yeahhh korang nampak tajuk entry kali ni Cordoba kan.. aku agak mesti korang terlintas dalam kepala citer Suria di Cordoba.. mesti terbayang wajah hensem Fahrin Ahmad dan AdiPutra hehehe jangan tak mengaku okay!... haha aku actually tak mengikuti citer tu sgt,.. cuma ada la sekali dua kali jer tertengok nyer.. tapi sebab Astro kan suka ulang2 tayang itu yg tertengok tuh.. hahaha okay... meh sambung kisah perjalanan aku.. selepas berpenat menjelajah seluruh kota Al Hambra.. kami meneruskan perjalanan menuju ke Cordoba.. kami bertolak kira-kira dalam pukul 5 petang camtu.. perjalanan dari Granada menuju ke Cordoba tidak la jauh seperti perjalanan kami sebelum ini.. Ianya cuma memakan masa lebih kurang dua jam lebih camtu.. jarak dari Granada ke Cordoba lebih kurang 200km.
Setelah meredah perjalanan yang agak nyaman petang itu.. kami sampai di Cordoba lebih kurang dah nak Maghrib.. pukul 7 malam camtu.. suasana sangat tenang.. patutlah dalam citer Suria di Cordoba tu digambarkan Cordoba ni sebuah kota cinta... wahhh puitis sket.. sgt tenang keadaannya.. tp ketenangan di Cordoba tersentap sket.. hahah semua gara2 kami tersesat dalam mencari hostel yang dah dibooking.. berpusing2 di dalam kawasan yang sama sampai lebih dari dua jam.. and perut pun dah lapar.. akhirnya mencari kebab lagik heheh then pukul 9 lebih baru dapat check in kat hostel.. padahal hostelnya dikawasan yang dipusing2 lebih dua jam tu jer.. hahah sadis sungguh kan..
inilah rupa hostel yang dicari2 itu.. :)
so mlm tu macam biasa tiada aktiviti pun... so tidur dengan nyenyaknya...then esok paginya kami memulakan acara melawat di sekitar Cordoba ini,..kami mengunjungi satu lagi Masjid yang terkenal di Cordoba tapi sekarang sudah bertukar menjadi gereja, bila di Spain ni jiwa agak sedih bila mengenangkan banyak tempat-tempat ibadat Islam sudah bertukar menjadi milik Kristian.. kami berkesempatan melawat Mezquita de Cordoba..
sampai awai sgt Mezquita pun belum buka lagi.. hahha so lepak dulu kat luar kawasan..
byk sangat pokok limau kat sini tau..apalagi.. posing la bawah pokok limau beramai2 :p
ini rupa mercu Mezquita dari luar
geng mak dara berposing di Cordoba :)
di dalam kawasan Mezquita.. sgt cantik dengan langit yang membiru...
di pintu masuk Mezquita.. anda harus membeli tiket yer untuk masuk kedalam kawasan ini.. :)
sebelum tu korang mesti nak tahu apa itu Meaquita ni kan.. meh nak citer sket sejarahnya.. Pembinaan Mezquita (asal namanya Masjid Aljama) berjangka lebih dari dua abad, bermulanya pada 784 M di bawah penyeliaan Amir Muslim pertama Abd ar-Rahman I, yang menggunakannya sebagai sebuah tambahan ke istananya dan menamakannya sebagai penghormatan kepada isterinya. Tapak itu sebelum itu adalah sebuah katedral Visigoth St. Vincent. Apabila tentera Tariq ibn-Ziyad pertama kali menduduki Córdoba pada 711, mereka dan penganut Kristian berkongsi ruangan katedral, menurut sejarawan ar-Râzî, yang mendokumentasikan sejarah masjid. Tetapi dengan penubuhannya Umayyad dalam buangan negara sebagai emir-emir Córdoba, tolak-ansur itu tidak lagi cukup. Perbincangan di antara Emir dan biskop Córdoba, diberikan janji bayaran besar wang dan juga izin untuk membina semula salah satu gereja-gereja luar yang telah diruntuhkan semasa penaklukan, mendorong penganut Kristians bersetujukan melepaskan bahagian St. Vincent mereka, yang telah dirobohkan dan masjid baru, pada fasa pertamanya, dibina di atas asasnya (Wolf). Unik berbanding masjid-masjid lain, mihrabnya tidak mengarah terhadap Mekah. Beberapa penjelasan telah dicadangkan untuk menerangkan kedudukan masjid yang tidak mengikut peraturan agama. Sesetengah bercadang bahawa mihrab itu mengarah ke arah selatan kerana asas masjid menggunakan asas pembinaan Rom lama dan Visigoth. Yang lain pula menegaskan bahawa Abd ar-Rahman mengarahkan mihrab ke arah selatan seolah-olah baginda masih berada di ibu negara Umayyad dan tidak dibuang negara. ok.. utk citer lanjut korang boleh search kat google ok.. heheh
lihatlah senibina Islam yang sangat indah..
ini tempat imam suatu ketika dulu
now gereja dah berfungsi semula dalam ni..
dah habis lawatan dalam Mezquita kita shopping ole2 untuk bawa balik yeayy!!
dan meneruskan lawatan ke kawasan sekitarnya :)
anak gadis ni sangat pandai bermain alat muzik.. cantikkan dia :)
sekitar bangunan2 lama di cordoba
ditengahari yang terik.. posing tetap posing haha
ramai2 meneroka bumi Cordoba..
itu saja kisah di Cordoba.. nanti kita sambung next part kat tempat lain pulak.. okay! :)
4 comments:
byk bangunan bersejarah yer kat sano...
Mostly bangunan tinggalan zaman pemerintahan islam suatu ketika dulu
citer Suria di Cordoba ituew aku x pernah tgk pong...uwaaa ketinggalan densha ni...syok jadi ang every year ikut tour pusing donia...donia gituew curlastt ngeee
ayu: huhu syiok mmg syiok... tp tahun ni belum tau ikut ker tak.. huhuhuh
Post a Comment