Friday, July 8, 2011

Jalan-Jalan Utama Yang Bakal Ditutup Esok!!!

Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok ( 9 Julai 2011 )

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-
i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:
i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 )

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan BukitPetaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu,

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Diharap anda merancang perjalanan hujung minggu anda dengan selamat. Ikut segala arahan yang telah diberi agar tidak menganggu perjalanan anda.

P/S: ehsan dari HOTFM NEWS

4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

for safe better duduk umah jer la...jgn salah kuar pakai baju kuning plak....menyusahkan semua org jer

nyonyacyber said...

yupss.. betul tu ayu.. dok umah diam2 la jawabnya

Unknown said...

nasib baik kerja kat shah alam x la jem...tapi td odw kerja tgk hgway kesas menuju ke KL mmg jem teruk....

nyonyacyber said...

sian peniaga2 kat tgh bandar.. tak dpt berniaga hari ni

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki