Selamat tahun baru buat semua... Dah mulakan langkah pertama untuk azam anda tahun ini? Azam tahun lepas bagaimana? Dah terlaksana atau carry fwd lagi? Tak kisahlah kan apa saja azam kita.. Yang pasti biar ianya membuatkan kita makin matang dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini..
Bagaimana sambutan tahun baru anda malam tadi? Saya seperti biasa hanya mengisi masa bersama anak2 dirumah tambahan pula suami bekerja.. Menyentuh tentang sambutan tahun baru.. Agaknya sebab saya dilahirkan di kg dan ditambah dengan didikan ayah dan mak yang tak pernah mengajar kami adik beradik untuk menyambut tahun baru seperti anak2 zaman sekarang.. Ianya mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya dlm sambutan tahun baru setiap tahun.. Keterujaan nak menyambut diluar tiada langsung.. Pernah sekali membawa anak2 sekadar berada di atas elevated highway utk melihat percikan bunga api.. Tp lepas abis bunga api nak balik umah dah satu masalah... Jem ya amat.. Hrmmm mmg bukan jiwa saya utk bersuka ria diluar.. Cukup setakat sekali itu sahaja.. Alhamdulillah anak2 pun tidak merungut utk menyambut diluar.. Setiap tahun sekadar menonton di kaca tv dan di balkoni rumah sudah memadai.. Kadang-kadang saya terfikir sendiri.. Apa kelebihan bersukaria diluar.. Tambahan muda mudi yg berpeleseran menyambut dengan cara yang bagi saya agak tidak sepatutnya.. Mendengar berita ada tangkapan dibuat di malam tahun baru.. Amat sedih sekali kerana ianya melibatkan anak-anak muda beragama islam.. Ya Allah mohon dijauhi anak-anak kita dari sifat begitu..
Sempena tahun baru ini saya berdoa semoga negara kita terus aman damai.. Semoga umat islam di dunia ini terus bersatu padu.. Insyaallah...
P/S: dugaan pertama di tahun baru.. Td ada kereta langgar side mirror keterku.. Huhuhuhu sediiiihhhhhhh
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment