Tuesday, April 19, 2011

anak oh anak..


pagi tadi macam biasa, aku sampai ofis agak awal, lebih kurang pukul 7.15 pagi. hari-hari pun aku awal, sebab rutin pagi-pagi lepas hantar anak sekolah terus masuk ofis. sejak dua tiga minggu lepas, selalu sangat aku terserempak dengan budak-budak sekolah yang aku rasa ponteng sekolah, lepak kat kedai mamak berdekatan. kadang-kadang aku pelik apa budak-budak ni buat sedangkan sekolah dia orang kat seberang jalan tu jer, lagi boleh lepak-lepak sampai pukul 8, pukul 9 pun ada..


Tapi pagi tadi suasana lain pulak aku terserempak, sebab dah awal sampai, aku lepak dalam keter dulu sambil borak-borak dengan my incik hubby sayang..then tiba2 kita org terkejut bila ada seorang makcik nih bawa keter ala terkocoh2 sambil sepanjang jalan dok hon-hon jer.. pastuh nampak la ada budak2 sekolah yang bertempiaran lari.. hahahah aku mula-mula ingatkan cikgu buat rush.. then makcik tu berhentikan keter dia betul-betul kat sebelah keter aku.. pastu bila keluar dari kereta baru aku tau rupanya makcik tu kejar anak dia yang ponteng sekolah.. hrmmm apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni kan.. sian makcik tu.. penat dia kejar, tapi anak dia lagi laju lari menghilangkan diri, yang dia dapat cuma beg sekolah anak dia jer.


then aku n hubby dok sambung borak, kita org pun dok pikir, agaknya nanti zaman anak kita mcm mana la kan.. harap2 tak der la jadi camni.. apa2 pun kena didik elok anak2, semua tu tanggungjawab kita, yang penting kena tahu apa dia buat, dengan siapa dia berkawan, semua tu amat-amat penting. dan yang paling penting, solat dan ajaran agama teras dalam mendidik anak-anak kita.. bukan maksud aku makcik tu tak pandai didik anak.. cuma aku jadikan dia sebagai satu pedoman untuk aku lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak. insyaallah.

2 comments:

Azura Mendezz said...

susah nk ckp la sis..
budak2 skrg ni belajar bijak..
tp jiwanya kosong..
Zura pon takut gak kot2 zaman anak2 zura nti lg apa2 ntah masalahnya..
huhu!

nyonyacyber said...

macam2 ragam budak2 sekarang ni,. makin maju makin berisiko kita

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki

There was an error in this gadget