Wednesday, June 29, 2011

hati ini

sehari dua ni aku rasa sedih sangat.. sayu.. rasa tak dihargai.. semua ada.. perasaan berbelah bagi.. sbb tu posting pun asyik2 keluar wordless jer... kadang2 kekecewaan menyebabkan kita menjadi begitu "down' sekali.. nak kerja pun tak semangat..

Thursday, June 23, 2011

::kisah x menarik::


dah dua hari aku puasa.. biasala orang pompuan kan.. puasa ganti la nih.. actually aku rasa dah cukup aku ganti tp tak per laa.. lebih2 kan laa tampung mana yang kurang.. hari selasa aku puasa, menggigil la juga kaki nih. then berbuka tu sempat la buat cucoq udang.. kebetulan ada kuah kacang Kak Yang kasi waktu balik kg hari tu.. ermm mmg favorite aku laa coq udang cicah kuah kacang nih.... sedap tak terkata.. then dah pulun coq udang kenyang la sudah.. so tak nak la makan nasi walaupun incik hubby aku ada masak nasi and lauk simple2 utk aku berbuka.. besh kan hubby aku nih.. dia mmg rajin masak.. hari2 mesti dia conqurer dapur tu.. aku tak sempat mencelah tgk dah siap masakan.. hahaahah mau tak gemuk aku nih :p ok dah cukup2 puji cik abg ku..nanti kembang plak dia.. tp kan.. dia masak mmg sedap.. itu tak dpt dinafikan..

ok so cadang nak sahur baru nak makan nasi.. tp alangkah sedihnya.. bila sedar jer dah kul 6 psgi.. nak sahur apa kebendanya.. adoiii nampaknya kena puasa berbekalkan cucoq udang mlm td jer la dlm perut ni.. dugaan.. dah niat nak puasa kan.. so teruskan la puasa..alhamdulillah.. berjaya la jugak kuhabiskan puasa ku satu hari lagi..

ok then lepas buka puasa (kali nih berbuka makan nasi la beb.. tak tahan ketar lutut nih) haha aku nih teruja la pulak nak try teh herba.. sebab ada kawan-kawan dok citer kalau minum teh herba ni boleh kurus.. hahaha alkisah nak kurus pun bermula la.. aku baca la kat kotak tu penerangannya.. menurut nota dikotak tu.. katanya mula2 minum kesan akan dpt rasa selepas 8 jam.. akan ulang alik buang air besar 3 - 8 kali.. wahh dasyatnya..ok laa. aku decide la utk mencuba.. minum la satu mug teh herba.. tak sedapnyer rasa.. tapi nak kurus punya pasal kan.. hahah telan la jugak..

then dah nyenyak tidur.. tiba2 jer terjaga.. aduhh memulas nyer perut.. mmg tak terkata la sakitnya..apa lagi.. bermula la episode cherry berry ku.. adoii sengsara ya amat.. sampai aku pitam kat toilet.. nasib baik hubby sedar.. dia siap sirap kepala ngan air pagi2 buta tu.. kata hubby muka aku dah pucat sgt.. then lega sket baring kat katil.. dalam kepala mmg sah la aku tak kerja hari nih.. terlelap sekejap then aku terjaga alamak dah kul baper nih... tgk anak2 semua dah siap pakai baju sekolah.. kelam kabut aku mandi then solat.. waktu pun dah hujung.. hubby tanya nak kerja gak ker.. dlm kepala ingat kerja menambun atas meja.. ermm kerja laa.. tp sakit lagi nih.. boleh la tahan kot.. then siap ala kadar.. pergi la kerja..

kat opis memulas perut tu datang menyerang sesekali.. tp tak la seteruk awal pagi tadi.. dlm hati dok terfikir.. apa la punya teruk nak kurus..sampai lembik lepik jadinya.. mmg tak nak lagi la mencuba teh herba ker apa ker.. biarlah nak gemuk pun.. aku pasrah.. haha

itu la kisahnya.. korang mesti gelakkan aku kan..

Wednesday, June 22, 2011

::BERSIH VS X BERSIH::


dari last week lagi nak citer pasal BERSIH ni.. tp tak sempat nak mengarang.. so pagi ni ada sket masa boleh la kita kupas sket tajuk ni yer.. ok.. actually aku tak baper suka borak ttg politik ni.. tp bila timbul isu BERSIH ni aku rasa terpanggil pulak untuk meluahkan apa yg aku rasa.

ok.. now meh kita tgk dulu apa itu BERSIH sebenarnya.. setelah aku google menggoogle (sorry ek aku memelayukan bahasa omputih)akhirnya aku jumpalah dengan website BERSIH nih.. so ni apa yg aku dpt dari laman sesawang tersebut:

Siapakah BERSIH?

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH

BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.

ok.. next! dah kenal siapa disebalik BERSIH ni? ni yg aku dpt dari sumber e-mail yg masuk ke peti mail aku semalam.. mereka2 di sebalik BERSIH ni,.. check it out:

Dibawah ini adalah senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0 seperti yang dinyatakan Ambiga Sreevenasanksahkh. Ambiga juga adalah orang kuat disebalik penubuhan IFC yang akan memberi sokongan moral dan sebagainya kepada sesiapa yang ingin murtad dinegara ini.

1- Ambiga Sree (Pengerusi)

2- Mat Sabu (Timbalan)

3- Andrew Khoo

4- K Arumugam

5- Dr Farouk Musa

6- Harris Ibrahim

7- Liau Kok Fah

8- Maria Chin Abdullah

9- Richard Y W Yeoh

10- Dr Toh Kin Woon,

11- Dr Wong Chin Huat

10- Datuk Yeo Yang Poh

12- Zaid Kamaruddin

13- Dr Subramaniam Pillay

14- Arul Prakkas

Ok! now cuba tgk list AJK Bersih ni.. baper kerat org Melayu?????? 4 orang jer kan! tp yg terpekik terlolong sibuk dok kempen utk turun berdemo berhimpun semua ni majoriti org Melayu.. so! faham tak korang apa yg sebenarnya sedang berlaku wahai saudara2 ku sekelian... ianya tak lain tak bukan bertujuan untuk memecahbelahkan org Melayu sendiri.. tolong la saudara2.. tolong la sedar.. bumi milik kita sedikit demi sedikit akan terhakis dengan sikap kita yang leka ini.. aku harap sangat sahabat2 dan saudara2 ku tak kan terlibat dgn penganjuran perhimpunan yang jelas tiada faedah buat kita semua.. kenapa mesti nak berhimpun utk menyatakan ketidakpuasan..kita ada saluran yang betul utk meluahkan ketidak puasan kita.. jika dikata SPR tidak telus.. bagaimana pulak beberapa negeri skrg diperintah oleh parti pembangkang.. cuba la anda fikir dengan fikiran yang waras..

ok.. satu lagi pandangan aku ttg barisan penyokong kerajaan pulak.. kenapa mesti nak turut serta berhimpun utk menentang BERSIH?? kenapa? tiada kesan yang baik pun bertindak begitu.. bagi aku kenapa nak ikut rentak negatif semua tuh???? perpecahan makin ketara dikalangan orang Melayu sekarang.. tolong la sedar!!!!!!!!!!!!

Monday, June 20, 2011

happy father's day

semalam satu dunia meraikan hari bapa.. so rasanya korang semua pun sama la jugakkan.. aku ada dgr2 org cakap.. kita tak leh sambut hari bapa sbb tu yahudi punya propa.. tp bg aku asalkan kita tidak menyalahi akidah tidak mengapa.. sebagai tanda hari kita meraikan bapa kita.. bukan bermakna hari-hari lain kita tak raikan bapa kita.. tapi cuma hari bapa ni agak special sama seperti kita raikan hari ibu, hari setiausaha, hari kanak-kanak dan macam2 hari lagi yang ada. itu pada pandangan kasar aku la kan..

so Selamat Hari Bapa buat ayahanda tercinta Hj.Mohd. Hussain Mohd. Akhir dan juga buat suamiku tesayang Abd. Hamid b. Husain. Semoga kasih sayang kita semua berpanjangan dunia dan akhirat hendakNya..


aku tak der la sambut lebih2.. just beli kad utk anak2 tulis kasi pada suami.. then malamnya ku raikan suami makan-makan kat luar.. itu jer la.. so korang apa citer hari bapa korang? jom la share!

Sunday, June 19, 2011

::AL-FATIHAH buat arwah Pak Zami Ismail

(gambar ihsan dari mr google)

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali..Arwah Pak Uda telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pg tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Semogo rohnya dicucuri rahmat.. amin... Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.. jenazah arwah akan dibawa ke Tapah untuk dikebumikan disana..

Saturday, June 18, 2011

permulaan weekend yang kurang menarik


owhh minggu ni sgt hectic.. dengan emosi yang turun naik.. entahlah.. serabut semacam rasanya.. so melalut sampai hujung minggu jadinya.. akibatnya terpaksa bawa all my kids berkampung kat opis hari nih.. mau siapkan kerja-kerja yg bersepah kat meja.. but then bila dah bawa kids tahu2 jer laa.. makin semak samun jadinya.. adoiiii.. apa nak buat..redha jer lah kan.. :p

btw.. dalam serabut byk kerja sempat jugalah aku intai2 borang utk sambung buat MBA.. tp sedih sket sbb dah closed rupanya intake untuk semester september nih.. so terpaksa la aku tunggu intake untuk january nanti.. so harap2 berjaya la hendaknya.. semoga application untuk sambung MBA @ UUM diluluskan ... korang doakan lah yer.. :)

ok chow dulu.. che peah nak siapkan kerja nih babai!

Tuesday, June 14, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ALONG


SELAMAT HARI LAHIR ALONG.. alhamdulillah syukur dipanjangkan usia semoga anakku menjadi anak yang soleh dan hidup diberkati hendakNya.. doaku buat mu NUREEN HAZWANI ABD. HAMID. actually semalam 13 June 2011 ulangtahun ke 12 puteri sulungku.. semoga kejayaan milikmu anakku..

patah...


pagi tadi tiba2 dapat call dari cikgu sekolah nabil.. hello puan, maaf ya.. nak beritahu, cermin mata anak puan patah, ada budak tersepak bola sewaktu sesi PJK tadi. sekarang anak puan tak nampak matanya.. owhh yer ker.. anak saya ok tak? anak puan ok.. cuma bingkai cermin mata jer patah.. owhh tak per cikgu..asalkan anak saya tak cedera tak mengapa.. sekejap lagi saya hantar cermin mata ganti untuk dia.. terima kasih ya cikgu..

hrmmm nabil.. ohh nabil.. cermin mata tu baru jer baper bulan pakai.. kosnya cecah RM500 jugak.. now dah patah, nasib baik ada cermin mata lama boleh guna buat sementara.. tak per la anakku.. mungkin kawan-kawan tak sengaja tersepak bola ke mata nabil..terpaksa la ayah bekejar balik rumah ambil cermin mata lama untuk Nabil.. Kalau tak der cermin mata, Nabil memang tak boleh belajar.. sebab tahap rabun dia agak kritikal juga.. dengan power yang cecah 650 meraba-raba jugak dia nanti.. sian anakku.. apa boleh buat.. sudah takdir..

zaman dah berubah..

petang semalam aku tunaikan janji ngan anak-anak.. janji nak menonton kungfu panda.. sepatutnya tgk kelmarin.. tapi disebabkan adik ipar datang rumah, terpaksa la tukar ke hari ni. itupun setelah puas tinjau tiket.. cadangnya nak tengok kat TGV Wangsa Walk cam biasa.. sbb dekat n panggung dia besh.. tp semua penuh, terpaksa jugaklah layan kat TGV KLCC..so KLCC la aku petang semalam...


ok berbalik pada topik asal masa jenjalan kat KLCC tu tiba2 ternampak anak kecil comel jer dlm stroller.. mak aihhh main ipad.. perghhh budak2 zaman sekarang.. dulu dalam stroller mak bagi main loceng goncang2 tu jer.. tu pun kalau ada stroller.. kalau tak berguling la ko kat lantai tu main geget tikar.. hahah korang gelak ek.. betul kan.. korang dulu pun guling2 kat lantai jer tak der ipad semua tuh.. hebat kan anak-anak zaman ict nih.. serba serbi canggih..

(picture ni aku curik gambar Mirza.. anak my fren.. hahah kasi dia glamm sket)

then jalan-jalan lagi.. tup2 anak sulungku bersuara.. mama.. mama.. yer apa along jawabku.. cehh cam dialog drama la pulak.. hehhe lebih kurang cam tu la bila anak aku panggil aku.. ingatkan apa.. rupanya dok ngajak masuk butik GAP. adoiii mana dia pandai pulak brand2 nih.. nak buat apa.. aku tanya anak aku yg umur 12 tahun hari ni.. (birthday dia hari ni u all !!) tuuu GAP.. sama cam jeans Along.. jom la ma kita tgk jeans lagi.. adoiiii seluar Along tu mama beli kat GAP Bandung jer sayang.. GAP KLCC tak mampu mama aihh.. kalau mampu pun tak sanggup nak beli.. mahal la sayang.. tunggu nanti mama g Bandung lagi kita borong GAP, LEVIS ker apa ker lagi brand nyer jeans ok.. ayat-ayat memujuk ku.. padahal entah bila la aku nak kesana lagi.. ekekeke tunggu AirAsia murah lagi la tahun depan kot..


then jalan lagi.. lalu kat depan MACHINES plak.. mama.. jom.. tu IPAD2.. adoii Nabil pulak bersuara.. aikk.. adik pun dah pandai.. aku pun dengan penuh teruja masuk juga kat MACHINES.. tapi aku lebih kepada membelek menekan kekunci Mac Book.. fuhh menarik kan.. tunggu la sket hari lagi aku beli.. ngeh ngeh ngeh


then jalan lagi baru la masuk panggung tengok KungFu Panda.. nak aku review ke filem nih?? tak yah la kan.. sbb citer dia besh.. tp aku tak baper nak layan sgt.. mata lalok.. so aku layan tidoq ngan Nabil kat dlm panggung.. hahaha tengok gitu2 jer.. kelakar la jugak layan karekter Po yg montel dan comel itu...


so itu jer kisah hari minggu ku.. :p

Saturday, June 11, 2011

::happy hour::

ok kali ni nak citer ttg movie plak.. semlm lepas diner borak2 ngan my hubby..

me: abg.. kalau mlm ni tgk wayang besh gak kan..
hubby: citer apa?
anak2: kungfu panda!!!!
me: alaaa kungfu panda nanti tengok siang hari laa.. kang awak semua ngantuk..
hubby: abih citer apa ada?
me: kita tgk kl gangster nak? cam besh jer tgk review masing2
anak2: alaaaaa kita org ikut tak ma?
me: nanti ma tgk tiket dulu
hubby: penuh la tuh kalau mlm ni..
me: (terus masuk website TGV.. setelah mencuba beberapa kali) haaaaa ada! tp show midnite kul 1.40am.. boleh ek.. but kids not allowed! hahaa nih movie ganas
anak: alaaaaaaaaaaaaaaa
me: ok.. mlm ni mama ngan ayah dulu k.. u all esok.. mama belikan tiket kungfu panda ok.. mlm nih awak semua tidor ngan mak uda..
anak2: yeaayyyy!!!
me & hubby; senyum :)) tak perlu kata apa2 haha



so, tiket yg dah kebanyakannya sold out.. terpaksa la aku ambil gak tiket couple seat yg mahal dua hengget dari biasa.. hehehe kiranya mlm ni jadilah kami merpati dua sejoli menonton KL Gangster dibawah cahaya malap.. kekekekek ok..ok.ok.. meleret2 kan cik peah nih kalau nak citer.. straight to the point pls cik peah.. pembaca anda dah bosan lawak sengal awak tu,.. ekekeke

Sinopsis KL Gangster:

KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangster.

(dipetik dari FB KL Gangster)


(gambar courtesy to mr google! :p)

KL Gangster dari pandangan mataku:

mula2 aku bayangkan mesti aku tertidur dlm panggung sbb showtime kul 1.40 pagi... haha tp meleset jangkaan aku.. dari mula citer sampai ending,. tak henti2 aku gelak.. mmg besh! citer aksi yang kelakar! korang mesti kena tgk.. thumbs up to Shamsyul n geng! selalu aku bayangkan citer aksi nih ada unsur-unsur ganas yang memang aku tak suka nak tonton.. tapi lain dengan citer KL Gangster ni.. ganas yang menghiburkan.. watak Malek yang dilakonkan oleh Aaron Aziz hero pujaan ku mmg besh (kali ni kita lupakan watak romantis Seth Tan okay).. mamat ni cool giler dalam filem ni.. part paling aku suka bila time dia dan Jai (adik dia) lakonan mantap Adiputra lawan sesama mereka dua beradik.. giler kentang punya cekap! mmg besh.. dan tak kurang besh bila part Zizan sbg Abg Long Fadhil kawan baik kpd Malek.. lawak tak hengat! puas hati aku gelak.. kiranya tak der masa nak menguap langsung arr..so aku bagi 4 bintang dari 5 bintang keseluruhan utk citer nih..

Thursday, June 9, 2011

::PakNIL::


Siapa Paknil? Aku percaya ramai antara kita yang mengenalinya. tambahan dikalangan anak-anak.. paknil sudah menjadi satu icon pada mereka. Keletah dan layanan paknil pada anak2 terutama dalam rancangan Tom Tom Bak amat2 menarik perhatian.. Karekter Paknil di senangi oleh semua lapisan umur tak kira di peringkat anak2 mahupun di peringkat warga tua. Lihat saja sambutan pada rancangan-rancangan kendalian Paknil, dari Tom Tom Bak, Jangan Lupa Lirik, Akademi Fantasia, Merisik Khabar dan lain-lain, semuanya membuatkan penonton ternanti-nanti kemunculannya. Paknil boleh berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yg amat sensitif hatinya..

Kenapa tiba-tiba aku menulis tentang Paknil hari ni.. ermmm actually hari2 aku cuba untuk tweet Paknil di tweeternya .. dan ada dua tiga kali juga Paknil sudi membalas.. thanks Paknil ya..


semalam sewaktu mendengar Era, tersentuh hati mendengar Paknil cuba memujuk seorang pemuda yang sudah berputus asa untuk hidup.. anda boleh membacanya dalam akhbar Harian Metro pagi ini..

myMetro | Pujukan Pak Nil selamat nyawa

(keratan dari Harian Metro 9 June 2011)

Kejayaan Paknil dan group Hero Malaya juga menjadi contoh terbaik untuk semua. Betapa semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Paknil dan rakan-rakan artis dalam membantu Bob Kuman yang memerlukan bantuan kewangan atas sebab-sebab kesihatan beliau amat-amat tinggi nilainya.


Secara peribadi bagi aku, Paknil seorang insan yang baik hati, yang mempunyai sifat yang perlu dicontohi oleh selebriti2 lain. Beliau tidak riak dengan kejayaan yang dimiliki, tidak pernah lupa diri. Semoga Paknil akan terus kekal di hati kita semua.. Selamat Maju Jaya Paknil!


anak-anakku bersama Paknil @ Bangsar Village

Wednesday, June 8, 2011

sikap


ermm td lepas lunch, opismate ajak g beli goreng pisang, aku pun jom jer laa.. then turun kat parking, ada plak keter yang parking melintang..

me: ishh mamat mana plak parking nih..camner kita nak kuar..
za: tu arr.. tak lepas ni kak nurul..mau terlanggar kang
me: ermm mesti budak2 crew tgh shoot kat depan tu..
za: (sambil honnnnnnnnn panjang2)
me: (sambil menoleh belakang) hrmmm yer la tuh.. mamat tu tgh berdiri kat keter..
za: ishh berdiri situ plak.. alih la keter tu..

tiba2

mamat sengal: boleh ni kak! reverse la..
za: tak lepas laa.. alih kedepan sket laa..
mamat sengal: boleh..
za: (dengan muka dah bengang) susah sgt ke nak alih keter tuh!!!!
me: adoiii kalau ngan laki aku dah lama mamat ni kena lempang!

then mamat tu ngan muka tak puas hati pun alih keter...

moral of the story: agak2 la nak block parking pun.. jgn nak menyusahkan org.. sib baik za tu ibu mengandung.. sabar dia tinggi jugak.. kalau aku rasanya lama dah mamat sengal tu dpt maki hamun kot! apa2 pun sikap manusia ni pelbagai.. bagi aku kalau nak buat apa2 pun kena la pikir juga.. jgn ikut senang kita jer.. ada otak pakai la weiih!

Tuesday, June 7, 2011

Ana Lu'Lu

Malam ni siri pertama Slot Lestary Ana Lu'Lu dah bermula.. sempat juga aku layan citer tu.. comel sgt tgk Nora Danish dlm citer ni.. Sinopsi citer ni lebih kurang seperti dibawah:


ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.

(dipetik dari FB Ana Lu'Lu)


So, kesimpulan untuk episode pengenalan aku kasi 3.5 bintang dari 5 bintang untuk slot ini.. Tapi yang pasti lagu2 dalam citer ni semuanya besh.. first2 dah keluar lagu Cinta Arjuna by Aliff Aziz.. lagu peberet aku sejak dulu... layannnn

bila sudah gemukss

hrmmm lately ni aku dah rasa berat aku dah makin bertambah.. dulu jenjalan jauh naik tangga turun tangga tak jadi masalah.. tp sekarang dah mula tercungap-cungap daaa...adoii ni antara faktor usia yang mungkin di alami oleh ramai wanita2.. dulu aku selalu gak gelak2 bila dgr org susah payah nak turun berat badan.. hahah skrg padan la muka aku.. sendiri pulak mengalaminya.. hrmmm berat ku dulu tak pernah lebih dari 46kg.. tp sejak bersalinkan Nabil 7 tahun lepas, sket demi sedikit makin meningkat. Now rasanya dah kena berjaga-jaga bab berat badan ni.. ngeri aku memikirkan bab mengelebeh sana sini.. owhh tidak.. tp aku beruntung sbb ketinggian aku agak mengaburi kegemukanku hahaha.. Mungkin juga sbb aku dah stop tak masuk gym.. sbb tu lah makin naik jer berat ni.. hahah antara alasan-alasan yang boleh digunapakai.. :p

Semalam waktu jenjalan kat mall dengan my hubby, tiba2 terpandang losyen mustajab.. hahaha apa lagi terus beli.. harap2 dapat la kempiskan sket perut nih.. hahaha ngeri arr bila Nabil asyik cakap dalam perut mama macam ada baby.. hahahhaha

Sunday, June 5, 2011

semalam di pasir mas, hari ini di gurun..

awal pagi jumaat dah bergerak ke pasir mas.. kg halaman suami,singgah solat subuh di raub, pahang. Sepanjang perjalanan mcm biasa.. agak membosankan...ditambah dengan mata yang tak tidur semalaman.. ermmm tersengguk2 juga melayan mata..tiba di pasir mas setelah meredah perjalanan selama 7 jam...


cuaca di pasir mas agak panas.. berpeluh2 juga dibuatnya.. ditambah dengan letih meredah perjalanan jauh, aduhhh mata terasa nak pejam jer.... anak2 macam biasa.. bila dah sampai kg, semuanya aktif.. mcm2 ragam ada.. aku dan suami mengemas rumah, maklumlah rumah dah tinggal lebih sebulan.. habukpun dah seinci. ditambah dengan sawang2 penuh.. letih2 pun terpaksa la mengerah tenaga mencuci mana patut..

then tengahari sabtu lepas lunch di rumah kakak ipar di Tanah Merah, sambung lagi perjalanan jauh kami.. hari ni bertolak ke kampung ku pula di Gurun, Kedah. Melewati lebuhraya timur barat yang mencabar kesabaran apabila ada pemandu-pemandu yang memandu mengikut kehendak sendiri. Main asal suka jer potong memotong..

sebelum sampai kampung, singgah dulu kenduri kahwin kawan sepejabat di Kg. Teloi Tua, Sik.. hahah ni yang besh kenduri kat kg.. ada gulai batang pisang lagik.. sedap sangat.. sampai kat umah kenduri jam dah lul 6.30 ptg. tapi nasib baik kenduri kat kampung ni meriahnya sampai ke petang, ramai lagi tetamu yang ada.. tp pengantinnya Fyna dan suami tiada sbb dia org baru jer keluar ke Ladang Anggur di Beris untuk sesi outdoor fotografi..so kami dapat berborak ngan parents Fyna jer la sambil makan nasi kenduri yang sedap tu... thanks ya Fyna sebab jemput kami..


Selepas makan, sambung semula perjalanan yang dah tak baper jauh lagi.. sampai jer kat Pekan Gurun dah sesat.. hahaha dah byk lencongan jalannya sbb pembinaan double track KTM.. wahh makin maju kampung ku sekarang. Sampai rumah parentsku di Taman Gurun dah dekat2 pukul 8 mlm..

so pagi ni lepak la kat kampung... tadaaaaa


(gambar ni kredit pada encik Nazrul (http://nazrulazat.blogspot.com).. aku songlap dari blog dia.. pinjam gambaq sat no... :p)

Friday, June 3, 2011

balik kampung


actually jap lagi nak balik kg.. now tgh mengemas baju2 utk balik kg suami.. cuti pendek jer kali ni, itu pun setelah puas buat muka sardin kat boss.. hahah cuti tak approve derr.. apa nak buat.. kerja byk pulak sekarang ni,.. aku berat hati gak nak tinggalkan kerja2 yang melambak tu, sbb tahu pun kalau aku tak der sapa jer yang nak buat, dengan surat2 yang dah sebulan kot tak sempat filing.. report lagik.. proposal lagi.. bla bla bla.. owhh no.. so many taks! tapi mengenangkan dah janji dengan my mother in law nak hantar dia balik minggu ni, terpaksa la aku gagahkan juga ambil cuti sehari.. sian pulak Mek dah sebulan lebih tinggalkan umahnya.. kiranya ni ala2 menantu mithali la nih.. hahahah

so jap lagi bertolak ke pasir mas, kalau tak der aral melintang sebelum solat jumaat sampai la harapnya.. then sabtu nak kena shoot balik gurun pulak, rushing sangat kan.. apa2 pun kita tengok esok perjalanan mcm mana.. hahah tp as usual la kan.. 7 hours yang buat pinggang ku sakit nanti.. adoiiii nak naik flight susah gak coz nanti kat sana nak kena cari transport lain pulak.. semua tu cost yang menyesakkan fikiran huhuhu..

so apa kes dok bebel kat sini lagi.. mari kita mengemas apa yang patut.. kang encik hubby bangun kita lum siap berkemas.. hahahah chow cin cau!

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki