Friday, August 22, 2008

tersentuh hati...

pagi ni tiba2 aku tersentuh sgt bila baca berita anak kecil nih...



6 tahun huni hospital
Oleh Hidayati Idayu Razali
am@hmetro.com.my

BACHOK: Selepas enam tahun terlantar di katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, akibat bengkak tulang yang menyebabkannya lumpuh seluruh badan dan radang berdarah, akhirnya Muhammad Hanif Harshim, 6, dibenarkan pulang ke rumahnya di Kampung Aik, Tawang, dekat sini, semalam.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Namazizan Long Mat, 39, berkata anak keempat daripada enam beradik itu mula dimasukkan ke hospital sejak berusia 19 hari dan hanya semalam dibenarkan dibawa pulang, tetapi perlu menjalani sendiri rawatan menggunakan alat dibekalkan hospital.

“Sepanjang Hanif menerima rawatan dan terlantar di katil wad sejak enam tahun lalu, HUSM ibarat rumah kedua kami sekeluarga, apatah lagi apabila dia terpaksa menjalani empat pembedahan,” katanya.

Katanya, sepanjang mengandungkan Hanif, dia tidak mengalami masalah kesihatan, cuma alahan teruk hingga sukar melakukan kerja harian.

p/s: sumber dari www.hmetro.com.my

No comments:

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki