Wednesday, August 24, 2011

KAD RAYA

dah masuk minggu terakhir kita berpuasa kan.. alhamdulillah.. semoga puasa kita semua sempurna hendakNya.. insyaallah.. okay! kali ni nak citer pasal kad raya.. korang masih mengamalkan tradisi menghantar kad raya tak? sekarang zaman dah moden.. ramai yg hantar virtual kad jer kan.. tapi aku masih mengekalkan tradisi lama menghantar kad kepada saudara mara dan kawan2.. sejak dari sekolah dulu2 lagi aku dah biasa dengan tradisi menghantar kad ni sbb ayahku dulu mmg rajin hantar kad.. siap tempah lagi kad ada nama berderet2 kami 7 beradik. heheh besh bila kenangkan semula kan..

aku tahun ni pun masih mengekalkan tradisi ini.. tp biasalah kan.. sebab kerja yg serabut akhir2 ni.. so kad pun baru semlm aku sempat post



.. so korang yg bertuah dpt kad dari aku tu agaknya lepas rasa nanti kot baru sampai kad tu.. heheh tak kisah la kan! janji tanda ingatan dari aku untuk korang! so pada kawan2 yang tak dapat kad dari aku, dikesempatan ini kuucapkan pada korang semua.. selamat meneruskan dan melengkapkan ibadah puasa..dan selamat hari raya maaf zahir batin untuk korang semua.. :)

4 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

itew kad raya kat kwn2 ker kad raya yg bos ang suruh pos....giler banyak ngeee

nyonyacyber said...

hahahahaha aku nyer kad raya separuh dari tu..

Papa Mifz said...

wah rajin yer pos kad raya...terbaik la...

selamat hari rayo...maaf zahir batin k...:)

nyonyacyber said...

selamat hari raya juga utk papa mifz sekeluarga

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget