Friday, April 8, 2011
::murid vs guru vs murid::
Seminggu dua ini pelbagai kisah warga sekolah yang dapat kita baca di akhbar harian. Ada kisah murid sesama murid bergaduh, ada kisah murid mati dipukul guru.. ada juga kisah guru dipukul murid sendiri..Bagi aku semua ni ada sebab dan musababnya. Sikap masing2 dan tanggungjawab masing amat penting.
Sikap dan tanggungjawab guru harus dilaksanakan sebaik mungkin. Jika ianya ikhlas dalam setiap tugas yang dilaksanakan insyaallah perkara-perkara negatif seperti ini tidak akan berlaku. Sungguh murni tanggunjawab seorang guru yang bergelar pendidik. Mereka umpama ibu dan ayah kepada anak-anak murid di sekolah. Tetapi jika sikap dan tanggungjawab tidak dilaksanakan sebaiknya, maka timbul dan terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.
myMetro | Cikgu ambil nyawa
Tetapi bukan semua pendidik / guru yang bersikap begini. Itu cuma segelintir yang telah menyebabkan profesion perguruan ini dicemari. Namun begitu, ada juga kes murid pukul guru.
myMetro | Pukul cikgu
Bagi kes-kes murid yang ganas seperti ini, secara peribadi bagi aku semuanya bermula dari rumah. Aku masih berpegang kepada didikan ibubapa terhadap anak-anak yang mempengaruhi tingkah laku anak-anak di luar rumah. Pentingnya didikan anak-anak bermula dari kecil sehingga dewasa. Sekiranya ibu bapa gagal mendidik dan mendisiplinkan anak-anak, tidak mustahil kejadian seperti di atas berlaku.
Justeru bagi aku, penting untuk kita sama-sama ambil dan pikul tanggungjawab terhadap anak masing-masing supaya perkara-perkara negatif seperti ini dapat dihindari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW
MHI @ TV3 - Jan 2, 2009
Tempat Yg Telah Ku Jejaki
- View my profile
- Create your own travel map or travel blog.
- Find the best vacation rentals at TripAdvisor
2 comments:
Qeja cikgu bkn senang la ni
Bdk zmn skrng bkn mcm kiter dulu2
Sepatutnya masing2 Kena respect each other
Itu yg sebaiknya!(◎_◎;)
yupss betul.. cabaran cikgu zaman dulu dgn zaman skrg mmg jauh beza,..
Post a Comment