Thursday, October 20, 2011

travelog story stop kejap

salam kawan-kawan.. maaf ya dah beberapa hari tak update blog.. kisah travel pun terbantut separuh jalan.. kerja melambak2.. so apa nak buat... start esok sampai 1 nov insyaallah akan berada di luar kawasan lagi.. so kisah2 travel akan ku sambung selepas bercuti panjang nanti yer.. c u guys on 2 nov 2011 nanti Insyaallah..

bye bye kawan2.. will miss u all muah muah :)

Monday, October 17, 2011

::Kenangan Lalu::iStAnBuL-part 1::

dah habis citer euro trip 2009 aku... so hari ni nak citer trip ke Istanbul pula.. last year Oct kita org berlepas ke sana.. short trip juga.. macam biasa.. backpackers! :) Kalau Euro Trip 2009 kita orang naik Emirates, tapi kali ni kami semua sepakat untuk menggunakan perkhidmatan MAS pula. Kami sampai di Istanbul kira2 awal pagi juga lebih kurang pukul 5.50 pagi.. selepas imigresen check.. terus ambil train menuju ke stesyen Sultanahmed. Wow.. sampai jer kat sini terus nampak Blue Mosque yang terkenal! cuaca agak sejuk dan dingin... so terus check in hotel n breakfast.. then baru keluar jenjalan shopping! so meh layan gambar2.. (psst.. gambar leh ceritakan perjalanan ku kat sana... eheheh tak der masa nak mengarang sebenarnya..:p)

yeayy sudah sampai airport!

apa lagik! bergambar la!

haaa pagi2 dah bersesak dlm train

ok now dah sampai.. sejuk time ni... nampak tak belakang tu blue mosque

haa ni la hostel kita org duduk.. not bad laa.. sebelah hotel 4 season :p

beratur panjang nak masuk blue mosque

nun saujana mata memandan.. Hagia Sofia dari pintu Blue Mosque

yeayyy makan kebab jom!

makan tengahari yg meriah!

Blue Mosque di malam hari..

ok.. cukup dulu untuk hari ni.. esok kita sambung lagi kisah istanbul yer..

Friday, October 14, 2011

::Kenangan Lalu::AmStErDaM::

selepas beberapa jam di bumi Belgium.. kami akhirnya tiba di Amsterdam kira2 5 jam perjalanan dari Brussel dengan menaiki bas ekspress. Agak bernasib baik kerana dikalangan kami semua ada dua orang ahli yang memang dah biasa dengan bumi Belanda ini.. jadi perjalanan agak mudah.. kami menaiki tram dari stesyen bas menuju ker central Amsterdam.. tempat pertama dituju sebelum check in di hostel adalah Hard Rock Cafe.. selepas beberapa ketika di HRC kami kemudian berjalan kaki menuju ke hostel untuk check in. Selepas menyegarkan badan beberapa saat :P akhirnya kami turun beramai2 mencari dinner walaupun hari dah beransur larut malam.. dan macam biasa.. kebab menjadi hidangan..

Dah siap dinner di tengah malam.. heheh boleh ker sebut dinner? dah jd cam supper dah kan..so.. mata pun dah cerah sket.. time utk berpoya2 di malam hari.. yeahhh amsterdam meriah di malam hari.. sapa2 yg ke amsterdam pasti tahu tentang kewujudan 'red light district' kan! tapi sorry lah.. aku lupa plak nak snap gambar malam kat lorong2 situ.. hahah bukan lupa sebenarnya.. tp seram.. ekeke pada yang tak tahu sila la google tgk apa ada kat sana yer.. ngeh ngeh ngeh.. setelah berpeleseran beberapa ketika.. mata dah kuyu kembali.. esok ada agenda lagi perlu diisi.. so.. masa untuk melelapkan mata ya kawan2.. hehehe balik tidurrrr lah apa lagi kan...

meh layan dulu gambar2 di malam hari di kota belanda ini..

setiba di kota amsterdam.. belakang tu la tramnyer ya..

hard rock cafe!! tambah lagi koleksi HRC yer kawan2..

kami berempat ditengah2 malam... aksi beku! hahaha sejuk giler tuh..

model yang keras tak menjadi :p

malam yang suram.. tempat panas tak der gambau yer.. haha

so... dah dapat layan mata.. segar badan.. hari ni bangun dengan semangat berkobar2..kembali menongkah dan meneroka apa ada di bumi amsterdam ini.. pagi ni breakfast di hostel.. makan roti lagi.. rindu nasi lemak oo masa nih.. sbb dah seminggu tak merasa nasi hehe..dah kenyang2 breakfast.. hujan turun dengan lebat.. owhh dugaan... nampaknya sekali lagi kena berholiday di tengah bandar dalam cuaca suram.. apa nak buat.. so.. hari ni kami semua menjelajah kota besar ini dengan berpayung dan berbaju hujan.. hehehe hancuss nak bergaya tak dapat.. so meh ler kita layan lagi gambar2 yang sempat di snapkan untuk tatapan anda.. zasssss

hahah tgk bergaya model di tengah hujan!

pasar tulips!

sgt menarik tepian sungai kat amsterdam ni.. bersih jer

selepas hujan.. udara segar.. :)

group photo!

yeahhh black n white! pasangan retis fofular! me n MJ @ Madame Tussaud

potret monalisa!! eh lupa nak ckp.. masa kat Paris kita dpt tgk real potret monalisa tau!! :)

alamak.. me kejar spiderman! haha

madame tussaud!

shh! shh! ni la red light district tau... tp ni suasana di siang hari..

pstt! psstt!ni sex museum! mcm2 benda sx ada kat museum nih.. adult saja okay!

shopping!!! eh ! eh! mana plak beg2 shopping ku??? hehe

tulips!!!!!!! sgt cantik okay!

i amsterdam!!!!!!!

Wednesday, October 12, 2011

::Kenangan Lalu::bElGiUm/BrUsSeL::

short trip ke Pisa berakhir dan bersambung dengan penjelajahan seterusnya... dari Pisa kami terbang ke Belgium.. sampai ke Brussel dah petang... perut kelaparan.. agak susah mencari halal food di sini.. akhirnya kami hanya makan roti bersama tuna yang dibawa dari malaysia.. haha sadis giler.. dan lagi malang bila tak sempat ke mana2.. hanya sempat melihat sekitar central brussel sahaja.. then kami berlepas ke amsterdam kira2 pukul 7 malam.. tak der benda sgt dpt dikongsikan pengalaman di brussel ini.. so layan gambar jer ok!

mata ngantuk giler...

brussel central!

posing jap sambil cari kedai makan!

akhirnya belasah roti n tuna! haha lapar giler..

muka tak mandi! haha

belgium choc!

sekitar bandar brussel

bangunan lama sekitar brussel

brussel yg kebasahan.. hujan daaa

nun jauh jer sempat snap gambar :p

Tuesday, October 11, 2011

::Kenangan Lalu::PiSa::

okay.. sambung semula kisah jenjalan.. selepas dua hari berpoya2 di Paris kami semua terbang pula ke Pisa, Italy.. dalam kepala aku bayangkan Pisa ni modern town macam Milan ke kan.. hahaha poyo lagi aku nih.. bila sampai di Galileo Galilei International Airport Pisa dah lewat malam.. so kita org terus ke hostel yang jarak tak sampai 10 minit. Then malam tu kita org keluar merewang mencari makan untuk dinner.. masing-masing dah kebuluran lapar sudah.. nasib yang amat baik sebab terjumpa satu kedai kebab pakistan.. apa lagi.. makan kebab la kita orang semua malam tu.. malam tu tak der apa yang menarik untuk dibuat.. sebab Pisa bukan sebuah bandar moden.. agak suram malam di Pisa.. so masa untuk merehatkan diri.. tidur sudah..

Next morning kami bergerak awal ke pusat pelancongan Pisa... alhamdulillah sebab hostel yang disewa berada dalam lingkungan kawasan untuk dilawati.. so kita orang hanya perlu berjalan kaki sahaja.. jimat belanja.. so meh la layan sekitar bandar Pisa!

ini mamat pisa yg agak peramah jumpa kat kedai kebab.. until now masih menjadi sahabat baik di FB..

dipersimpangan jalan di malam hari yang suram :p

dah bosan tak der xtvt mlm di sana.. kita org belasah main guitar yg memang tersedia kat hostel haha

melompat keriangan!

inilah group kami disebalik Menara Condong Pisa!

inilah tempat beradu kami.. haha beshkan!

inilah bandar suram Pisa

time untuk terbang ke Brussel pulak.. bye..bye.. Pisa..

so next entry kita citer tentang Brussel, Belgium pulak okay!.. :)

Monday, October 10, 2011

Birthday Party

Stop kejap citer jenjalan.. Hari ni nak citer tentang birthday party pulak.. Esok kita sambung kisah jenjalan italy ok!

Last saturday aku dan family sempat menghadiri jemputan birthday party anak kepada seorang kawan baikku iaitu penyanyi yang terkenal dgn lagu Langit Ke Tujuh iaitu Sharifah Zarina. Athalia n Alfenriz menyambut birthday serentak di Mc Donald Kota Damansara. Majlis yang meriah dihadiri ramai kawan dan saudara mara diserikan dengan games untuk kanak-kanak. Anak-anakku bukan main suka lagi dapat joint sekali. So layan lah gambar-gambar sekitar majlis..


p/s: sila abaikan size picture yg tah apa2 tu yer,, haha post by iphone.. tak pandai nak mengejas!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki