Monday, January 5, 2015

Day 4 2015

Terasa lama bercuti sejak new year.. Padahal baru 4 hari.. Sememangnya x puas.. Rasa nak cuti lg.. Ehh apa ni?? Awal tahun dah malas nak kerja.. Ishh ishh ishhh tak mau lah.. Malas sila berambus jauh-jauh..

Tadi petang sempat ziarah kawan pejabat yg baru bersalin semalam.. Tahniah zalina  dan suami menimang cahaya mata yg kedua.. Bila tengok baby dah rindu pula rasa.. Yer lah anak-anak kan dah besar.. Nabil pun tahun ni dah cecah 11 tahun.. Tak kan aku nak bersalin lagi.. Hahah kalau nak bersalin pun memang dah x boleh.. Apa nak buat.. Syukurlah Allah dah kurniakan 4 orang cahaya mata untuk ku.. Itu dah cukup bermakna bagi ku.

Tapi hari ni tgk baby x snap pulak gambar.. Sebenarnya bukan x ingat nak ambil gambar.. Tp iphone ku cameranya dah kurang cantik.. Blurrr jer.. Nak beli iphone baru x mampu la rasanya.. Mahal sangat harganya sekarang.. 

So balik dari ziarah baby, si nabil merengek2 nak pergi wangsa walk.. Biasalah anak bujang sorang tu.. Akal dia x nak balik rumah awal.. Nak jenjalan.. Wangsa walk tu port kegemaran dia lah.. Suka dia kalau dpt jelajah kedai2 phone kat atas tu.. Hrmmm dah jelajah kedai phone tu apa lagi.. Mamanya ni terjebaklah pula dgn phone Lenovo.. 

Aduhaii boleh ker aku ni pakai Android phone?? Aku mmg x pernah biasa dgn Android ni.. Almaklumlah pengguna tegar Apple kan.. Tp bila budak kaunter lenovo dok promote td.. Teruslah terjebak sbb harga nya agak murah dan yg penting cameranya cun! So makcik nih terbeli lah seketui.. Bila balik rumah x der plak aku belek2.. Entah laa rasa x der jiwa nak membelek..agaknya sbb aku masih mengharap pada iphone kot kann.. Tgklah nanti2 dah ada perasaan sket baru kita belek2 lenovo tu haha boleh camtu?

Okaylah.. Uoll kalau ada apa2 tips menarik pasal lenovo ni meh la kongsi sket.. 😜

No comments:

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki