Tuesday, December 13, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 3 : Granada

selepas puas pusing Valencia, kami bergerak ke Granada pula.. perjalanan dari Valencia menuju Granada lebih kurang 560km.. kami bertolak sekitar pukul 3 petang. Perjalanan tiada masalah memandangkan setiap bandar dihubungkan dengan lebuhraya yang selesa..Kami tiba di bandar ini kira-kira pukul 9 malam..


berbeza dengan Valencia, cuaca di Granada agak sejuk.. ditambah dengan waktu malam hari, kesejukannya amat-amat mencengkam tulang temulangku huhuhu tak tahan sejuk betul aku ni kan... so di Granada kami bermalam di Hostel Atenas. Macam biasa selepas check in kami keluar mencari makan malam.. apa lagi yang ada kalau dah lewat-lewat ni kan.. akhirnya makan kebab jugak lah.. :)

sempat lagi posing sementara menanti kebab :) akhirnya kebab sampai makan tak ingat nak ambil gambar hahah lapar punya pasal :)

Then tak der activity sgt pun bila malam di sana.. semuanya dah sunyi sepi.. so masing2 layan tidoq la kan.. and the next day kami meneruskan aturcara lawatan kami ke AL-Hambra.. Ianya merupakan sebuah istana.. kalau nak ikutkan Al-Hambra tu bermaksud Istana Merah.. sebab apa dinamakan istana merah? haaaa kalau nak tahu sebab istana ini diperbuat dari batu bata yang berwarna merah.. :) UNESCO telah mengiktirafkan Al-Hambra ini sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia.. Alhambra merupakan kompleks istana dan benteng yang dibangun pada pertengahan abad ke-13 oleh Bani Umayyah di Al-Andalusia. so layan lah gambar2 sekitar AlHambra yang agak lembab hari itu sebab hujan sepanjang hari.. hehehe so gambar aku pun ala-ala sejuk jer lah kan...









seharian di habiskan hanya di AlHambra yang teramat luas.. kalau korang nak tahu kisah Istana AlHambra ni boleh la google yer.. hahaha kejam kan aku nih.. boleh plak suruh korang google sendiri.. ok..ok.. sian sayang2 ku semua.. meh citer sket lah apa ada kat AlHambra ni yer..

Memasuki kawasan Alhambra seakan-akan berada dalam taman firdausi.. cewahhh ayat tak boleh blah ek.. haha.. ok now serius sket..mula-mula menjejakkan kaki ke AlHambra ni aku rasa amat berbangga dengan kejayaan Islam pada masa lampau. AlHambra ini mengandungi beberapa bahagian dan istana iaitu Charles V Palace, Medina, Alcazaba, Rauda, Nasrid Palace dan Generalife, yang meliputi wilayah sekitar 142.000 meter persegi. Sebelum memasuki Nasrid Palace, terlihat bangunan Charles V Palace mulai dibangun pada tahun 1533 setelah kota Granada diambil oleh Raja Katolik pada tahun 1492. Di seberangnya terdapat Alcazaba yang merupakan benteng dan pemusatan latihan askar kerajaan.

Nasrid Palace pula merupakan kompleks istana untuk kediaman raja-raja Granada, dan merupakan daya penarik terbesar dari keselurahan kompleks Alhambra. Untuk memasuk Nasrid Palace ini kita perlu mengikut waktu yang dibenarkan ditiket. Ianya agak dikawal bagi mengelakkan terlalu ramai pengunjung didalamnya.

Bahagian yang terakhir adalah Generalife, ianya merupakan tempat bermain dan bersantainya para bangsawan dan raja-raja. Tempat ini dibuat seperti taman dan air pancut. So pada sesiapa yang ada peluang untuk berkunjung ke Sepanyol, memang wajib untuk anda semua melawat AlHambra ini.

okay.. cukup untuk kali ini.. itu saja yang sempat dilawati di Granada, dan kami meneruskan perjalanan kami seterusnya ke satu lagi daerah lain di Sepanyol... nak tahu kemana pulak.. tunggu kisah selanjutnya okay! :)

5 comments:

Unknown said...

pergi barcelona tak..hehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ayu sungguh ang kt pic ke 3 tu
issyyy nk gak aku tgk rupa kebab depa!

nyonyacyber said...

papa mifz: tak sempat ke barcelona pun.. huhu frust sgt tau... huhu barcelona agak jauh dari madrid.. makan masa juga nak kesana..

ayu: awwww malu ai yu.. hahah kebab tu aku tak ingat snap kat camera mana.. hehe nak kena cari balik..

Soo Hae Daa said...

salam kenal kak..

bestnya akak jln2...dh lame dh tingin nk pegi al hambra ni...

nyonyacyber said...

salam soo hae daa.. thanks jengah ya.. mmg best kalau berkesempatan ke sana.. :)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki