Monday, July 22, 2013

Resepi Kuih Janda Kaya



Resepi Kuih Janda Kaya

Bahan2 untuk kulit:
Tepung gandum
Secubit garam
Santan
Air

Inti:
Seketul ubi kentang dipotong dadu kecil2
Daging / ayam kisar
*kuantiti ayam / daging mesti lebih dari kentang
Separuh labu bawang besar dipotong dadu
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit serbuk jintan manis

Salutan luar:
Telur
Bread crumb (serbuk roti)

Cara2nya:

Bancuhkan adunan kulit sama seperti membuat adunan ketayap.. Jgn terlalu keras dan jgn terlalu lembut.. Sedang2 ajer ya.. Kemudian masak di atas kuali tanpa minyak (gunakan kuali non-stick) buatkan seperti membuat kulit ketayap. Adunan kulit ni kami masuk semua dlm blender jer.. Senang sekali tekan jer dah sebati.. Tak der nak berketul2 kan.. Hehe

Sementara itu untuk inti, tumiskan bawang besar dgn sedikit minyak, kemudian masukkan ayam / daging kisar dan kentang, garam, serbuk jintan manis serta serbuk lada hitam.. Masak hingga kentang empuk. Letakkan sedikit air supaya mudah empuk.

Kemudian gulungkan kulit tepung tadi dengan diisi inti yg telah siap. Buatkan seperti menggulung kuih ketayap. Selepas itu celupkan di dalam telur yg telah dipukul sebelum di gaulkan dengan bread crumb (serbuk roti). Setelah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.. Siap digoreng bolehlah di makan dengan sos cili.

*sorry ya cik peah tak pandai nak mengarang resepi ni.. Kalau agak2 tak baper paham boleh la tanya semula ye..

6 comments:

tenku butang said...

Done follow no. 57
Do follow me back yea.. heee.. salam kenal..
Mana resepi kuih janda kaya ni yeaa?

http://tengkubutang.blogspot.com/

nyonyacyber said...

alamak baru perasan resepi tak keluar.. nanti kita edit..

btw.. tq

susie intan said...

mmg sdap kwn dh cb buat resepi ni..

wenwen said...

Hoi! Aku google resepi ni blog ko first sekali kuor wehhhh cik peahhhhh! (Heidi koo)

wenwen said...

Hoi! Aku google resepi ni blog ko first sekali kuor wehhhh cik peahhhhh! (Heidi koo)

nyonyacyber said...

Weihhh lama ko menghilang.. Aku rinduuuu

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget