salam kawan-kawan.. seperti dijanjikan.. now nak sambung lagi kisah trip aku yang belum abih.. :) kami tiba di Geneva airport agak tengah malam juga.. so terkejar2 cari train sbb last train untuk sampai ke central stesyen pukul 12mlm.. terkejar2 dpt lah last train menuju Geneva Central lebih kurang 6 minit perjalanan. Dari General Central kami cuma perlu berjalan kaki menuju ke City Hostel.. tp malang tidak berbau.. slip hostel beserta map tercicir di Airport rasanya.. so dlm kegelapan malam terpaksa meredah berpandukan gerak hati.. sangat-sangat mencabar saat ini ditambah dengan badan yang agak letih.. masing2 moody.. silap cakap mmg kena belasah rasanya heheh.. Aku bayangkan Geneva sebuah bandar yang agak selamat memandangkan disini letaknya pejabat PBB.. tp rupanya tidak.. ada beberapa penduduk dan pelancong yang ditemui menasihati kami agar berhati2 kerana Geneva juga ramai dgn mat-mat black yg berkeliaran mencari mangsa.. akhirnya setelah bertanya di kedai2 24 jam dan ada juga hamba Allah yang sudi membantu.. kami tiba di City Hostel dengan selamat. hahah padahal hostel tu belakang Geneva Central jer pun.. tp sbb tak tahu kan.. tawaf la satu bandar ekekek... apa nak buat... kurus la sket kaki kami mlm tu.. :p
dah siap check in.. kami lepak kat lobby hostel sambil mengisi perut yang kelaparan dengan roti dan tuna (tak abih2 ngan tuna dari KL ni tau) hahaha and terus masing2 melelapkan mata.. letih sangat.. esok pagi2 perlu bangun awal pagi untuk ke France pulak..
jam 7 pagi sesudah subuh.. kami bergerak ke Chamonix, France. Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam setengah.. menarik sangat perjalanan ke sini dengan pemandangan yang indah di pagi hari. Kami menaiki van yang telah ditempah awal-awal lagi.
Kami tiba di Chamonix kira2 jam 8.30 pagi.. sejuk! sgt sejuk! itu baru Chamonix.. aku x dpt bygkan bagaimana nak naik ke puncak Mont Blanc kejap lagi.. persekitaran Chamonix ni sangat2 cantik dan indah sekali.. keindahan alam ciptaan Allah.. subhanallah sangat cantik..
sebelum naik cable car aku dah kuatkan semangat.. jgn la aku termenangis lagi hahaha dulu masa naik cable car kat langkawi tu aku pernah nangis sebab takut dan gayat sangat.. Mont Blanc ni lagi lah tinggi.. ianya antara puncak tertinggi di Banjaran Alps.. puncak Mont Blanc ni ada terowong yang boleh menembusi ke negara Italy jugak.. tp waktu kami ke sana ianya ditutup.. so x dpt la nak ke Italy :p sepanjang dalam cable car ni alhamdulillah aku berani tak gayat sebab tak der la cable carnyer kecik macam kat langkawi tu kan.. hahah so berani la aku...
sampai di puncak! wow!!!!! sgt2 besh! sejuk! sejuk! sejuk!
dah puas kami berada di puncak Mont Blanc, kami mencuba pulak naik keretapi ke Montenvers - Mer de Glace yang terletak berdekatan dengan Chamonix.. di sini cuacanya kurang sedikit sejuknya.. tempatnya amat menarik.. first yang keluar dari mulut aku adalah.. wow!!! indahnya macam lukisan!!! seriusly! cantik sangat! kalau mereka2 yang berminat dgn fotografi memang tak kan lepaskan peluang dengan panorama yang indah sekali ini..
dah puas di atas.. akhirnya mengisi perut di kaki pergunungan Alps.. dan macam biasa.. bergambar disekitar yang dah semakin disimbahi cahaya matahari.. puas sket dapat rasa haba panas :)
sekembali kami ke bandar Geneva agak petang.. sempat bershopping dan bersiar-siar di sekitar bandaraya ini..tak banyak yang dapat diterokai di bandar ini kerana kekangan waktu yang agak terhad..
setakat itu sahaja kisah Geneva dan Chamonix yang sempat aku imbas... esok awal2 pagi kami dah berlepas kembali ke Madrid! so tunggu kisah Madrid bakal menyusul ok!!! chiawwwww
6 comments:
cantek gambaq tapi awat saiz kecik sangat...buat large saiz la peah...pergunungan Alps tue ka yg ang nak pitam tue???
Kat situ la akak aku pitam heheh aku ok jer :p
perghh. jeles siot. mesti lu ni kaya kan sampai boleh travel jauh2 camni? hehe
hahaha gua kaya dgn senyuman jer der! keh keh keh plus gua hari2 mmg suka makan roti kaya :)
brp kos bercuti ke sano?? nak berangan jap...hehe
hehe .. tour seluruh spain (kecuali barcelona) + geneva + portugal utk dua minggu lebih kurang RM6K all in.. makan minum tidoq transport semua sekali.. itu kos for backpackers laa.. bfast maggi lunch roti heheh
Post a Comment