Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

#Untuk Siaran Serta Merta

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Tuesday, November 11, 2014

Resepi Mexican Bun


i) Filling

200gm mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla
70gm gula perang

ii) Topping

200g mentega
160gm gula icing
3 biji telur grade A (pukul sket)
1 sudu kecil perisa kopi atau boleh letak dua sudu instant coffer larut dgn 1 sudu besar air panas
200gm tepung gandum

iii) Doh Roti

500gm tepung berprotin tinggi atau lg cantik kalau pakai tepung roti
2 sudu kecil bread improver + 2 susu kecil bread softner (tak nak pakai pun x per)
20gm susu tepung
75gm gula castor
3 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1 biji telur - dipukul
250ml air / susu segar (kalau pakai susu segar x perlu lg susu tepung)
60gm mentega

Cara-cara:

Filling:   Pukul mentega dengan mixer pd kelajuan sederhana selama 3 minit lebih kurang. Masukkan esen dan gula perang. Simpan dlm peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

Topping:   Putar mentega dengan mixer pd kelajuan sederhana lebih kurang 5 minit. Perlahan-lahan masukkan telur, gula icing dan perasa coffee. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Doh Roti:
1. Gaul rata tepung, gula dan garam dalam mangkuk.
2. Masukkan yiss, bread improver & bread softener dan gaul rata.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut selama lebih kurang 10-15 minit.
5. tumbuk-tumbuk sket doh untuk keluarkan angin dan uli lg selama 3 minit.
6. Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil
7. tutup dengan tuala lembap 10 minit.
8. Selapas 10 minit, leperkan doh atas tapak tangan dan letakkan filling. tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
9. Susun atas loyang pembakar.
10. rehatkan selama 45 minit.
11. Pipekan topping atas bun secara spiral bermula dari tengah.
12. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 deg selama 15 minit atau sehingga bun keperangan.


Wednesday, October 1, 2014

Apa itu Google Street View ???

Lama tak update blog.. wahhh tertiba hari ni terajin pulak nak update.. hari ni nak kisah pasal Google Street View.. haaa apa itu??? okay... aku percaya korang semua sehari dua ni mesti tengah dok gigih nak view rumah korang kan.. tak pun yang rindu kat kampung halaman mesti dok google jer alamat kampung tu kan... wahhh nampak segala sawah bendang semua..

Pada yang belum kenal apa itu google street view.. meh aku kisahkan sikit apa dia benda alah ni yer.. aku pun tak baper tahu jugak.. so aku share setakat yang aku tahu dengan korang okay.. Google Stree View ni adalah satu aplikasi yang ada pada Google Maps.. kiranya ni upgrade punya version la kiranya.. dulu bila kita masuk google map kita dapat tengok satelit image jer kan.. tak terperinci seperti sekarang.. Sekarang disiapkan pemandangan jalan 360 deg dan kita diberi pilihan nak tengok dari arah mana. Okay itu serba sedikit yang aku boleh share.. so jom kita pakat usya tengok apa yg kita dapat tengok dari Google Street View ni.. mula-mula korang pergi masuk  http://www.instantstreetview.com then boleh la korang search alamat yang korang suka.. mana tau nak usya rumah awek ker kan.. kan.. kan.. hahahha bahaya ni.. kot nampak awek tengah sidai kain pulak.. hahaha jap aku nak usya opis aku jap ya..

 haaa cer cari mana satu opis aku hehehe

 wahh aku cuba view umah mak kat kampung pulak.. aikk siap nampak my mum baru balik kedai tu.. kuikuikui hebat la google ni :)

haaa ni pulak opis sapa ek? ehh bukan opis aku jugak ker? hahaha suka nyaaa aku..

haaa so apa lagi.. korang cepat lah tengok apa hasil gambar rumah korang pulak.. ada yang tengah ketawa nampak sidai cadar kat pagar pun ada yer..tapi aku dok pikir gak,. ishh mcm x der privacy la kan. org tahu alamat depa boleh view la umah kita hikhikhik... so itu jer aku nak kongsi pagi ni... nanti later kita sambung citer lagi okay! bye!

Saturday, August 30, 2014

TEKS UCAPAN
PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-57 2014
OLEH YAB PERDANA MENTERI

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan.

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen,… malam ini,… saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini.

Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.

Dalam hal ini, jika dihimbau sejarah silam negara, kita telah dijajah selama empat setengah kurun, bermula daripada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 hingga kepada pentadbiran Inggeris. Semenjak itulah, penjajah datang silih berganti, mengaut hasil dan menindas masyarakat peribumi, sehingga menyinsingnya fajar kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957.

Mengenang sejarah, setiap orang perlu beringat bahawa negara ini berasal sebagai Persekutuan Tanah Melayu. kemudiannya, bergabung dengan Sabah dan Sarawak.

Merujuk episod ini, kita mendengar desas-desus serta suara-suara tidak menyenangkan, yang mempersoal mengapakah tarikh pembentukan Malaysia tidak pula sama dengan tanggal kemerdekaan, kenapa 16 September, sedangkan Semenanjung 31 Ogos?

Dalam perkara ini, kita perlulah mengkaji apakah sebenarnya yang telah diusahakan oleh sebuah Suruhanraya khas yang bertanggungjawab untuk mengadakan pungutan suara terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak dalam proses penubuhan Malaysia ketika itu.

Untuk pengetahuan ramai, kelewatan tarikh tersebut telah berlaku di atas sebab teknikal, kerana, pihak Suruhanjaya Cobbold perlu menunggu pengesahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan majoriti persetujuan melalui referendum sebelum memuktamadkan laporannya. Justeru, tarikh 16 September telah ditetapkan sebagai pembentukan hari Malaysia.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Bertolak dari situ, tahun ini, kita meraikan sambutan kemerdekaan kali ke-57, sekaligus tahun ke-51 Sabah dan Sarawak bersama-sama kita sebagai sebuah Malaysia. Dirgahayu Malaysia, Dirgahayu Malaysia!

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Sememangnya lagi, kita bersyukur kerana kebersatuan bersejarah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan itu, telah mengukir jutaan rahmat dan ingin ditegaskan cinta kasih serta tali persaudaraan seluruh rakyat Malaysia bertitik tolak dari Arau Perlis, membawa hingga ke Semporna Sabah dan ke penghujung Ulu Lachau Sarawak, tidak mungkin dapat dipisahkan, bahkan InsyaAllah, akan kekal utuh ibarat rambut bersimpul mati.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Justeru, sebaik sahaja selesai dan rampungnya Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu, sebagai perlambangan atau simbolis mandat baharu yang Kerajaan terima, tanpa berlengah-lengah lagi saya melantik sejumlah besar Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan pimpinan dari Sabah dan Sarawak sebagai satu penghormatan terhadap sokongan padu saudara dan saudari kita di sana terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Kini lebih setahun telah pun berlalu, keanggotaan para wakil rakyat Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan menjadi perhitungan penting, dalam mengorak halatuju selanjutnya Malaysia yang tercinta.

Ini turut saya pertegaskan dalam ucapan-ucapan utama saya sepanjang setahun lebih yang lalu bahawa Kerajaan yang mentadbir pada hari ini mempunyai tanggungjawab cukup besar demi mendahulukan kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam yang mewakili lebih 70 peratus rakyat Malaysia menjelang tahun 2020.

Makanya, sekali apapun yang cuba digoyahkan oleh pihak pembangkang, seandai apapun yang mereka ingin mengadu-dombakan, tidak kira tohmahan apa yang dilemparkan, agenda memperkasakan pembelaan rakyat akan tatap dipertahankan.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Menghimbau lipatan tawarikh pra-merdeka, ramai pihak merasa sangsi akan ehwal kemampuan kita dengan kepelbagaian yang begitu rencam untuk merdeka dan memilih jalan sendiri. Namun ternyata kemajmukan masyarakat ini telah kita jadikan sebagai aset meniti kemakmuran sehinggakan bukan sahaja setakat menerima dan saling wujud antara satu sama lain, hatta meraikannya ke peringkat tertinggi sebagai ramuan kejayaan.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Kita mengatur sebanyak-banyak kepada Tuhan, negara ini telah berjaya berhadapan dengan seribu liku dan pancaroba yang penuh tantangan. Sepanjang tempoh itu, telah terpancar wajah kemerdekaan hakiki, yang jika dilihat dari segala sudut, merangkumi aspek merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka semangat dan merdeka meraikan kemajmukan. Sehinggalah kita mampu meniti batas dan permatang kesejahteraan dengan jayanya menurut acuan sendiri. Tahniah Rakyat Malaysia! Tahniah Rakyat Malaysia!

Umpamanya, sewaktu negara mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan adalah pada tahap lebih 60 peratus. Kemudiannya, ia menyusut kepada 1.7 peratus pada tahun 2012, di mana kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya.

Pabila saya mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara pada tahun 2009, diperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, berlandaskan pula Dasar Transformasi Nasional atau DTN. Kerangkanya merangkumkan keseluruhan agenda besar transformasi negara, yang dimulai dengan Program Transformasi Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi atau ETP, Program Transformasi Politik atau PTP, Program Transformasi Komuniti atau CTP, Program Transformasi Sosial atau STP dan Program Transformasi Fiskal atau FTP.

Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun ini, kita telah meraih pelbagai kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mana saya telah digariskan dalam pelbagai ucapan dan laporan.

Mutakhir ini, ekonomi negara sekarang telah menunjukkan trend yang memberangsangkan dalam tempoh suku kedua 2014 dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK sebanyak 6.4 peratus, berbanding 4.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2013, iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku keempat 2012. Ini menjadikan pencapaian kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara-negara ASEAN bagi separuh tahun pertama 2014.

Kesimpulannya, kita telah berjalan jauh dan didewasakan oleh waktu daripada sebuah negara pertanian, hanya sekitar 6 dekad yang lalu kepada sebuah negara membangun kini sedang mendepani kelok untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi yang dijangka lebih awal dari waktunya.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Apa yang mustahak, kita tidak boleh sesekali alpa, semua yang dikecapi pada hari ini tidak berlaku dengan semena-mena atau dengan sendirinya. Semuanya diperoleh berkat usaha para pemimpin lampau dan bapa-bapa pendahulu hinggalah ke era Kerajaan yang ada hari ini.

Sebenarnya, dalam ikhtiar kita menjadi bangsa mulia lagi berjaya, apa saja musibah dan gelora yang menduga, sewajarnya kita jadikan sebagai cabaran. Sebagaimana mafhum pengertian firman Allah SWT bahawa, Tuhan tidak memberi dugaan, kepada sesuatu pihak yang tidak tertanggung oleh mereka. Terbukti, Malaysia mampu menempuh dan mengatasinya dengan cara, pendekatan serta santun kita tersendiri.

Kita turut berupaya keluar daripada pelbagai kemelut dan menangani cabaran yang melanda dengan jaya antaranya, peristiwa darurat, menghapuskan serangan gerila Komunis Malaya, tragedi hitam 13 Mei 1969, penyusunan semula masyarakat dan ekonomi negara, sehingga dihormati sebagai negara Islam moden dan progresif lagi dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.

Berkait itu juga, masihkah kita ingat peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada tahun lepas? Insiden yang telah mengorbankan nyawa para perajurit tanahair? Syukur kepada Allah, kesemua serangan itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan kita di sana, yang sekarang ini di bawah penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM.

Sehubungan itu, kita berasa tidak senang dan hairan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan menangguk di air keruh, mempertikaikan pula pengiktirafan Kerajaan kepada para perajurit dan anggota keselamatan.

Apa yang ingin pihak Kerajaan jelaskan, usahlah diperbanding-bandingkan, tentang penghormatan tertentu yang diberikan kepada mangsa tragedi MH17 bahawa kononnya kenapakah istiadat tertinggi sedemikian tidak diwajarkan juga kepada para perajurit dan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu.

Tentunya hasutan tersebut adalah memesongkan dengan niat yang tidak baik. Jelasnya, sekali lagi saya menegaskan bahawa jasa para wira negara ini akan sentiasa disanjung tinggi dan mendapat tempat utama dalam kenangan bakti yang telah dicurahkan.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Sudah menjadi lumrah dan kelaziman manusia serta kejadian hidup, musim hujan kepanasan, musim panas kehujanan. Sekalipun tahun ini beberapa tragedi di luar jangkaan telah berlaku, merentap dan menyentap perasaan kita, namun, kita semua harus tabah serta cekal dalam menempuh perjalanan yang jauh lebih mencabar ini.

Makanya, kita perlu menghadapinya dengan tenang dan tabah serta berusaha sedaya mungkin bagi menguruskan krisis yang terjadi.

Bahawa 2014, tahun yang sangat menguji kita, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine. Kedua-dua pesawat itu, milik syarikat penerbangan negara atau MAS.

Masih segar dalam ingatan saya ketika itu, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit tersebut. Sehinggalah saya berjaya berunding, mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut antaranya:

Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, dari kawasan nahas.

Kedua: Memperolehi dua kotak hitam yang hanya diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Tambahan pula, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan itu, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, termasuklah seperti yang telah saya sebutkan dalam bahasa Inggerisnya bahawa, "sometimes we must work quietly in the service of a better outcome"... yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dibawa pulang serta diberi penghormatan untuk disemadikan dengan sempurna.

Sememangnya lagi, kita berasa lebih kuat dan utuh apabila segenap lapisan rakyat memberi sokongan sepenuhnya, juga kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam merungkaikan kejadian yang tidak diduga ini, dengan penuh tertib dan tersusun. Apa yang pasti, inilah semangat jitu, yang diusiakan oleh pengalaman dan waktu selama hampir enam dekad kita merdeka.

Zahirnya, segala apa yang berlaku ini memperlihatkan di satu sudut, kemampuan kita dalam mentadbir, memimpin dan menguruskan sesuatu cabaran besar. Manakala di satu sudut yang lain, penyatuan hati rakyat dan kekitaan yang kental sebagai bangsa Malaysia yang merdeka.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Makanya, pada hemat saya, setiap ujian yang ditakdirkan menimpa kita sebagai sebuah negara bangsa, sebetulnya tidak lain dan tidak bukan, dalam titian masa, menjadi persediaan serta menguji ketahanan kita sebagai bekal pedoman menuju destinasi Malaysia yang maju hingga ke puncak jaya.

Ehwalnya, dua peristiwa tragik ini diharapkan akan berlaku perubahan penting dalam industri penerbangan dunia. Keadaan ini di luar kebiasaan dan jarang berlaku. Saya mengerti, ini adalah tahun sukar bagi syarikat penerbangan MAS.

Justeru, untuk terus beroperasi, kita tidak banyak pilihan, melainkan melakukan penstrukturan semula secara komprehensif terhadap MAS. Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya dapat memberikan sokongan atas 12 Pelan Pemulihan MAS seperti yang telah diumumkan.

Jelasnya, semoga semua kenangan pahit dan manis yang kita lalui bersama sebagai sebuah negara bangsa, tersimpan kukuh dalam lipatan khutub khanah tanahair.

Hakikatnya kita memang perlukan kepada sebuah syarikat penerbangan negara yang ampuh, berdaya saing, dengan mengambil ketetapan-ketetapan komersial tanpa mengorbankan kebajikan warga kerja serta berdaya maju.

Moga-moga berkat sokongan semua pihak, dalam beberapa tahun ini, InsyaAllah kita mahu terus melihat Malaysia Airlines System terbang tinggi dan megah di angkasaraya.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Marilah kita selami dan tanamkan semangat patriotisme dengan mencintai tanahair. Sesungguhnya, lambaian kemerdekaan mengundang dan melukiskan pelbagai pemaknaan dan pengertian buat kita semua sebagai warga merdeka.

Marilah juga semarakkan kemerdekaan ini dengan mengibar dan menaikkan Jalur Gemilang di seluruh negara. Pastinya, kita semua sangat mengerti akan nilai dan betapa bangganya apabila melihat panji negara berkibar gemilang.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Ya… memang benar… memang benar… ramai yang khabarkan kepada saya bahawa kita adalah negara kecil, namun berjiwa besar. Justeru, bagi merealisasikan impian itu, saya ingin utarakan 3 amanat penting merdeka, demi kesimbungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa iaitu:

Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

Sebagai contoh dalam istiadat penghormatan bagi 20 kumpulan pertama jenazah tragedi MH17, pada 22 Ogos minggu lepas dan diikuti oleh jenazah-jenazah mangsa yang lain secara berperingkat-peringkat, adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada orang awam.

Selain itu, kita dapat saksikan, begitu sugul rakyat Malaysia berkongsi duka nestapa. Kita bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara, 1Malaysia.

Pokoknya, saudara dan saudari, kita telah tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di seluruh negara tempohari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan, selamanya.

Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. Maksudnya, masa depan yang cerah akan menjadi milik semua, jika kita mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.

Sememangnya, mentadbir sesebuah negara adalah satu urusan yang kompleks dan bukanlah seperti sebuah organisasi biasa. Sebagai pucuk pimpinan kepada Kerajaan yang mentadbir hari ini, saya dan sahabat-sahabat akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan Kerajaan.

Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Maknanya, walau apa dugaan melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita. Pucuk pangkalnya marilah sama-sama berusaha gigih menggapai kejayaan demi generasi dan keturunan hari muka untuk untuk tempoh 50 tahun atau lebih dari itu,…100 tahun akan datang.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Akhir kalam, saya mengajak saudara dan saudari khusunya yang hadir pada malam ini, berdirilah,…berdirilah,… dan bersama-sama saya, letakkan telapak tangan kanan di dada sebelah kiri, sebagai simbolis bertempatnya hati dan perasaan. Katakanlah,…Katakanlah,… bahawa,… di sinilah lahirnya sebuah cinta,… di sini tersemainya cita-cita yang luhur dan murni demi pertiwi,… dan di sinilah kita pastikan ia terus menguntum dan mengharum di sanubari satu semangat patriotik yang marak menyala dan menjulang tinggi…. Sesungguhnya jua kita semua adalah penyambung warisan…

Ayuhlah,…Ayuhlah,…Ayuhlah,…kita laungkan kata-kata keramat MERDEKA,… MERDEKA,… MERDEKA,…

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sent from my iPhone

Wednesday, May 21, 2014

KEMANGKATAN YTM TUNKU BENDAHARA KEDAH


KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman


Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi,  hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah. 

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014.  Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga   23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan,  keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia   Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014,  diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin. 


DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 21 Mei 2014

Tuesday, March 25, 2014

MH370 PRESS BRIEFING BY HISHAMMUDDIN HUSSEIN,
MINISTER OF DEFENCE AND ACTING MINISTER OF TRANSPORT

Introductory statement 
As the search for MH370 continues, we remain focused on narrowing the search area.
With such strong co-operation from our international partners, the challenge is no longer diplomatic. It is now primarily technical and logistical.
Because the scale of the investigation is now much more complex, the release of technical and logistical information will be handled differently. As you have seen today, this means that Malaysia Airlines will take the lead in communicating with the families.
As the search area has narrowed, new challenges have arisen, including managing resources in a remote search and rescue effort. We continue to work closely with our friends and partners as we seek to marshal more specific resources in support of the operations in that area.
  1. New data
Last night the Prime Minister announced that according to new analysis of satellite data, Inmarsat and UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) have concluded that flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
Today I will provide further details of how the data was analysed, as provided to us the UK AAIB. 
This information is quite technical in nature. So although I will give you as much information as I can, I will not be in a position to answer questions about this data analysis today.
However, we will accept written questions which will be answered as soon as possible. We will be providing this information as a press release at the end of this press conference. This is the information provided to us by the AAIB.
  1. Further details
In recent days Inmarsat developed a second innovative technique which considers the velocity of the aircraft relative to the satellite.  Depending on this relative movement, the frequency received and transmitted will differ from its normal value, in much the same way that the sound of a passing car changes as it approaches and passes by.  This is called the Doppler effect. 
The Inmarsat technique analyses the difference between the frequency that the ground station expects to receive and one that is actually measured.  This difference is the result of the Doppler effect and is known as the Burst Frequency Offset. 
The Burst Frequency Offset changes depending on the location of the aircraft on an arc of possible positions, its direction of travel, and its speed.  In order to establish confidence in its theory, Inmarsat checked its predictions using information obtained from six other B777 aircraft flying on the same day in various directions.  There was good agreement. 
While on the ground at Kuala Lumpur airport, and during the early stage of the flight, MH370 transmitted several messages.  At this stage the location of the aircraft and the satellite were known, so it was possible to calculate system characteristics for the aircraft, satellite, and ground station.
During the flight the ground station logged the transmitted and received pulse frequencies at each handshake. Knowing the system characteristics and position of the satellite it was possible, considering aircraft performance, to determine where on each arc the calculated burst frequency offset fit best. 
The analysis showed poor correlation with the Northern corridor, but good correlation with the Southern corridor, and depending on the ground speed of the aircraft it was then possible to estimate positions at 0011 UTC, at which the last complete handshake took place.  I must emphasise that this is not the final position of the aircraft.
There is evidence of a partial handshake between the aircraft and ground station at 0019 UTC.  At this time this transmission is not understood and is subject to further ongoing work.
No response was received from the aircraft at 0115 UTC, when the ground earth station sent the next log on / log off message. This indicates that the aircraft was no longer logged on to the network.
Therefore, sometime between 0011 UTC and 0115 UTC the aircraft was no longer able to communicate with the ground station.  This is consistent with the maximum endurance of the aircraft.
This analysis by Inmarsat forms the basis for further study to attempt to determine the final position of the aircraft.  Accordingly, the Malaysian investigation has set up an international working group, comprising agencies with expertise in satellite communications and aircraft performance, to take this work forward.
  1. Technical background
The new analysis I have described above was convincing enough for the AAIB to brief the Prime Minister that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. Within a few hours, the families had been informed, and the Prime Minister announced the new development to the world.
As the Prime Minister stated, this type of analysis has never been done in an investigation of this sort.
There remains more work to be done, and we are grateful to Inmarsat, AAIB and the international investigations team, who are continuing to work with the Malaysian authorities. This is a developing situation, and as soon as we know more, we will share it.
  1. Operational update
As a result of this new data analysis, the search and rescue operation in the northern corridor has been called off. We have also stopped the search and rescue operation in the northern part of the southern corridor, close to Indonesia.
All search efforts are now focused in the southern part of the southern corridor, in an area covering some 469,407 square nautical miles, as against the 2.24 million square nautical miles which we announced on 18thMarch. 
We are currently working to further narrow down the search area, using the four methods I mentioned previously: gathering information from satellite surveillance, analysis of surveillance radar data, increasing air and surface assets, and increasing the number of technical and subject matter experts.
On the assets deployed, 2 Korean aircraft left Subang airport for Perth this morning, to help in the multinational search operation.
No flights from Perth to the search area took place today, due to bad weather.
6 Chinese ships are currently in the search area. They are expected to arrive within the vicinity of MH370's last known position by tomorrow morning. These ships include the ice breaker 'Xue Long'.
HMAS Success is also currently in the search area.
The American Towed Pinger Locater – an instrument that can help find a black box - is currently en route to Perth and will arrive tomorrow. The system will be fitted onto the Australian ship Ocean Shield, which is due to dock in Perth on 28th March. The Ocean Shield, fitted with the Towed Pinger Locater, is due to arrive in the search area on 5 April.
  1. Concluding remarks  
The new analysis shared with the investigation by Inmarsat and the AAIB has focused our efforts on the southern part of the southern corridor.
Although yesterday's news was incredibly hard for the family members, as our Prime Minister said, it was released out of a commitment to openness and respect for the relatives, two principles which have guided the investigation. 

ENDS


Sent from my iPhone

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki