Sunday, December 11, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 2 : Valencia

sorry lah... part 2 ni makan masa agak lama nak bersambung dari part 1.. dah setengah bulan lamanya.. actually sekarang sangat-sangat sibuk.. entah apa yang sibuk pun tak tahulah.. macam-macam benda nak kena uruskan.. now dah cuti sekolah.. anak2 semua kat kampung.. so aku dan suami mood honeymoon.. hahah kononnya lah.. padahal hari2 bertapa kat opis sampai ke malam honeymoon apa kebendanya.. huhu i miss my kids teramat2.. nak kena balik ambil dia org dah.. tak boleh tahan tengok dinding jer kat umah huhuhu (tiba2 mood sebak menjelma huhuhu)ok..ok.. now back to citer asal kita okay.. zasss meh baca apa kisah aku kat Spain ok!..


Penerbangan dari Doha ke Madrid mengambil masa kira-kira 7jam lebih.. ermm boleh la kalau nak buat pinggang aku sengal-sengal.. dah puas orang dalam flight tu aku tilik muka hahaha.. sewelkan.. bila lama sangat dalam flight itu lah jadinya.. tak tentu arah.. Qatar Airways pulak movie tak menarik citarasa aku.. uwaaa bosannn tau! lain kali tak mau la naik Qatar lagik.. ehh ada ke lain kali? hahah insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh la terbang-terbang lagi kan.. :) okeh.. setelah puas di udara.. akhirnya kami selamat mendarat di Madrid Barajas Airport lebih kurang pukul 2 ptg.


Sampai di airport terus uruskan keter sewa.. untuk pengetahuan semua sepanjang di Spain kami menyewa dua buah MPV untuk kami menjelajah dari satu bandar ke bandar lain..


Setelah selesai urusan dengan kereta sewa.. kami pun mula meneruskan perjalanan menuju ke Valencia..Perjalanan dari Madrid ke Valencia lebih kurang 333km dan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Highway menuju ke Valencia agak selesa lebih kurang highway PLUS kat Malaysia tapi tak der la banyak kereta macam kat highway nak ke Kedah tu kan.. hehehe lengang jer highwaynya..


sepanjang perjalanan banyak kelihatan ladang-ladang olive di kiri kanan jalan..dan kami juga nampak kincir angin.. wah dah macam pemandangan di sepanjang jalan di Holland pulak bila terpandang kincir angin disini..


Perjalanan kami petang itu sangat aman dan nyaman.. cuaca juga menarik.. Kami tiba di Valencia sekitar jam 8 malam..ermmm now bermula cabaran mencari hostel yang dah dibooking.. susah juga mencari bila malam sudah menginjak waktunya ditambah pula dengan keadaan di bandar Valencia agak sesak. Jalan di sekitar bandar ini agak sempit.. mencari parking pun satu cabaran... dengan bantuan penduduk Valencia akhirnya kami sampai jua dengan selamat ke Hostel Purple Nest yang cantik suasananya :)


ceria sungguh minah spain ni :)

selesai check in, kami keluar mencari makan malam.. ermmm dah mula lapar.. So malam tu makan besar sbb boss belanja makan kat restoran morocco.. ermm boleh tahan juga makanannya.. maybe sebab dah letih dan lapar sgt.. makan pun ala2 telan tak telan jer heheh


next day dah puas tidur.. bangun awal2 and sarapan cam biasa heheh apa lagi.. roti dan tuna laa.. itu dah jd cam makanan ruji tau kat luar negara setiap kali travel.. ehh tak lupa juga maggi cup! hahah terbaik punya breakfast tau.. then perut dah kenyang kami mula menjelajah bandar Valencia..

ini gambar di waktu subuh hari.. hahah semangat nih! awai2 pagi dah posing!

antara bangunan yang terdapat di Valencia.. kombinasi modern building dan juga bangunan2 lama..

kami juga sempat meninjau pasar pagi di Valencia ni,.. lebih kurang macam pasar tani kat melawati bila hari minggu :p macam2 ada juai, tapi kualitinya agak kurenggg.. so kat sini tak der la beli apa2.. just jalan2 tinjau2 saja..

kebetulan pulak hari tu ada marathon kat bandar Valencia ni.. apa lagik.. layankan jer lah... :)

dah puas pusing bandar Valencia, kami menerjah.. ehh boleh ker pakai word ni hahhaa belasah jer lah kan.. kita org sempat melawat Stadium Valencia.. ermmm buruknya stadium ni.. lawa lagi stadium darul aman kat kampung aku tau :)

then kami meneruskan lagi lawatan ke pusat sains dan seni Valencia.. atau nama betulnya Ciudad de Las Artes Y Las Ciencias atau THE CITY OF ARTS AND SCIENCES.. kat sini ada balai sain, seni dan juga muzium.. sangat cantik architecture bangunan disini.





setelah seharian menjelajah bumi Valencia, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke destinasi seterusnya... nak tahu kemana lagi.. nantikan kisah seterusnya okay! choww dulu..

6 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ang terjah ngan staff opis ekkk???
aku pow sama wei x leh dok lelama x kisa flight or keta...sakit pinggang...dh mcm mak cik tua ni

OMG watermark baru...pewitttt

nyonyacyber said...

hehehe yo lerr group aku nih geng2 opis arr.. plus kakak aku sorang joint n ada wife kawan aku sama

Papa Mifz said...

Teringin nak ke barcelona, melawat nou camp stadium..

nyonyacyber said...

papa mifz.. saya pun tak sempat sampai barcelona.. frust jugak! huhuh dari madrid nak ke barcelona agak jauh jugak

Juliet_iRa~" said...

wahh seronoknyaaa...:))

nyonyacyber said...

ira: :) besh!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget