudah berkeroncong...selepas mengisi perut kami meneruskan perjalanan disepanjang persisir sungai yang suasananya agak sunyi dan sesekali agak menakutkan.. mmg sepi jalan menuju ke bandar.. tak seperti di Malaysia yang masih meriah diwaktu2 begitu.. tiba di pekan Pisa, baru kelihatan muda mudi di pub2 di pinggir jalan.. memandangkan jam sudah menginjak ke tengah malam, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hostel.

Keesokan harinya kami sekali lagi menapak menuju ke bandar Pisa.. menngunjungi menara condong dan juga melawat bangunan-bangunan bersejarah di sini... menghabiskan pagi di Pisa yang ternyata tidak seluas mana.. cukup dengan hanya dua jam untuk dihabiskan..Jam 10 pagi kami kembali ke hostel untuk check out dan mengambil teksi untuk ke Airport..

perjalanan seterusnya adalah menuju ke brussel.. malang sekali dari airport ke bandar mengambil masa yang agak lama lebih kurang satu jam lebih utk tiba ke bandar brussel. tiba di brussel kami terpaksa berkejaran utk mengambil train menuju ke stesyen bas utk ke amsterdam.. penatnya hari ini kerana masa dihabiskan utk perjalanan tanpa sempat melawat kemana-mana. Di Brussel kami sempat mengisi perut dgn roti yang dibeli dan tuna yang dibawa dari Malaysia. Alhamdulillah kenyang juga lunch kami yang sudah lewat itu.. hehehe kelakar pun ada perjalanan kali ini.. berkejaran dan hanya sempat meninjau keindahan bandar brussel sepanjang perjalanan dari dalam bas menuju ker Amsterdam.. bas dari brussel bertolak pada pukul 6.30 ptg. dan kami tiba di amsterdam pada pukul 9.30 mlm..

Tiba di Amsterdam, suasananya lebih hidup di malam hari.. selepas check in di Orfeo Hotel, kami mencari tempat utk makan malam. Sekali lagi restoran kebab menjadi pilihan.. apa nak buat.. makan kebab aja nampaknya perjalanan kami kali ini. Selepas makan malam yang sudah lewat, kami menyusuri jalan menikmati keindahan malam di Amsterdam.. sempat singgah ke Hard Rock Cafe.. Setelah penat kembali pulang ke hotel utk berehat seketika.

Keesokan harinya kami sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk melawat sekitar bumi Holland ini. Mengunjungi Madame Tussauds, Museum Sex, Red Light dan juga beberapa tempat menarik lagi. Kami tidak sempat untuk menyusuri sungai kerana cuaca seperti di Paris yang tidak mengizinkan. Sepanjang pagi hujan mencurah-curah. Hari ini agak menarik sebab dapat lunch dengan nasi, hehe setelah berhari2 tak jumpa nasi.. sedap sungguh rasanya.

Kemudian bumi Amsterdam terpaksa kami tinggalkan untuk kembali ke London. Sekali lagi menaiki Ryan Air dari Eindhoven menuju ke Stansteid Airport. Tiba di Stainsteid lebih kurang pukul 7.30 mlm. Dari stansteid kami mengambil train utk ke Liverpool Street Station. Dari Liverpool Street Station kami bercadang untuk kembali ke kota London untuk mencari serba sedikit souvenir utk di bawa pulang. Malang sekali setiba di stesyen Hyde Park, stesyen dah pun ditutup. Rupanya di London, stesyen-stesyen keretapi bawah tanahnya tutup seawal jam 9 mlm.. disebabkan tiada pilihan, terpaksalah kami meneruskan perjalanan menaiki tube menuju ke heathrow pd malam itu juga walaupun flight untuk kembali ke Malaysia pada pukul 8.40 pagi esok.

Bermulalah pengalaman tidur di Heathrow Airport dalam suasana yang sejuk beku... aduhhh tak tertahan rasanya. Sebelum bertolak balik, sempat la lagi shopping di Heathrow. Sempat juga aku beli beg duit @ Harrods. beli baju dan beberapa cenderamata untuk anak2 dan kawan-kawan. Kemudia Pagi 8 oct 09, kami bertolak balik ke malaysia menaiki pesawat Emirates pd jam 9 pagi disebabkan terdapat sedikit kelewatan penerbangan pd hari tersebut. Perjalanan untuk kembali ke Malaysia memerlukan kami untuk transit lebih dari 8 jam di Dubai.. sekali lagi poket aku diduga. Disebabkan budget untuk bershopping di London masih ada, aku ambil peluang untuk bershopping di Dubai. rezeki anak2 aku la nampaknya.. aku borong baju2 untuk hubby dan anak2.. untuk aku tak der la jugak nampaknya.. hehehe

so seterusnya berlepas dari Dubai jam 3.15 pagi waktu dubai dan tiba di KLIA jam 2.45 ptg waktu Malaysia.. alhamdulillah.. complete seminggu percutian yang memenatkan tetapi menyeronokkan.



7 comments:

Cetusan said...

fuyoooo sejukkk..

ada menara latarbelakang..

nyonyacyber said...

zeq zeq : hehhe sejuk sbb hujan sama kat sana..

Anonymous said...

jeles nya dapat p sana..

bila la kita dapat p kan
=D

iDAN said...

Pengalaman yang menarik, cumanya mungkin jadualnya terlalu padat. Maka penat dalam perjalanan. Masalah subway di London itu mungkin tak berubah sejak dulu. Sering ditutup jika ada masalah. Terkadang pelan asal terpaksa diubah; kena menapak lagi jika memang stesennya jauh dari jangkaan tempat yang kita nak pergi.

Naik naik bas lagilah tak reti jika di negara orang.

tunoor73 said...

hah....eloklah tu...jd spderwomen.hehehe

tunoor73 said...

ahah...oklah jd spderwomen lak...hahahah

nyonyacyber said...

maria: insyaallah satu hari nanti dpt pergi kot.. awak sampai ke hong kong pun kan... :p

Idan: heheh tu la pasal... plan ke sesuaikan ngan time on the spot.. heheh menapak tu tak terkira la jauhnya... kalau kat malaysia rasanya tak sanggup kot menapak jauh2.. dari klcc nak ke bbintang pun naik cab.. hehehe

kak nord: heheh ada gaya tak? :p

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki